Engagement Fund ;)

Thursday, 3 November 2016

SAN 2016 - Episod 4: Parisian Palace; Gyeongbokgung

Lepas semua dah bertenang, barulah kembara diteruskan. Mula-mula kami cari tempat makan dulu sebab Hani tak ambil makanan dalam flight. Kitorang terlebih makan dah tapi dah lapar balik. Hehehe.. Sebab dah lapar dan nak ke Sindang Dong tu jauh, maka kami sepakat nak ke Parisian Palace yang hanya sekangkang kera dari Bong House. Terjumpa restoran halal ni waktu sesat tadi. Ada hikmah jugalah sesat ni kan?

Sebelum pesan makanan, kita bergambar dulu!

Restoran ni menyajikan makanan timur tengah dan boleh tahan popular juga; banyak kali masuk dalam tv. Kedainya kecil comel je tapi perhiasan dalaman boleh tahan meriah. Duduk je dia terus bagi gelas dan air kosong. Dekat Korea memang macam tu gayanya; mana-mana restoran pun. Mula-mula pelayan yang nak ambil pesanan adalah orang Korea, lepas tu mungkin dia gelabah sebab kena cakap bahasa lain, terus dia panggil tauke restoran.

Pemilik restoran merangkap tukang masak adalah orang Iran. Lebih mudah berkomunikasi dengan dia sebab dia fasih berbahasa Inggeris. Lama jugalah kami belek menu dan bertanya itu dan ini tentang makanan yang disajikan. Seterusnya, silakan layan cerita bergambar ye.
Tahap kepedasan kari. Kalau tak pasti, boleh tanya pada chef. Jangan berlagak sebab kau dari Malaysia yang makan cili padi buat ulam, kau nak pilih tahap terpedas. Kitorang la tu yang hampir nak terberlagak. Nasib baik chef tu bagi tahu tahap mana yang sesuai dengan lidah Malaysia. Tapi dah lupa yang mana satu. Ampun!

Hidangan istimewa Parisian Palace

Antara menu yang ada

Kari yang dipilih tahap kepedasannya tadi. Memang terasa pedasnya.

Roti nan kosong (kot). Rasanya ini yang dalam set.

Roti nan mentega tak silap

Roti nan bawang putih rasanya.

Ayam tandori beserta wedges dan tumbuh-tumbuhan

Alhamdulillah, licin! Jumlah keseluruhan kami makan tak ingat tapi rasanya tak sampai 50 000 Won untuk 5 orang makan sebab duit bajet makan masih berbaki agak banyak untuk sesi makan malam.

Kami dan pemilik kedai merangkap chefnya, berasal dari Iran.

Selesai makan, kami terus ke jalan utama untuk mencari bas ke Gyeongbokgung. Kalau ikutkan, jalan nak istana tu lurus je sebab waktu datang tadi memang lalu depan istana. Disebabkan baru beberapa jam berada di situ dan baru je nak faham sistem pengangkutan awam bagi kategori bas, maka kami sesat barat.

Sebenarnya kami kena melintas jalan dan tunggu di perhentian bas di bahagian tengah jalan utama untuk dapatkan bas yang memang akan lalu depan istana. Tapi disebabkan macam pelik je ada perhentian bas tengah jalan, kami berjalan jauh ke depan mencari perhentian bas lain. Yelah, arah memandu di Korea kan bertentangan dengan Malaysia, jadi memang ada banyak perhentian bas di tengah jalan utama.

Akhirnya, Hani beli internet prabayar olleh dan Google jalan yang benar. Barulah jumpa perhentian bas yang ada bas menghala ke Gyeongbokgung. Itupun sebenarnya main naik je bas nombor sekian seperti yang disarankan oleh Pakcik Google. Dah dalam bas, baca laluan perjalanan dia, tak nampak pulak hentian Gyeongbokgung. Ah, sudah! Rupanya nama hentian untuk sampai ke istana adalah nama lain.

Nama tempat dalam laluan di perhentian bas biasanya dalam hangul, cuma untuk hentian-hentian penting je ada tulisan roman. Tapi dalam bas ada pengumuman dalam bahasa Korea dan bahasa Inggeris untuk semua hentian beserta papan tanda LED yang memaparkan maklumat bertulisan hangul dan roman untuk setiap hentian.

Kisahnya, kami masih tak pasti nak kena turun di mana sampailah bas lalu depan istana. Kitorang dah berpandangan dah masing-masing; dalam hati dah cakap "Annyeong Gyeongbokgung!" Hahahaharu.. Jadinya, sepakatlah kami turun di hentian seterusnya dan kena jalan kaki sikitlah nak sampai istana. Nasib baik jarak hentian seterusnya dengan hentian yang dah terlepas tu tak berapa nak jauh, gagahlah juga menapak walaupun kaki dah sakit. Maklumlah baru nak sesuaikan kuda-kuda waktu berdiri dalam bas, habis betis peha semua sakit.
Ini betul-betul ditempat kami turun bas tadi. Belakang tu adalah bangunan ibu pejabat polis Korea tak silap; mungkin setaraf Bukit Aman kalau di Malaysia.

Waktu sampai, upacara pertukaran pengawal istana pun dah habis. Sobs.. Maka cuma dapat bergambar dengan pengawal pintu depan yang baru je bertukar. Kalau tak silap, pintu yang kitorang masuk ni adalah Gwanghwamun Gate. Minta maaf, aku tak mengaji sangat pasal Gyeongbokgung ni. Korang boleh cuba tanya Pakcik Google okey?
Pengawal baju biru dan baju merah. Setiap warna baju melambangkan tugas berbeza. Silakan Google ye kalau nak tahu sebab aku pun tak tahu. Kihkihkih..

Habis bergambar, kami pun masuk ke dalam. Ada dua lapis pintu untuk sampai ke bangunan istana. Sebaik saja melepasi pintu pertama, bolehlah ke kaunter tiket yang terletak di sebelah kanan. Melalui pembacaan dari internet, ada dua jenis tiket. Satu, tiket masuk biasa iaitu berharga 3000 Won dan yang kedua, tiket masuk lengkap yang merangkumi istana-istana berdekatan yang lain iaitu berharga 10 000 Won.

Kalau tak kejar masa dan memang minat sejarah, bolehlah beli tiket yang mahal tu sebab lebih berbaloi sebab kita boleh ikut guide yang akan menerangkan secara terperinci tentang sejarah istana-istana yang ada. Lepas tu, boleh dapat kelebihan masuk ke kawasan-kawasan yang hanya boleh masuk dengan guide. Disebabkan ahli rombongan kurang berminat dengan sejarah ni, maka kami beli tiket yang 3000 Won je. Lagipun kami ke sini pada hari cuti hujung minggu, memang padat dengan manusia.

Nak sampai ke bangunan utama istana, ada dua pintu tak silap, tak termasuk pintu utama. Pintu utama adalah pintu yang ada pengawal tadi dan masuk je boleh nampak dataran luas dan tempat untuk beli tiket. Kemudian, jalanlah merentas dataran tempat para pengawal berkawad dan masuk ke pintu kedua. Boleh jumpa laluan berukir dekat sebelah kiri dan pergilah ambil gambar banyak-banyak dekat situ. Habis sawan kamera, barulah jalan menuju ke pintu masuk ketiga yang membawa terus kita ke bangunan utama. Dekat pintu masuk yang ketiga ni baru tunjuk tiket masuk.
Dataran tempat upacara pertukaran pengawal

Ini kawasan yang akan ditemui sebaik saja melepasi pintu gerbang kedua

Saranghey! Ini gaya paling laku bila nak bergambar. Dah sampai Korea kan? When you are in RomeKorea, do as the Romans Koreans. Gituu..

Sesi bergambar pusingan pertama dengan pengungjung istana yang memakai hanbok. Nasib baiklah diorang ni sporting nak bergambar dengan kitorang. Comel-comel semuanya.

Kebetulan waktu kami di sana, Korea meraikan National Foundation Day iaitu ulangtahun pengasasan Gojoseon. Lagi sekali, mohon gunakan Pakcik Google untuk maklumat lanjut. Jadinya, dekat kawasan pentas utama istana ni, ada pertunjukan berkaitan warisan budaya Korea. Kalau korang rajin tengok drama saguk, memang boleh tahu persembahan tu untuk apa tanpa perlu tengok pamplet. Pada 1 Oktober tu, jadual persembahan adalah Tarian Sami (Monk's Dance).

Ini tempat singgahsana maharaja. "Jeonha! Man sei man man sei!" Dekat sinilah urusan pentadbiran negara dijalankan. Menteri-menteri semua kena datang menghadap di sini. Ala, korang kan tengok drama saguk kan? Mesti cam punyalah tempat ni.


Bunting promosi Monk Dance

Persembahan pertama Monk Dance. Berdasarkan corak pada hanbok, kami syak yang buat tarian ni adalah permaisuri dan yang hanbok putih tu mungkin saminya. Tarian ni biasanya untuk halau hantu atau menyembah roh-roh orang yang dah mati.

Persembahan kedua. Kali ni siap dengan gendang.

Sambil tengok persembahan, boleh duduk dekat bangku-bangku yang ada. Kiri kanan tu penuhlah dengan rakyat Korea terutamanya warga emas. Warga emas Korea ni kami perhatikan memang rajin berjalan dan ramah tamah belaka. Waktu tengah tengok persembahan tarian tu, siap bagi kacang tanah panggang lagi suruh kitorang makan. Kitorang ni segan, jadi ambillah sikit-sikit; sekali dia suruh tadah tangan dan bagi segenggam terus sambil cakap "Mogo, mogo." Maknanya suruh makan. "Nae, kamsahmanida." Eceh, dan dan keluar bahasa ibunda Korea. Hehehehe..

Dari tempat persembahan, kami bergerak ke depan sikit dan jumpa satu pavilion di tengah tasik. Kalau dalam drama, pavilion macam tu tempat menteri-menteri berkumpul untuk berhibur atau boleh jadi juga untuk membuat pakatan menggulingkan maharaja. Tapi tidaklah kami sampai ke dalam pavilion tu sebab tidak dibuka untuk pengunjung. Cuma bergambar dan berehat seketika saja di tepi tasik yang penuh dengan ikan-ikan besar.

Pavilion di tengah tasik

Kami di tepi tasik, berlatarbelakangkan pavilion

Dalam perjalanan pulang, di pintu gerbang ketiga. Waktu ni Radin yang ambil gambar. Selesai je dia ambil gambar kami, dia pun cakap; "Aku nak masuk pulak. Siapa nak tolong ambil gambar pulak ni?" sambil hulur kamera. Malangnya, semua tak nak berganjak dari posisi. Kahkahkahkah.. Bila ingat balik kejadian tu memang lawak.

Bila tak ada sorang pun nak berganjak tapi semua hanya gelak, protes la si Radin ni tadi. Hehehe.. Tiba-tiba ada seorang pelancong berbangsa Cina dari Malaysia tawarkan diri untuk tolong ambil gambar kami berlima. Rezeki kami nak bergambar penuh berlima. Hehehe..

Selfie berlatarbelakangkan bangunan istana yang menempatkan balai penghadapan tadi

Sesi bergambar pusingan kedua dengan pengunjung-pengunjung Korea yang memakai hanbok.

Kalau korang rancang nak ke sini, seeloknya datanglah hari bekerja jika hanya nak menikmati senibina dan cerita disebalik bangunan yang ada supaya tidak begitu terganggu dengan pengunjung yang padat. Tapi Gyeongbokgung tutup pada setiap hari Selasa ye. Kalau ke istana ini, korang boleh dapat dua benda; satu, pemandangan cantik binaan lama beserta ceritanya dan dua, pengalaman menyaksikan upacara para pengawal istana bertukar syif. Kalau tak dapat ke sini, boleh ke Deoksugung sebab melalui pembacaan, hanya ada dua istana di Seoul yang ada upacara pertukaran pengawal istana ni. Bagi aku, aku lebih suka dengan upacara yang di Deoksugung sebab nampak lebih meriah dan kawasannya tidaklah begitu luas macam di sini, lebih mudah nak mendekati para pengawal untuk bergambar. Dah habis pusing dan posing, kami terus keluar melintas jalan menuju ke Gwanghwamun Square. Cerita di Gwanghwamun Square sambung entri lain ye. Dah berpeluh-peluh menaip ni. Daaaa..

No comments: