Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 December 2016

Aktiviti yang Menenangkan Hati

Salam hari Rabu, selamat kembali bekerja buat yang bercuti panjang macam saya. Minggu lepas, tak putus-putus entri keluar kan? Sebabnya tu semua entri berjadual. Datang angin rajin, gitulah jadinya. Taip sekali banyak sampai sakit tangan dan setkan untuk muncul setiap hari, lepas tu blog pun sunyi krik..krik..krik..krik. Hahaha..

Bila baca balik cerita dekat Korea haritu, rasa macam nak muntah pula nak sambung untuk episod seterusnya. Baru hari ketiga, dah episod 11. Kalau habis sampai hari kelapan, kau ghaser? Pelan-pelan kayuh, rajin nak cerita, adalah muncul nanti. Ini cerita bulan lepas kot, balik kondangan terus singgah KLIA untuk buat satu aktiviti yang menenangkan ni.

Tengok kapal terbang parking dan keluar parking je pun tapi aktiviti ni memang boleh hilangkan stress, sama macam lepak tepi pantai tengok ombak. Kalau nak tengok kapal terbang parking, lepak KLIA; kalau nak tengok kapal terbang berlepas, lepak KLIA 2.

Okey, kapal terbang baru nak keluar dari parking


Kapal terbang bergerak ke landasan untuk berlepas

Satu lagi aktiviti ialah tengok langit dan awan, pun boleh hilangkan stress juga selain memuji kebesaranNya. Punya suka tengok awan ni, sampai pernah nak daftar ahli Cloud Appreciation Society sebab dekat situ boleh dapat gambar-gambar awan yang cantik dan unik. Tu dulu la. Dapat tahu pasal persatuan tu waktu tengok Martha Stewart Show. Tapi zaman tu tak berapa pandai lagi bab-bab internet ni jadi sekadar tahu jelah ada persatuan untuk pencinta awan rupanya.

Pemandangan waktu senja pada suatu hari. Gegar sikit gambar yang ni sebab tengah memandu kan?

Okey, yang ini elok sikit. Sebelum nak tala kamera dekat langit, mestilah aku tengok kiri kanan depan belakang dulu ada kereta lain ke tidak. Ni sebab jalan lengang, berani la buat. Waktu ni balik makan dekat McD dan maghrib kan awal? Jadi pukul 7 macam tu matahari dah terbenam dah.

No comments: