Engagement Fund ;)

Thursday, 4 August 2016

Jatuh cinta sangat tapi...

...awat mahal nak mamps? Apa dia yang mahal ni? Ni ha, ada satu blouse cun meletop kebabom dari Poplook. Harga pun meletop la juga kan? Sebelum ni pernah la beberapa kali membeli dari Poplook tapi sejak ada skim Geram Sangat Tau GST, sekadar tengok jelah sebab boleh tahan mahal harga dia. Nak nak pulak, dari saat buat keputusan mengejut terkejut haritu, lagilah kena potong bajet banyak. Kalau nak beli blouse kena 50 hengget dan kebawah.

Warna plum..ada satu lagi warna grey..

Tapi sejak pertama kali nampak blouse nama Pazia ni, memang asyik teringat ingat saja. Berkenan sangat dengan kemasan dekat tangan tu, nampak mewah dan unik dengan bunga-bunga dan mengembang. Tambah pulak dia ada saiz untuk orang yang berbadan tak berapa nak kurus ni, lagilah keluar masuk Poplook tu hari-hari. Keluar masuk tengok jelah. Hahahaha...

Mula-mula nampak waktu puasa haritu lepas tu sekejapan je dah habis. Kemudian pertengahan Syawal haritu dia buka untuk tempahan, pun tak lama duduk dekat senarai, terus dah tak ada. Laku sangat Pazia ni!

Pagi ni sajalah belek-belek IG, tetiba keluar status bawah ni dekat Poplook. Eh? Eeeehhh... Ni kalau tak mengenangkan raja ketam dengan abalon, memang laju-laju dah aku beli Pazia ni. Tapi disebabkan masih waras, mampu tengok jelah. Sobs...

Sambung zikir koya..koya..koya berulang kali untuk mengingatkan diri. Kadang-kadang memang kita tak boleh nak semua benda dalam satu masa dan untuk dapatkan sesuatu, memang kena korbankan sesuatu. Mungkin kemudian nanti ada rezeki lain, siapa tahu kan? *Tetiba tukar mood jadi Sazoh untuk penutup entri ni.*

No comments: