Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 September 2016

Ikan Kukus Halia yang Segar dan Murah

Sabtu lepas, Abah ajak makan dekat luar sebab anak dia tak masak. Hehehe.. Kalau makan dekat luar, jarang sangat makan dekat kawasan jajahan; paling dekat mesti ke Morib. Kali ni Abah kata tak nak ke Morib tapi nak ke kawasan Sungai Buaya. Konon-konon nak cuba dekat Restoran Abang Seafood yang baru dibuka di tepi jalan menghala ke Pulau Carey.

Maka, ke sanalah kami. Kedainya agak luas dan lapang. Persekitaran pun bersih. Waktu nak pesan makanan, tak tahu nak makan apa jadi aku minta buku menu. Bila tengok menu, rambang matalah kan? Kalau makan dengan Abah, mesti kena makan nasi dan lauk. Jadi, kami pesan ikan siakap kukus halia, sup cendawan, kerabu ikan bilis dan kerang bakar.

Selepas semua makanan tiba

Makanan sampai agak cepat juga. Komen tentang makanan? Ikan siakap segar dan masakan yang dipilih tu kira sedap juga dan berasa. Kerabu ikan bilis pun sedap; aku suka sebab dia campur hirisan daun limau purut jadi bila makan tu terasa wangi je. Kerang bakar dia pun best sebab kerangnya segar jadi dia tak melekat pada kulit bila dicungkil dan isinya kenyal. Sup cendawan pula banyak isi tapi kuahnya kureng sikit, tak macam sup ala Siam. Sup cendawan ni sedap kalau dimasak ala Siam sebab dia jadi masam-masam pedas dan dapat hilangkan bau tanah cendawan tu.

Kerang bakar

Kerabu ikan bilis

Ikan Siakap Stim Halia

Jumlah untuk lauk-pauk di atas beserta tiga pinggan nasi putih dan tiga gelas air hanyalah 59 hengget 90 sen. Aku kira murah sebab ikan dia memang besar dan perencah dalam sup cendawan pun meriah, siap ada udang dengan sotong lagi dalam tu. Kot-kot terlalu jalan nak ke Jambatan Pulau Carey, bolehlah korang cuba makan dekat situ. Kedai dia memang tepi jalan besar je dan tempat letak kereta pun luas.

No comments: