Engagement Fund ;)

Friday, 23 September 2016

Pemergian

Tepat jam 7.58 malam 20 September lalu, salah seorang ahli keluarga pergi buat selamanya. Pemergian yang sangat tidak terjangka. Pagi tu Kak Ela WhatsApp bagi tahu Abang Zahar masuk ke ICU tapi aku tak balas pun sebab memang hanya akan pegang telefon lepas dah punch in. Belum sempat balas mesej, Kak Eli pula telefon memaklumkan keadaan terkini.

Petang lepas kerja, Kak Yah pula telefon sebab telefon Abah tak dapat-dapat. Memang cadang nak pergi melawat petang tu sebab siangnya tu ada kelas jadi tak boleh nak minta keluar. Lewat juga gerak dari rumah sebab uruskan Nenek dulu.

Alhamdulillah selamat sampai ke SJMC tanpa sesat. Waktu jalan nak ke lif, dapat WhatsApp dari Abang Paiz memaklumkan Abang Zahar dah meninggal. Innalillahiwainnailaihirajiun... Tak sempat tengok buat kali terakhir. Keluar dari lif, memang penuh sesak laluan dari lif sampai ke dalam wad dengan kenalan, ahli keluarga dan juga rakan sekerja yang datang melawat.

Terlalu cepat dan mudah perjalanan pergi Abang Zahar; Al-fatihah buat sepupuku, Abang Azahari Bin Sairin. Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama orang yang diampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang beriman.

Waktu hari pengebumian, aku tak dapat turut serta atas sebab kerja juga. Kelas mula awal pagi dan tak sempat nak aturkan gantian sebab hari Selasa tu pun sampai rumah dah lewat malam. Hanya doa mampu dikirim dari jauh. Cuma seharianlah gelisah; walaupun tidak begitu rapat, tetap juga ada kenangan dengan arwah waktu kecil-kecil dulu. Teringat-ingat juga terutama waktu arwah mak masih ada. Masa di U dulu pun kerap jugalah bertandang ke rumah arwah sebab arwahlah antara saudara terdekat yang ada di sana. Moga arwah tenang di sana.

No comments: