Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 December 2016

Hotteok Inti Kaya

Percubaan kali kedua yang berjaya dengan cemerlang. Yeay! Buat hotteok ni waktu cuti panjang Maulidurrasul tempoh hari. Sebabnya nak habiskan yis lebihan buat hotteok pertama kali kononnya, tapi tak habis pun, ada lagi sikit. Kali ni adunannya lebih menjadi dan tak rasa sangat yis tu. Kalau sesuatu adunan tu ada banyak yis, memang boleh rasa sangat bila makan.

Rupa sebelum dimasak. Adunan macam terlebih air, habis melekat-lekat kat tangan waktu uli nak masukkan inti.

Dah siap masak. Yang agak geseng tu sebab sempat berangan sambil uli tepung lepas tu lupa dalam kuali ada hotteok. Hehehe..

Keratan rentas.

Kalau haritu hotteok aku tak manis, kali ni manis dia ngam soi. Guna kaya yang dibeli waktu teringin makan roti kaya kapit mentega tempoh hari. Sedap hoi! Kalau nak cuba buat, silakan cari resepi dekat label ye.

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

farae al-farafisya said...

Adda syuhada: Sedap sedap..hehehe..boleh la try buat, senang je nak buat sebab tak payah nak bakar, masak macam masak lempeng je..