Engagement Fund ;)

Thursday, 15 September 2016

Spaghetti Alfredo Marhaen

Tekak ni kalau tetiba teringin nak makan sesuatu sangat-sangat, memang tak lain sebab Cik P dah nak datang la tu. Minggu ni tiba-tiba terbayang-bayang spaghetti kuah putih pedas. Waktu nak jimat nilah teringin nak makan benda tak berapa nak murah kan?

Fikir punya fikir, macam tak ada je kedai yang jual spaghetti idaman ni. Sudahnya balik kerja aku singgah Econsave beli barang dan masak sendiri. Lebih murah dan tentunya kena dengan tekak sendiri.

Gigihlah aku masuk dapur masak untuk diri sendiri. Konsep dia asal ada rasa ala-ala, jalan. Untuk kuah dia aku guna susu kotak dengan keju cheddar yang keping tu je. Kata marhaen kan? Asal ada rasa keju, jalan.

Spaghetti Alpredah Cili Lebih Kuah Pekat

Oh ye, apa beza alfredo dengan carbonara? Dulu-dulu keliru juga tapi berkat kesungguhan menonton rancangan masakan antarabangsa, dah boleh bezakan.

Alfredo - kuah putih yang hanya menggunakan krim masakan dan juga keju

Carbonara - menggunakan kuah yang sama tetapi ditambah dengan telur yang dikocak sedikit dan dimasukkan selepas api dipadamkan dan digaul sekata dengan pasta.

Sekian, dari rakyat marhaen yang teringin makan makanan tak berapa nak marhaen.

No comments: