Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 June 2016

Nah Tengok Gambar Makanan

Awal-awal ramadhan dulu, masih rajin nak menaip. Lepas entri yang terakhir tu, terus tak pandai nak karang ayat. Ada la menghadap Photoscape nak edit gambar beberapa kali dengan harapan nak karang entri bergambar. Pun tinggal harapan je. Keluar masuk blogger pun mood tak mari juga.

Hari ni gagahkan diri sikit untuk karang entri cerita ramadhan. Macam biasa, bila masuk bulan ramadhan, automatik jadi tak berapa nak rajin masuk dapur. Memang lagi banyak beli makanan dekat param daripada masak sendiri. Biasanya kalau masak tu hari cutilah sebab malas nak bersiap pergi param.

Dekat sini ada pilihan nak pergi bazar yang mana satu tapi dua je bazar yang best dan ada banyak makanan sedap. Bila nak beli makanan ni, aku memang akan cari orang yang memang berniaga dan tahu masakan dia sedap. Senang cerita. Beli pun cukup-cukup untuk makan buka; kalau lebih pun habis la sampai sahur. Kalau dah tahu tak habis, memang masuk peti siap-siap dan makan esoknya.
Antara gambar kuih yang sempat diambil; belah kiri roti daging salut telur. Guna lebihan sos bolognese dua hari sebelumnya. Belah kanan tu tapau dekat param.

Yang ni hari lain, buang tebiat buat kuih sagu. Memula nak buat puding sagu, lepas tu fikir-fikir leceh pula nak sediakan kuah dia. Makanya tukar jadi kuih sagu je. 

Ikan goreng lauk tambahan. Tapau kat param pun ye juga. Hehehe..

Pecal. Sambal pecal beli waktu pergi borong kerepek. Sedap tapi pedas

Minggu pertama puasa dulu sempatlah keluar berbuka dengan Abah dan Abang-abang. Lokasinya dah tentulah ke Bangi. Tapi disebabkan sampai agak lewat maka tak ada tempat. Tak ada rezeki nak berbuka di tempat biasa. Makanya teruslah ke satu lagi restoran yang biasa juga kami kunjungi, SOHO. Macam-macam dipesannya sampai banyak berlebih. Tapi takpe, bungkus semua yang berlebih, boleh buat lauk sahur esoknya.

Antara menu yang ada di SOHO

Ini baru sebahagian menu, ada lagi sebahagian tak sampai. Tamak sangat pesan banyak-banyak.

Sesi ngeteh pula di RASA. Lengang gila wei, tak ada orang. Wuuhhhuuu!

Takkan minum aje? Beli la waffle ni satu kongsi ramai-ramai.

Lepas maghrib, singgah Alamanda untuk sesi ngeteh. Tak ada beli apape pun dekat sana, memang ngeteh aje dekat RASA. Tahun ni tak boleh beria beli-belah untuk raya; kena simpan duit untuk berjalan nanti. Bersabar ajelah aku melihat shawl yang cantik-cantik tu; tak boleh beli shawl sebab dah terbeli seat MH hari tu. Pasraaahh.

Monjong pun dah siap, lega. Tahun ni tempah aje semua, siap hantar sampai depan pintu rumah lagi. Saya suka saya suka. Sebab dah tahu nasi ambeng kedai tu sedap, maka tempah saja melalui WhatsApp; senang kerja.
Waktu pembungkusan

Sedia untuk diagihkan

Tu jelah setakat ni. Kalau rajin nanti aku sambung lagi cerita pasal makanan juga. Hehehe... Selamat meneruskan ibadah puasa semua. Kepada tuan rumah dan penghuni rumah, selamatlah mengemas rumah juga.

No comments: