Engagement Fund ;)

Wednesday, 1 June 2016

Tiba-tiba Je

Hari pertama untuk bulan Jun, terasa memanggil-manggil nak menaip. Makanya, hari ni nak catatkan satu lagi keputusan besar yang dibuat secara tiba-tiba. Memang tiba-tiba sangat. Mula-mula main bajet-bajet je, lepas tu main-main buat tempahan penginapan. Dan tiba-tiba dah terbeli tiket kapal terbang? Eh? Nak gelak ke nak nangis? Biar betul ni? Huhuhahaha...

Perancangan ni masih lagi peringkat rahsia, cuma mereka yang terlibat je tahu; orang-orang sekeliling pun tak tahu lagi jadi yang dah terbaca entri ni dan berada di sekeliling saya, diam-diam jelah ye.

Asalnya rancang nak berjalan jauh ni tahun depan sebab macam tak mampu je nak kumpul duit sebab baru je selesaikan masalah dengan PTPTPTEPISANA! awal tahun ni. Tapiiii, hasutan Geng Bilik Prep ni lain macam dia punya aura. Masing-masing melayan perasaan, terus buat keputusan nak pergi juga tahun ni dan terus tengok apape yang patut. Satu lagi sebabnya adalah kitorang dah mulakan kutu Geng Bilik Prep dari awal tahun ni tanpa tujuan, jadi inilah dia tujuan hakikinya.

Maka pada 19 Mei lepas selamatlah beli tiket. Tong tong la pakai kad kredit yang ada kad. Aku tolong beli untuk Radin. Memang gila ah decide nak beli on the spot! Sejuk tangan hoi sepanjang membeli tu. Siap pakej menggigil sebab sebelum ni urusan beli tiket orang lain yang buat. Alhamdulillah selesai bab tiket.

Penginapan pulak awal-awal dah tempah. Orang beli tiket dulu baru tempah penginapan, ni pergi tempah penginapan dulu. Pe cer? Hahaha... Aku guna genius status dan tempah melalui booking.com. Dapatlah diskaun 10% daripada harga asal. Setakat ini, itulah dia yang dah selesai.

Ya Allah, permudahkanlah urusan percutian dan perancangan Cik Farah dan Geng Bilik Prep.

No comments: