Engagement Fund ;)

Thursday, 8 December 2016

Kombo Makan Yang Sedap!

Ini ulasan tak berbayar dari seorang yang suka makan dan tak cerewet tentang makan. Kedai ni dah lama juga buka tapi beroperasi di rumah saja. Haritu dia tutup kejap, lepas raya kot baru buka balik. Waktu ajar tuisyen hujung minggu dulu, kadang-kadang balik mengajar kebulur, makanya aku siap-siap pesan melalui WhatsApp sebaik saja keluar dari pusat tuisyen. Tak payah tunggu lama. Itu waktu awal-awal dulu, masa menu masih sikit.

Sekarang, menu dah pelbagai dan buat aku jadi rambang mata setiap kali nak pesan. Bagi aku, makanan dekat sini sedap-sedap belaka dan kuantitinya pun berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Setakat ni, dah lebih dari enam kali kot aku datang sini.

Ini namanya Kombo Makan. Kalau tamak macam aku, semua benda pun nak, silakan beli kombo ni. Berbaloi! Kombo ni ada 8 biji bebola daging/ayam, chili fries, dan juga salad cuka. 9 hengget sahaja.

Ini waktu pergi dengan Aten hari Sabtu lepas. Dia cakap teringin sebab tengok gambar belah atas ni. Lepas kondangan dekat Kundang, aku bawa dia ke sini. Walaupun lepas makan nasi kenduri, bila nampak menu ni terus perut buat ruang untuk diisi. Hahaha..

Black Mojito - Soda + perasa anggur + hirisan lemo + daun pudina = Sedap! Berbaloi dengan harga sebab gelas dia besar dan tinggi dari gelas air kat pasar malam tu. Semput jugalah nak perabis.

Black Mojito dan Kombo Makan Chilli Dawg

Kalau kebetulan datang ke Banting, bolehlah singgah kedai ni. Beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis. Waktu operasi untuk hari bekerja adalah bermula jam 2.00 petang hingga 10.00 malam. Hari minggu pula kedai buka dari pukul 11.00 pagi sampai 11.00 malam. Nah tengok peta lokasi dan menu dari Chilli Dawg Banting ni. Gambar-gambar bawah ni semua dari laman FB Chilli Dawg Banting. Benda sedap kena kongsi.

Senarai minuman

Menu istimewa

Menu a la carte 


Peta lokasi

Bunting dan keadaan depan rumah. Kalau dah nampak pokok tebu ni, maknanya dah sampai la tu.

Nota Kaki: Entri ini adalah pendapat peribadi Tuan Tanah. TIDAK diizinkan untuk salin semula atau terbitkan semula melainkan dengan izin dari Tuan Tanah Atas Nama Cinta. Sekian.

2 comments:

Norma NML said...

kalau dekat dah terjah ni...nyum2

farae al-farafisya said...

Norma NML: Kalau kebetulan ke Banting, bolehlah singgah nanti. ;)