Engagement Fund ;)

Thursday, 8 September 2016

Hari Makan Bertemakan Korea

Hari ni marilah bercerita tentang aktiviti makan dan makan pada hari Sabtu waktu outing 27 haribulan lepas. Niat asal nak makan bibimbap dan memang bibimbaplah kami makan. Tapi bila dah banyak kedai makan depan mata, memang taklah nak makan bibimbap je. Amaran, entri ni memang banyak gambar makanan je, kalau rasa tak kuat iman, jangan tengok. Hehehe..

Sepanjang IOI buka, ini baru kali kedua aku ke sana. Sampai sana awal lagi sampai tamak nak letak kereta dekat kotak kosong yang mana satu. Hahahaha.. Dapat pula dekat pintu masuk kawasan kedai makan, memang taklah nak jalan sampai hujung sana. Memang tak pernah pusing habis lagi satu IOI tu setakat ni sebab memang berlegar tempat makan je.




Sampai sampai je, pusing-pusing kejap tengok kedai mana nak terjah sementara tunggu Mada. Lepas tu tapau sushi dekat Empire Sushi. Sushi ni bukan restoran pun, macam kios je dekat bahagian tengah. Waktu sampai tu sushi-sushi kat atas ni yang dah banyak siap siap; yang inti lain masih kosong lagi dulangnya. Lokasinya adalah di hadapan bahagian buah-buahan Tesco. Waktu sampai tu belum banyak yang siap sebab masih awal lagi. Jadi tapau jelah mana yang ada. Harga okey okey jelah, rasa dia pun bolehlah, sedap juga. Rasa sushi.

Keadaan restoran yang tak ada orang langsung dekat bahagian dalam

Antara menu yang ada

Lepas tapau sushi, masuk Dubuyo sebab teringat-ingat bibimbap dia. Setakat ni bibimbap yang paling best dekat anak tekak ni adalah Dubuyo. Aku pesan bibimbap daging, Aten pesan bibimbap ayam. Lepas tu kami tamak pesan jjajangmyun. Teringin nak rasa. Pengaruh cerita Korea sangat ni! Hahaha.. Pesan satu jelah, kongsi.
Set bibimbap daging

Selepas..licin! Bayor mahal kan?

Teman Jenayah yang juga Geng Bilik Prep

Jajangmyun..boleh tahanlah rasa dia, ala-ala rasa mee hailam tapi tak banyak isi

Gembira sangat tu dapat makan jajangmyun! Hahahaha

Waktu tengah makan, Mada sampai. Mula-mula Mada nak juga pesan makanan tapi sebab tak ada sorang pun pelayan dia yang pandang, terus tak jadi pesan. Lagipun lepas tu nak pergi makan tteobokki dekat B.bap pulak. Hei, banyaknya korang makan? Diam-diam sudah.
Sementara tunggu pesanan sampai

Habis makan pergi ronda beli barang kejap baru masuk B.bap. Dekat sini pesan tteobokki, patbingsu dengan kimbap. Tteobokki dia lagi okey dari Dubuyo tapi tetap Sweetree punya yang menang. Kimbap dia pun okey, sedap juga cuma portion dia kecil, tak macam portion dekat Korea yang serius besar sampai tak habis-habis dimakan. Paling sedap antara tiga menu yang kitorang pesan tu adalah patbingsu!



Habis makan, pergi tapau sushi lagi sekali. Tamok kan? Benda susah nak jumpa, jakun lebih sikit la. Kali kedua pergi dah penuh dah sushi dekat tray tu. Lagi tamok dibuatnya! Hahaha... Pilih pilih pilih pilih, ok cukup. Bayar dan terus ke Milkcow. Teringin nak makan aiskrim dia sejak nampak dalam Cunning Single Lady.
Sushi memenuhi ruang tatkala kami ke sana untuk kali kedua

Hasil tangkapan

Lagi

Dekat sini pun dah rambang mata tapi rambang tak rambang, kena tengok dompet dulu. Untuk pemegang kad Watsons, boleh dapat 10% diskaun untuk aiskrim terpilih. Sila tunjukkan kad Watsons korang sebelum buat pesanan ye. Dari Milkcow, singgah Auntie Anne's pula sebab Aten teringin. Semua bungkus dan angkut ke rumah Mada sebab nak sambung perbincangan dekat sana.
Hampir tewas dengan macaron tu sebab perasanya unik dan warnanya sangat menarik

Hasil tangkapan, antara produk best seller tapi dah lupa nama

Bajet 50 hengget je untuk makan, tapi dah makan tak ingat dunia, aku rasa nak dekat seratus hengget kot untuk makan saja. Ooopsss! Waktu pergi, dompet banyak helaian duit. Waktu balik duit dah tak ada, tinggal helaian resit je. Hahahaharu... Insaf.

No comments: