Engagement Fund ;)

Saturday, 10 September 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

Ini cerita hari Isnin, 5 September 2016. Macam tempat lain, di tempat aku juga diadakan sambutan kemerdekaan ni sempena bulan 31 Ogos dan 16 September nanti. Memandangkan dua tarikh ni adalah peristiwa bersejarah penting bagi Malaysia, maka wajarlah sambutan diadakan. Sambutan untuk memperingati kedua-dua peristiwa ini disekalikan jadi di buat tengah-tengah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pihak penganjur dan diikuti dengan perasmian oleh Pengarah. Macam biasa, mesti ada sesi nyanyian lagu patriotik. Bukan satu, tapi sampai tiga. Bila dah pegang bendera Malaysia, memang semangat betul waktu menyanyi tu. Hehehe..

Bahagian pelajar lelaki

Kemudian, satu tayangan dokumentari mengenai peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan juga Pembentukan Malaysia 1961 ditayangkan. Sebak rasa bila tengok balik kesungguhan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk membela nasib rakyat dan mendapatkan kemerdekaan untuk negara tercinta. Kalau pernah baca buku-buku tulisan pemimpin negara yang menceritakan proses mendapatkan kemerdekaan, mesti boleh kaitkan cerita dalam buku dengan video ni. Buku-buku paling disarankan untuk baca adalah karya-karya sasterawan negara yang kebanyakannya berlatarmasa zaman sebelum merdeka dan juga awal-awal kemerdekaan negara. Kalau malas baca novel, baca yang koleksi cerpen pun cukup.



Habis tayangan dokumentari, bermulalah acara pertandingan. Kali ni ada tiga je acara iaitu pertandingan melukis poster, dekalamasi sajak atau syair serta nyanyian lagu-lagu patriotik. Kebetulan aku dilantik jadi juri untuk pertandingan nyanyian dan dekalamasi sajak, maka dapatlah tempat duduk VIP iaitu di barisan paling hadapan dan betul-betul depan pentas. Hehehe..

Asalnya diorang kata aku jadi juruacara rentetan dari sikap tak kisah yang aku tunjuk bila penganjur tanya. Konsepnya, kalau orang lantik, terima ajelah sebab itu salah satu pengalaman berharga. Kau ingat senang nak jadi MC ni? Walaupun dalam kelas pung pang pung pang mengajar teori berkomunikasi di khalayak, tetaplah rasa gementar tu lain macam bila kena jadi MC. Kali terakhir jd MC ni adalah pada tahun 2013, jadi aku nak pasrah je kalau kena jadi MC.

Nyanyian lagu patriotik duet dengan iringan gitar

Deklamasi sajak oleh pelajar semester 1

Juara kategori nyanyian disandang oleh pelajar dari Bengkel CAD Senibina

Nyanyian lagu patriotik berkumpulan. Kalau suara harmoni lagi sikit, boleh dapat nombor kumpulan ni.

Banyak kali aku tanya geng penganjur lelaki yang duduk satu pulau dekat pejabat tu dan tiap kali tanya, diorang mengiyakan tapi tak dapat pun memo lantikan? Orang kata ye, aku pun cuak juga. Laju-laju cari maklumat untuk buat teks ucapan. Tengah sibuk cari tu, geng penganjur perempuan pecah rahsia; "Eh, pengacara bengkel la yang uruskan. Tak baik hang pa tipu teacher." Hahahahahampeh... Sudahnya jadi juri je. Jadi juri pun mencabar juga sebab nak kena nilai banyak aspek. Harap-harap markah yang diberikan itu adil dan diterima dengan hati terbukalah ye.

No comments: