Engagement Fund ;)

Monday, 19 December 2016

Peperiksaan Terakhir Di Sini

Selepas enam tahun bermastautin di sini, nampaknya 30 Disember ni adalah hari terakhir aku berkhidmat. Haritu pernah terdetik dalam hati untuk beralih angin, tapi tak sangka pula secepat ni angin beralih arah. Jadinya, peperiksaan akhir semester ni adalah yang terakhir untuk aku uruskan. Sepanjang berkhidmat, lebih dari dua kali aku terlibat dengan penggubalan soalan peperiksaan akhir. Rasanya ada aku catat dalam ni untuk kenangan sendiri dan rujukan bila perlu. Alhamdulillah, dapat juga merasa susah payah buat soalan periksa ni.

Semester ni, pelajar semester satu agak ramai berbanding yang lepas. Tapi tak seramai batch yang sebelumnya. Macam biasa, sebaik saja selesai mengedarkan soalan, aku la pula belek soalan nak tengok apa yang keluar. Tengok soalan bahagian A, okeylah sebab soalan tak berulang sangat. Bila sampai bahagian B, aku selak-selak je sebab bosan. Soalan ulang tayang yang dah diulang-ulang.

Berdasarkan pengalaman, soalan untuk bahagian B ni kena seimbang pembahagiannya. Pada pengamatan, terlalu banyak soalan melibatkan pembacaan dan untuk soalan yang ada dua bahagian, patutnya tak boleh dari tajuk yang sama. Eh, faham ke? Macam ni, untuk bahagian B, ada 6 soalan dan setiap satunya 15 markah. Kadang-kadang ada satu soalan tu dibahagikan A dan B. Mungkin 8 soalan untuk A, 7 soalan untuk B untuk cukupkan 15 markah. Macam tulah. Tapi A dengan B ni tak boleh dari topik yang sama. Kalau soalan A berdasarakan bab 1 tajuk 1.1, soalan B kena ambil tajuk 1.4 ke atau dari bab lain. Gituu. Sebab pernah kena 'ceramah' dengan penyemak soalan dan pernah pergi taklimat penggubalan kan, beranilah aku nak komen. Hehehe..

Budak-budak pun ramai yang duduk menjawab sampai saat terakhir. Sebab soalan pembacaan ni memang ambil masa, nak-nak dia suruh keluarkan isi penting. Jenuh nak telek mana satu isi penting, mana satu isi tambahan. Aku pun sudahnya baca skema jawapan je, tak kuasa nak jawab sebab dah pernah jawab dulu-dulu. Hahaha.. Tak pernahlah aku tengok dewan tu masih penuh pada waktu menghampiri 30 minit terakhir peperiksaan. Biasanya boleh kira dengan jari tangan berapa orang yang tinggal sampai saat terakhir. Itu semester 1 punya cerita.

Esoknya, bila selak soalan untuk semester 2, teruja nak jawab sebab tak ada soalan yang berulang. Sebenarnya nak buat soalan ni tak salah kalau nak ambil balik soalan lama cuma jangan la sampai banyak sangat, bosan juga yang nak menanda tu. Apa pun, peperiksaan subjek umum yang terakhir kali pun dah selesai; yang belum selesai adalah menanda kertas ni ha.

Lambakan kertas jawapan yang ditanda separuh jalan. Nak sambung esoknya, maka biar dia duduk atas meja tu.

Sejak dah pindah tempat duduk ni, rasa lain macam bila balik lewat. Yelah, tempatnya dekat belakang sekali lepas tu agak tersorok pulak, bimbang pakcik jaga tak perasan masih ada orang, dia tutup lampu dan kunci pintu. Acane? Dulu duduk dekat meja paling depan, balik pukul 6.30 pun tak ada hal. Walaupun ada rasa seram sikit-sikit, tapi takdelah rasa seseram ni. Cuma yang best dekat tempat sekarang ni, balik kerja tak payah kemas meja sebab orang tak nampak. Hahaha.. Main tabur je atas meja sampai menimbun. Cuma kena sorok-sorok la sikit dokumen yang ada tulis SULIT tu. Lepas ni kalau rindu bolehlah buka balik catatan ni dan baca semula.

No comments: