Engagement Fund ;)

Wednesday, 1 June 2016

Drama Korea: Scholar Who Walks The Night

Annyeong! Bertemu lagi dalam siri ulasan drama Korea bersama Cik Fara. Selepas sekian lama cari drama saguk yang pelakonnya sedap mata memandang dan tak begitu panjang, akhirnya aku pilih drama ni untuk lepas gian drama saguk.

Drama ni tak panjang sangat, cuma 20 episod. Bila kata drama yang berlatarmasa Joseon, wajiblah jalan cerita mengenai perebutan takhta dan kuasa diantara keluarga diraja mahupun pembesar istana. Drama ni pun lebih kurang macam tu cuma ada temberang sikitlah. Drama katanya kan?

Kebanyakan pelakon drama ni adalah pelakon yang biasa berlakon drama saguk dengan taukenya, Lee Jun Ki yang semedang je muka dia kalau drama saguk. Joseon Gunman dia jadi hero, Arang and the Magistrate dia jadi hero, Iljimae pun dia jugak. Lee Yoo Bi pulak sebelum ni dia berlakon jadi Chung Jo dalam Gu Family Book. Dalam drama ni, Changmin pun ada. Kenal Changmin ni waktu tengok Running Man episod 27.

Genre cerita ni adalah misteri, fantasi, cinta dan air mata. Gituu.. Semua ada haa. Dalam drama ni ada pontianak, tapi pontianak versi belah sanalah, bukan versi Melayu. Senang cerita, panggil vampire jelah ek. Vampire mesti hensem kan? Hero dalam drama ini adalah seorang (?) vampire yang dilakonkan oleh Lee Jun Ki dan heroin adalah Lee Yoo Bi

Heroin, Lee Yoo Bi


Cerita ni mengisahkan tentang kuasa besar disebalik Maharaja yang memerintah iaitu vampire jahat nama Gwi. Setiap maharaja perlu tunduk dengan kehendak Gwi supaya kedudukan mereka terjamin. Kalau membantah, kena bunuh. Drama ni terbahagi kepada dua bahagian; bahagian 120 tahun lampau dan bahagian selepas 120. Senang cerita, sebelum Lee Jun Ki jadi vampire dan selepas Lee Jun Ki hidup sebagai vampire.

Kim Sung Yeol(Lee Jun Ki) ni adalah kawan baik kepada Putera Mahkota Junghyun dan juga salah seorang professor dekat satu universiti. Putera Junghyun ni adalah satu-satunya bakal maharaja yang tak nak tunduk pada Gwi dan dia cuba cari jalan nak hapuskan Gwi. Malangnya, sebaik saja dia selesai tulis cara-cara nak hapuskan Gwi dalam buku catatan peribadi dia, Gwi dapat tahu dan terus kena bunuh.

Gwi

Dalam masa yang sama, Kim Sung Yeol ni pulak kena gigit dengan guardian vampire dan bertukarlah dia jadi vampire tapi vampire baik. Dia ni baik sebab tak akan membunuh orang sewenang-wenangnya untuk hisap darah; selalunya dia akan hisap darah haiwan jelah. Satu kelebihan guardian vampire ni adalah dia kebal pada matahari; maknanya dia boleh bergerak pada waktu siang, tak macam vampire biasa.

Kim Sung Yeol selepas jadi vampire

Lepas bertukar jadi guardian vampire, tujuan hidup dia adalah nak hapuskan Gwi dengan cara mencari buku catatan peribadi Putera Junghyun yang hilang. 120 tahun lepas tu barulah cerita sebenar bermula. Waktu ni dia jumpa heroin, Jo Yang Sun yang hidup sebagai lelaki dan menjadi penjual buku. Kim Sung Yeol ni dapatkan bantuan Yang Sun untuk cari buku yang dimaksudkan. Maka, bermulalah ceritanya...

Changmin yang memegang watak sebagai Putera Lee Yoon

Pakcik ni pernah berlakon dalam Arang jugak sebagai Grim Reaper; dalam drama ni dia jadi pemburu vampire yang berjaya

Drama ni walaupun macam lembap, tapi ada unsur-unsur suspend yang membuatkan kau nak tengok sambungan dia walaupun macam nak terus tengok episod akhir. Hahahaha... Kalau nak tahu kenapa heroin hidup sebagai lelaki dan adalah hero berjaya menjumpai buku catatan tu dan apa kaitan Changmin dengan heroin, kenalah tengok drama ni. Tapi satu je nak cakap, pengakhiran dia hampeh macam drama Faith jugak. Pebendalah tetiba je dah habis? Tunjuk la kesudahan yang menggembirakan sikit. Ini macam, eh, dah habis? Macam tu je?

Sama jugalah macam ulasan drama ni, tetiba je tak ada isi kan? Hehehehe... Alangkan baru cerita tak sampai suku drama pun dah panjang macam ni, kalau aku cerita sikit-sikit isi drama dia mestilah jadi novel karang entri ni. Korang pergi tengok sendiri jelah ye.

No comments: