Engagement Fund ;)

Wednesday, 2 November 2016

Tisu Percuma dari Kleenex

Minggu lepas, ada sampul sampai atas meja pejabat. Terkejut mula-mula sebab tak ada pun beli barang online. Bila tengok, rupanya sample tisu dari Kleenex dah sampai. Yeay!
Sampul surat kembung

Tak ingat pula macam mana boleh 'ter'isi borang untuk dapatkan sample percuma ni tapi aku isi dah lama juga, seminggu sebelum berangkat ke Korea tempoh hari. Siapa-siapa yang rapat dengan aku, mesti dah tahu tahap setia dengan satu-satu benda. Sebelum ni suka pakai Scott sebab macam lembut je. Lepas tu makin lama macam makin kesat pula.

Cuba beli jenama Kleenex ni, rasa macam okey. Terus pakai Kleenex je. Dalam tahun ni juga dia keluarkan produk baru, tisu berharuman. Paling suka sebab ada bauan ros, memang aku kaut yang tu terus! Memang nyaman gila bau ros dia tu sampai kadang-kadang saja je tarik tisu dari kotak sebab nak bau ros. Hahahaha..

Isi perut sampul kembung

Ini produk paling baru rasanya yang aku dapat sample ni, Kleenex Facial Tissue. Benda boleh dapat percuma, ambil. Cuma kena isi butiran yang diperlukan dan tunggu je sampul sampai. Belum buka pun lagi bungkusan tisu ni sebab sayang. Hehehe..

No comments: