Engagement Fund ;)

Tuesday, 6 September 2016

Penat, nak kena buat apa?

Bila malam tadi kena ganti kelas untuk sekolah rendah, teruslah rasa penat gila. Satu, sebab dah set dalam otak minggu ni bukan giliran aku dan nak balik rumah awal sebab hujung minggu lepas tak rehat langsung. Hari Sabtu kerja sebab ganti kelas untuk cuti tambahan raya haji nanti. Lepas tu hari Ahad bawa Abah ke Halfest; cerita ke Halfest entri lain nanti. Balik dari Halfest, sambung buat kimchi pulak. Penat woo! Dua, nak mengajar budak-budak sekolah rendah ni persiapan mental dan fizikal kena lebih sebab ragam budak kecil ni lain macam.

Sebenarnya tak nak ambil tempahan dulu untuk kimchi ni tapi bila orang dah mengharap, tak sampai hati. Alhamdulillah ada yang sudi nak beli produk kita kan, kena tunaikan. Walaupun penat, kena set dalam otak untuk menikmati proses pembuatan tu. Buat kimchi tak susah, cuma leceh sebab proses dia renyah. Dapat pula baechu yang jenis berair kali ni, jenuhlah aku perah baechu sampai tiga kali. Lap peluh.

Mujurlah kali ni tangan tak sakit sangat lepas siap semuanya. Agaknya sebab aku urut-urut sikit kot sebelum tidur lepas tu sapu losyen mustajab yang panas tu. Kalau tak, memang tak boleh tidur sebab tangan sakit campur lenguh. Lepas ni kena minum Ephyra balik la sebab bila lama sangat berhenti ni memang badan letih lesu je.

Selain penat fizikal, mental pun penat juga sebab banyak fikir. Banyak sangat benda tak menyenangkan muncul. Pertama, Yong meragam balik. Terus tak boleh nak caj dah. Aku tengah fikir-fikir nak baiki Yong atau beli baru je. Kalau baiki, busuk-busuk pun 200 hengget punya dan prestasi dia mesti lagi merosot sebab dah pernah dibaiki dua kali sebelum ni.

Kalau beli baru, celah mana nak korek duit? Bulan ni sangat banyak benda memerlukan duit. Sob..sob..sob.. Lepas tu nak beli baru kena buat kajian dan perbandingan yang teliti supaya berbaloi duit yang dilaburkan. Bukan nak pakai sebulan dua, kalau boleh biarlah bertahun-tahun macam Arba tu; dah dekat 6 tahun pakai masih okey lagi.

Kedua, muncul sedikit masalah pada projek ukur jalan GBP ni. Masalah tahap dunialah juga sebab kalau fikirkan banyak kali, boleh bengong juga. Hahahaha.. Takpelah, untuk yang masalah ni kena ikut arus dan berharap agar telahan aku itu betul. Orang kata, masa ubat terbaik. Harapnya, seiring masa beredar, berita baik datang menjengah. Macam serius sangat bunyi masalah ni kan? Bagi golongan marhaen macam kami ni, seriuslah.

Entri membebel disudahi dengan gambar kimchijeon untuk minum petang Sabtu lepas. Habis kerja dok terbayang-bayang lempeng kimchi ni, sampai je rumah terus sinsing lengan baju buat lempeng. Seronok nak buat sebab dapat tips dari Cha Seung Won haritu, dia bagi masa dia masak lempeng dalam 3 Meals A Day. Dia kata, nak dapatkan hasil yang lembut dan sedikit rangup, kena campurkan tepung kanji dalam adunan. Memang sedap la! Maafkan saya kerana sendiri masak sendiri puji. Mihmihmih...
"Agasshi, kimchijeon hana!"

No comments: