Engagement Fund ;)

Tuesday, 20 December 2016

"Kenapa Hari Ni Tak Flawless?"

Soalan ni Kak N tanya pada suatu pagi. Hujung-hujung tahun ni memang akan ada hari yang kena seret kaki betul nak pergi kerja. Walaupun dari rumah ke pejabat ni 10 minit je, akulah antara orang-orang yang akan punch in tepat pada waktunya. Datang punch in dengan muka 'tak siap' sebab nak kejar masa punya pasal. Hahahaha.. Mujurlah sekarang jalan dah ada dua lorong, tak adalah aku menjerit dalam kereta bila nampak backhoe lalu depan mata sebelum keluar ke jalan utama. Hehehe..

Berbalik pada soalan di atas. Sehari sebelumnya, Kak N tanya; "Awat muka flawless sangat ni? Macam edit yang ambil gambar guna apps tu." Tak agak-agak kenyataan Kak N tu. Hahahaha.. Bila jumpa dia pagi esoknya, aku tak sempat lagi nak tepek bedak, kenalah jawab soalan di atas. Ini semua kuasa mekap ye. Samalah macam orang-orang dekat Seoul sana, dalam tv nampak licin dan tiada cacat cela kan? Padahalll.. Bila tengok dekat-dekat, tak adalah flawless pun kulit diorang tu. Cuma sebab mekap tebal dan diorang rajin touch up, tu yang sentiasa nampak cun dan flawless je tu.

Masa dekat sana tempoh hari, konsep nak beli mekap adalah 'Tiru Dia' ataupun 'Pengaruh Rakan Sebaya'. Kahkahkah.. Sebabnya masing-masing nak beli cushion tapi tak pasti nak beli jenama apa dan jenis macam mana. Dekat Malaysia, baru nak popular penggunaan cushion ni. Tapi dekat sana benda ni adalah benda biasa. Macam aku, ingat nak beli Laneige punya cushion tapi diskaun jenama Laneige tak mengancam macam diskaun jenama lain dan agak payah nak jumpa.

Akhirnya, aku beli dua jenis cushion menggunakan konsep yang dinyatakan tadi. Mula-mula aku beli CC Intense Cover Cushion SPF50+ PA+++ kod V203 jenama TheFaceShop. Sebabnya, diskaun separuh harga; dari 20 000 Won jadi 10 000 Won je. Gila kau tak beli? Walaupun jenis yang untuk kulit berminyak tak ada stok, kaut jelah apa yang ada. Hahaha.. Tak silap semua beli kecuali Hani sebab dia dekat kedai lain waktu tu.
Bekas CC Cushion TheFaceShop yang cantik

Cara pakai dia tekap tekap je dekat muka bagi sekata. Tapi bila pakai, rasa macam melekit. Makanya, lepas aku tekap cushion TheFaceShop, aku akan sapu bedak bayi untuk buang rasa melekit tu. Hehehe.. Lagi satu, kalau tak letak bedak bayi, lama-lama nanti muka nampak berkilat sangat dan mulalah bertompok-tompok. Tak suka! Kesimpulannya, aku kurang gemar dengan CC Intense Cover Cushion SPF50+ PA+++ kod V203 jenama TheFaceShop ni.

Cushion kedua yang aku beli adalah jenama Missha iaitu M Magic Cushion SPF50+ / PA+++ No. 23. Aku rasa fungsi dia lebih kurang sama je dengan yang TheFaceShop cuma yang ini lagi best! Sebabnya? Sapuan lebih sekata dan kekal pada muka. Tak jadi bertompok bila dah lama lepas tu sapu sikit je kulit dah flawless macam edit guna apps dalam telefon. Rasa melekit tu pun kurang berbanding TheFaceShop punya. Tapi tetap juga aku sapu bedak bayi lepas pakai cushion ni. Hehehe..

Span Missha bersih lagi sebab baru pakai beberapa kali dan bekasnya kurang cantik berbanding TheFaceShop

Harga Missha ni pula lebih mahal tapi sebab ada diskaun juga dan percuma pek isian semula, makanya sangat berbaloi beli. Seketul M Magic Cushion SPF50+ / PA+++ No. 23 berharga 12 800 Won selepas diskaun daripada harga asal 30 000 Won. Murah sangat dah tu sebab dapat dua benda. Yang ini pun beli guna konsep 'Tiru Dia' dan 'Pengaruh Rakan Sebaya' juga sebab asalnya Hani ke Mada yang beli dulu dan tunjuk pada yang lain. Teruslah semua tak menyabar serbu kedai Missha dekat Myeongdong tu. Hahaha.. Kelebihan membeli mekap di Myeongdong ni adalah setiap jenama ada banyak kedai jadi kalau kedai yang ni tak ada stok, pergilah tengok kedai yang belah sana tu. Cumanya yang aku perhatikan, promosi di setiap kedai adalah berbeza-beza walaupun di bawah jenama yang sama.

Kalau korang ke Korea dan memang niat nak beli mekap ni, senaraikan betul-betul apa benda yang korang nak dan pastikan jangan letak bajet cukup-cukup sebab bila dah sampai sana, godaan depan mata tu memang kuat sungguh! Mesti akan terlebih beli punyalah! Kalau ada duitnya dan rasa nak beli, beli je sebab nanti dah sampai Malaysia korang menyesal. Nak kata murah sangat berbanding di Malaysia tu, tak juga. Kena tengok pada jenis mekap dan jenama tapi bolehlah jimat paling kurang 20 hengget untuk satu barang berbanding beli di sini. Yelah, dah alang-alang sampai kan? Cerita kembara Korea nanti acik sambung ye. Adalah dalam 20 episod lagi tu sebelum habis. Hehehe..

No comments: