Engagement Fund ;)

Friday, 3 June 2016

Penang 2016: Hotel Chariton Butterworth

Sebelum terlupa banyak benda, marilah mengarang satu entri Cuti-cuti Malaysia Pulau Pinang. Penceritaan dimulakan dengan tempat tinggal untuk malam pertama. Asalnya dah cari hotel dalam pulau sebab memang nak ronda dalam pulau je; kemudiannya pada saat akhir Mada cakap terpaksa batal cuti sebab bos besar datang Malaysia.

Maka rancangan pun berubah. Aku dengan Aten teruskan perjalanan seperti yang dirancang manakala Mada akan bertolak dari KL selepas habis kerja. Memandangkan Mada akan tiba di Pulau Pinang dengan ETS, maka kenalah cari hotel yang berdekatan dengan stesen kereta api. Sebab pertama, ETS akan sampai pada lewat malam dan kami berdua perlu keluar untuk menjemput; agak bahaya untuk dua orang perempuan bersendirian di tempat asing. Keduanya, kami tak biasa dengan jalan di sana jadi wajiblah cari tempat yang paling hampir dengan stesen.
Bangunan hotel

Alhamdulillah, memilih hotel ini adalah satu pilihan yang sangat tepat kerana lokasinya yang strategik dan juga harganya yang sangat berbaloi dengan apa yang kami dapat. Lokasi hotel ni terletak bertentangan dengan JPAM Pulau Pinang dan berdekatan dengan dermaga. Macam biasa, aku tempah guna booking.com dan dapatlah harga RM130 termasuk cukai untuk satu malam.

Kami daftar masuk agak lambat juga sebab pergi Bukit Bendera dulu baru patah balik ke seberang. Waktu mendaftar, cuma bagi nombor tempahan dan buat bayaran serta deposit. Aku rasa hotel ni agak selamat dan terjaga sebab dia minta sekali nombor kenderaan waktu mendaftar tu. Selesai semua, terus masuk bilik, menjakun sekejap ambil gambar bilik, menggodek tv untuk cucuk pendrive, dan buka bungkusan nasi. Lapar wei! Dari pagi Cuma makan roti.

Tempat tv, meja solek, dan almari

Sofa sudut yang jadi tempat letak beg

Sambil makan nasi kandar, sambil layan Yoo Si Jin...aauuww

Untuk hotel ni, aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Biliknya agak luas dan selesa. Nak solat pun tak adalah bontot terlanggar dinding waktu rukuk. TV LCD siap boleh cucuk USB makanya bolehlah kami buat aktiviti tetap dan berpencen bila bercuti bersama iaitu layan drama Korea berjemaah. Ada kelengkapan untuk buat teh dan juga air mineral percuma.
Cawan untuk kopi dan teh beserta cerek elektrik

Ayaq mineral percuma

Bilik air yang agak luas

Sabun dan syampu yang wanngggiii

Tandasnya pun luas dan ada hos dan yang paling win adalah sabun dan syampu hotel ni wangiiii, tak macam hotel-hotel lain. Satu lagi yang best adalah sorang dapat dua biji bantal. Setakat ni tak pernah lagi jumpa hotel kategori bajet yang bagi dua biji bantal yang gebu dan lembut kecuali Chariton ni; cuma tilam dia keras sikitlah.
Satu katil bujang dan satu katil kelamin..tilam dia tak berapa nak empuk tapi bolehlah..


Waktu tempah, aku pilih bilik dengan pemandangan laut. Ingatkan memang tepi laut betul, rupanya tak adalah dekat sangat pun. Belakang hotel ada rumah dan lepas tu ada lebuhraya. Tapi boleh Nampak laut dan pemandangan waktu malam sangat cantik sebab lampu-lampu dari dermaga tu meriah.
Pemandangan waktu matahari nak terbenam; pemandangan malam tak jumpa pulak gambarnya..ada ambik kan Ten?

Pagi esoknya bangun pagi seret kaki turun dari katil sebab tak cukup tidur. Hahaha... Lepas solat tidur balik tapi tak lama tu tiba-tiba tak ada elektrik pulak. Cuak dah ni sebab takut kerana seterika, suis utama tendang. Waktu blackout kejap tu memang Aten tengah gosok baju pakai seterika antik aku. Telefon kaunter dan minta orang datang tengok. 

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Akhirnya kitorang berani takut-takut berani tengok suis utama dan tolak mana-mana yang patut. Alhamdulillah, menyala balik semua. Cepat-cepat gosok baju dan teruslah bersiap. Dalam pukul 9 lebih kitorang daftar keluar dan cari makan. Yang tu nanti entri lain. Tata...
Babai Chariton Hotel

No comments: