Engagement Fund ;)

Friday, 1 July 2016

Kuih Raya. Donat. Sushi.

Hari ni dah masuk bulan Julai. Sekejapan sahaja ramadhan sudah di penghujungnya. Tahun ni macam biasa, masih tidak membuat kuih raya sendiri. Masih tidak menyempatkan diri untuk menghantar oven tu untuk dibaiki. Makanya tempahlah saja kuih-kuih raya tu. Tak adalah bersungguh sangat beli kuih kali ni, #jimatsangatberayatahunni.

Biskut yang pelbagai tempah dari Aten manakala tart nenas tempah dari TNTS. Hari Sabtu lepas pergi ambil tempahan di tempat biasa dan teruslah hantar tempahan di sekitar Kuala Lumpur. Penuhlah satu bonet dengan tart nenas; nasib baik pinjam kereta besar, kalau naik Taejang, ada balang tart yang tergolek-golek jatuh karang. Hehehe... Alhamdulillah jalan dari Banting sampai KL membawa ke Klang sangat lapang, tak ada sesak langsung!
TNTS bunga

Sampai dekat Klang dalam 12.30 macam tu, terus blur tak tahu ke mana. Nak tunggu waktu buka, lama lagi hoi! Akhirnya putuskan untuk pulang saja selepas penghantaran terakhir di Jusco Bukit Raja. Tapi sebelum pulang tu tapau sushi dengan donat. Kiranya berbuka hari tu makan makanan antarabangsa dan tradisional. Best juga Mister Donut ni sebab beli 6 ketul percuma 2 ketul. Lepas ni boleh beli lagi. Nah layan gambar makanan lagi.
Sebahagian daripada sushi yang ditapau

Tart nenas dah habis separuh balang

Swiss tart yang sedap dan tinggal beberapa ketul saja lagi

Donat yang telah dipotong ngam soi untuk sekali ngap!

No comments: