Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 September 2016

Penang 2016: Sesat Tika Mencari Street Art

Hari ni sambung cerita cuti-cuti Penang 2016 bulan April lalu sebelum siri percutian baru muncul. Dari Kota Cornwallis, kami terus menuju ke kawasan Penang Street Art.

Street Art ni tak bertumpu di satu kawasan tapi bersepah di sekitar bangunan dalam Georgetown. Sebelum pergi, memang kena muat turun peta dulu untuk tahu lokasi popular Street Art dan dekat mana kawasan yang berbaloi untuk pergi kalau kesuntukan masa.

Ni muka depan peta yang aku muat turun tempoh hari

Walaupun hasil seni tu merata-rata, ada juga yang lokasinya setempat atau sangat berdekatan antara satu dengan yang lain. Nak cari Street Art ni memang tak boleh naik kereta; kena letak kereta dekat satu tempat strategik dan memang kena jalan kaki untuk sampai ke lokasi yang diidamkan. Kalau cukup gigih, boleh sewa basikal atau naik beca kayuh ramai-ramai.

Macam kitorang haritu, ada drama tragedi yang berlaku bertajuk Sesat Tika Mencari Street Art. Berdasarkan kejadian, korang jangan pasakkan dalam otak nak dapatkan tempat letak kereta yang terpaling dekat sampai kena pusing-pusing masuk lorong celah bedah lepas tu pening lepas tu dah tak ingat jalan lepas tu sesat.

Sebabnya kawasan tu tempat tumpuan pelancong jadi memang ramai orang dan tempat letak kereta pun terhad. Kiranya kalau dah dapat kotak kosong yang agak dekat dengan Street Art idaman hati, parking je situ dan jalan kaki untuk sampai ke lokasi sebenar. Lepas parking kereta, pastikan ingat landmark tempat korang parking tu dengan nama betul sebab kebarangkalian sesat adalah sangat tinggi kalau ingat separuh-separuh je. Nah layan gambar jelah ye.

Salah satu arca besi yang ada. Setiap gambar ada disertakan cerita pendek yang berkaitan masyarakat majmuk Malaysia.

Salah satu mural wajib bergambar

Satu lagi

Pemandangan di salah satu lorong

Depan kedai kecil tempat beli air mineral dan aiskrim sedap tapi mahal



Berhenti kejap dekat kedai ni untuk beli cenderahati yang melambangkan Penang Street Art

Penang Street Art terbahagi kepada dua kategori iaitu lukisan mural dan arca daripada besi. Street Art ni adalah salah satu tempat wajib singgah kalau sampai ke Pulau Pinang. Ada beberapa hasil seni yang 'panas' sampai nak ambil gambar pun kena beratur. Paling penting dekat sini adalah common sense orang Jawa kata. Sebelum nak meluru bergambar dengan mural tu, tengok kiri kanan depan belakang dulu siapa yang dah ada dekat situ tunggu giliran. Jangan potong barisan okey sebab orang lain pun kejar masa juga.

Selain Street Art, satu lagi yang perlu diperhatikan adalah senibina lama yang ada pada deretan bangunan di sepanjang jalan. Disebabkan masih boleh nampak kesan sejarah yang tertinggal, Georgetown telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Deretan rumah kedai dengan senibina klasik


Kami dan dia

Jadi, persediaan untuk melancong ke Pulau Pinang juga perlu dan tak susah sebenarnya. Nak dapatkan peta lokasi setiap mural dan arca tu hanya perlu Google sahaja dan simpanlah dalam telefon masing-masing. Telefon canggih dah kan? Gunakan teknologi yang ada semaksimum mungkin. Sekian, kisah untuk hari kedua kami di Pulau Pinang.

No comments: