Engagement Fund ;)

Friday, 2 December 2016

Pada Waktu yang Bersisa, Bagi Canlah Ye?

Kisahnya, haritu aku diajak untuk turut serta dalam mempelajari seni bermain caklempong. Maka, pada hari pertama kelas, aku pun kepochi juga pergi ke bilik latihan. Konon-konon nak tengok jelah dulu. Hari pertama kelas, tunggu cikgu-cikgu susun peralatan dulu. Sebab tujuan belajar ni adalah nak buat persembahan, maka memang terus lompat belajar main lagu tanpa pengenalan nama alat yang digunakan serta not-not yang ada.

Gigihlah aku Google sendiri sebab nak tahu nama peralatan yang ada. Setakat ini, cuma ada set asas sahaja iaitu gereteh, sauwa, tingkah, gendang ibu dan gendang anak. Tapi yang set gereteh, sauwa dan tingkah tu ada dua set jadi ramailah yang boleh main dalam satu masa. Aku tak adalah main alat utama sebab macam susah je; aku main gendang anak je. Itu pun keliru juga mula-mula nak dapatkan rentak memukul tu.

Antara yang hadir pada hari pertama kelas

Cikgu-cikgu tengah susun bonang ikut not. Benda alah yang bulat tu namanya bonang.

Mula-mula belajar lagu paling senang iaitu Ikan Kekek. Not untuk Ikan Kekek tak banyak jadi mana-mana yang main alat utama, senang la. Lama juga belajar lagu ni sampai semua mahir baru beralih ke lagu kedua iaitu Mudik Arau. Masuk lagu kedua, not dah bertambah panjang sikit. Rentak gendang pun bertambah sampai syok sendiri aku 'pukul angin' lepas belajar tu sebab nak ingat rentak dia. Hahaha.. Semua dah lancar, masuk lagu ketiga pula iaitu Ayam Den Lopeh. Lagu ni lagi banyak not dia. Aku cuba juga main tingkah untuk lagu ayam tapi menggagau cari not.

Not-not untuk lagu yang kami belajar

Dalam caklempong, yang memainkan peranan utama adalah baris paling depan iaitu gereteh sebab diorang ni yang bawa irama lagu. Sauwa dengan tingkah cuma tambahkan kemerduan lagu je dan tak sesusah nak main gereteh. Bila main caklempong, penanda aras rentak adalah ibu gendang. Rentak ibu gendang lari, habis semua orang punya rentak lari. Memang kena orang yang betul-betul mahir main ibu gendang sebab boleh tutup cacat cela si pemain anak gendang. Aku le tu. Hahaha..

Secara keseluruhannya, seronoklah juga dapat belajar benda baru ni dan bersyukur juga sebab diberi peluang untuk jadi salah satu pemain untuk persembahan pertama. Ini yang pertama dan terakhir. Persembahan pertama adalah semalam, waktu meraikan pelajar-pelajar semester akhir. Gigihlah berlatih ulang-ulang kali pada hari-hari sebelumnya sampai tangan aku sakit sebab pukul gendang banyak sangat. Nak tepuk nyamuk pun sakit wei! Hari kedua berlatih, terus aku pinjam kayu pemukul sauwa sebab orangnya tak ada. Hehehe..
Susunan pertama untuk persembahan sebelum diubah suai supaya tak ada yang terlindung.

Sebelum memulakan persembahan. Adil, nampak muka semua orang.

Semasa persembahan

Waktu latihan, cantik sempurna je. Tahap keyakinan pun naik mencanak ni. Bila tiba hari persembahan, ada salah-salah sikit tapi cuma kitorang je yang tahu. Hehehe.. Sebelum naik pentas, masing-masing dah pesan, kalau terlupa ke apa, jangan tunjuk panik. Pandai-pandai cover tangan buat-buat macam main. Kihkihkih.. Mujurlah ada artis jemputan untuk menjadi pemukul ibu gendang, maka selamatlah kami.

Sesi bergambar formal

No comments: