Engagement Fund ;)

Tuesday, 6 December 2016

SAN 2016 - Episod 10: Merasai Suasana Zaman Joseon di Korean Folk Village

Sambungan kepada episod 9, yang banyak gila gambar. Sila jangan muntah ye. Mari saya kongsikan sedikit info mengenai Korean Folk Village. Korean Folk Village terletak di Gyeonggi-do iaitu kawasan (daerah ke negeri ek? masih gagal lagi bab-bab pembahagian kawasan di Korea Selatan) di luar Seoul. Tempat ini adalah sebuah perkampungan yang memperlihatkan binaan rumah dan bangunan tradisional pada zaman Joseon. Kalau nak tengok rumah-rumah tradisi yang pelbagai, molek sangat datang ke sini. Peminat tegar drama saguk mesti tahu punyalah kasta-kasta masyarakat zaman dulu dan golongan bangsawan yang ada. Rekabentuk rumah untuk setiap golongan ni pun berbeza juga. Selain rumah, ada juga bangunan kerajaan macam yang muncul dalam drama Arang and the Magistrate dan juga Gu Family Book.

Ada juga bangunan-bangunan kedai, bengkel pembuatan barangan tradisional, kebun herba, klinik, akademi pembelajaran Confucian, dan macam-macam lagi. Pendek kata, budaya dan gaya hidup zaman Joseon boleh dirasai di sini. Panjang kata, korang kena masukkan Korean Folk Village dalam aturcara kalau ke Seoul. Bukan itu saja, ada pelbagai persembahan yang disusun mengikut waktu tertentu.

Perjalanan dari Gangnam mengambil masa kurang lebih sejam. Sampai-sampai, kami disambut dengan kawasan meletak kenderaan yang sangat luas. Memandangkan masih awal, maka tempat letak kereta tu masih kosong. Apa yang menariknya, ada ramai penjaga di tempat meletak kenderaan ni bagi memastikan kenderaan diletakkan dengan teratur. Asal terserempak je, rajin diorang ni ucap "Annyeonghaseyo" dekat kitorang. Tiket masuk berharga 15 000 Won seorang tapi sebab kitorang kaut buku kupon dekat Korea Plaza KL haritu, dapatlah beli tiket dengan harga 10 000 Won sahaja seorang.

Nampak kosong lagi kan? Waktu nak balik, penuh dengan kereta ni.

Lepas beli tiket, masuklah ke dalam melepasi pintu pertama. Mula-mula akan jumpa maskot KFV dulu dan ada loker simpan barang dekat sebelah kiri. Sebab kitorang memang bawa bekalan makanan dalam beg asing, maka memang kena simpan dalam loker untuk memudahkan pergerakan. Jaket-jaket, beg-beg yang tak berkenaan, semua sumbat dalam loker. Boleh pilih nak loker saiz besar atau kecil dan cara nak guna, silakan baca arahan langkah demi langkah di situ. Ada bayaran dikenakanlah ye.

Bila jalan depan sikit, ada banyak restoran dan tempat makan terbuka juga untuk kemudahan pengunjung. Tidak dilupakan, deretan kedai cenderahati. Sebelum masuk, bolehlah tengok peta kedudukan yang sebesar alam yang terletak tidak jauh dari pintu masuk kedua yang akan membawa kita ke zaman Joseon. Mari lihat cerita bergambar pula.
Peta lokasi penggambaran drama saguk yang dijalankan di sini.

Dekat setiap lokasi penggambaran, akan ada info mengenai drama yang difilemkan macam ni.

Salah satu aktiviti di kawasan penggambarn Jewel In The Palace. Kalau korang masih ingat, drama tu mengisahkan mengenai heroin yang asalnya adalah tukang masak istana dan akhirnya bertukar jadi tabib kan? Ini konon-konon dia berlakon pegang watak heroin tu la jadi tabib. Waktu ni dia tengah uji tahap penglihatan pengunjung; ala, macam kalau nak buat cermin mata tu kena baca huruf-huruf kan? Lebih kurang macam tulah. Tulisan tu dia guna hanja maka sekian terima kasihlah nak menyampuk. Hehehe.. Tapi Mada boleh baca tulisan-tulisan tu.

Dekat pintu masuk setiap bangunan, mesti ada papan maklumat macam ni. Ini contoh maklumat untuk jenis rumah bagi golongan marhaen.

Belah kanan tu adalah pengisar gergasi yang digerakkan oleh lembu. Lembu dia belah kiri tu ha, memang besar lembu tu; lembu betul tau, bukan tipu-tipu punya.

Keadaan dapur dalam salah satu rumah.

Kami. Muka wangi lagi waktu ni sebab baru sampai. Hehehe.. Tercapai juga hasrat nak mengembara dengan memakai baju kurung. Terima kasih korang sebab sporting! 

Kalau korang tengok Moon that Embraces the Sun, ada babak yang dia lalu dekat gantungan kain kan? Ha, ni lebih kurang macam dekat babak tu. Memang cantik sangat sangat sangat dekat kawasan ni.

Kami lagi.

Berlatarbelakangkan salah satu rumah tradisional.

Dalam pada berjalan melihat suasana, jangan lupa tengok jam sebab pukul 11.00 ada persembahan khas dekat pentas terbuka. Setiap hari, akan ada empat persembahan berbeza dimana setiap persembahan ada dua pusingan. Persembahan pertama adalah Farmer's Music & Dance macam dalam Love in the Moonlight tu yang bermula pada jam 10.00. Kitorang tak sempat tengok yang ni maka terus ke persembahan kedua iaitu Equestrian Feats pada jam 11.00. Kagum ah tengok diorang ni buat persembahan berkuda; hebat sangat! Ada macam-macam gaya diorang tunjuk antaranya membuat aksi akrobatik atas kuda, memanah dan juga naik kuda ketika kuda sedang pantas berlari. Nah, layan gambar dan video yang sempat dirakam.
Persembahan berbeza dari pasukan berkuda. Lepas habis persembahan ni, boleh juga kalau nak naik kuda tapi ada bayaran asing.


Video salah satu persembahan yang membuatkan penonton kagum

Lepas tu sambung jalan lagi tengok landskap dan pemandangan yang menghijau dan menenangkan. Orang pun dah mula ramai waktu ni. Serius cakap, setengah hari tak cukup kalau betul-betul nak jelajah satu perkampungan ni. Dalam perjalanan mencari lokasi penggambaran drama saguk, kami jumpa sungai. Tak pasti sungai betul ke atau sungai buatan tapi memang tempat paling best la dalam Korean Folk Village ni. Rasanya kami berhenti paling lama di sini sebab ambil gambar dari pelbagai sudut, siap pakej main air dan bagi makan itik. Hehehe...
Suasana di tepi sungai yang sangat nyaman dan menenangkan. Mujur tak ada orang lain, memang kawasan ini kami yang punyalah jawabnya.

Hani bagi itik makan biskut. 

Di gigi air yang sejuk dan jernih.

Mada, tuan tanah dan juga Radin di salah satu jambatan yang ada di KFV. Gambar Aten dengan Hani tak jumpa pula dalam simpanan.

Ini lepas puas bergambar di tepi sungai tadi. Belakang tu sungai juga tapi hala ke lain.

Habis bergambar, sambung cari lokasi penggambaran drama saguk yang dijalankan di sini. Nak tahu rumah mana yang pernah jadi lokasi, boleh nampak ada bunting tergantung di pintu masuk. Dekat halaman rumah yang luas tu, boleh jumpa patung watak-watak utama drama dan silalah bergambar sampai muntah dekat situ. Kehkehkeh.. Selain itu, ada juga persembahan yang berinspirasikan drama di sesetengah bangunan. Macam dekat bangunan kerajaan, ada sesi perbincangan diantara pegawai tinggi kerajaan dengan pengawal untuk mengenalpasti pencuri. Walaupun tak berapa nak faham apa dia cakap, tapi tahulah diorang tengah cari pencuri berdasarkan kosa kata yang senipis kertas A4 ni. Diorang buat macam sketsa dan boleh tahan lawak jugalah. Tapi tak tengok sampai habis pun sebab masing-masing dah gelisah sebab dah lapar. Hahaha..
Penat ke korang?


Replika pengantin lelaki dan perempuan. Sila tala muka sendiri untuk tujuan penggambaran.

Pintu masuk ke pejabat kerajaan.

Lokasi pertama yang ditemui, Arang and the Magistrate. 

Seterusnya, lokasi drama Sungkyungkwan Scandal. Antra drama saguk terawal yang aku tonton.

Ini gerbang utama pejabat kerajaan tadi. Kalau tak silap, ini adalah lokasi untuk Gu Family Book juga selain Arang and the Magistrate.

Ini pemandangan belah dalam.

Sketsa yang dipersembahkan mengenai pencarian pencuri. Memang best sketsa ni walaupun tak berapa nak faham apa dia cakap sebab siap ada muzik latar untuk babak-babak tertentu.

Drama Korea pertama yang aku tonton, Jewel in the Palace. Lupa pula nama heroin ni.

Percubaan bermain tuho. Susah wei nak masukkan rotan tu dalam lubang. Dalam banyak-banyak percubaan, sekali je kot masuk. Hahahaha.. Boleh pilih nak lubang besar atau kecil. Dekat dataran ni juga, ada permainan tradisional lain yang boleh dicuba macam yut dan yang lompat tali tu, tetiba lupa nama dia. 

Ini dekat rumah My Love From Another Star.

Sebelum berhenti untuk makan tengah hari, sempat singgah di salah satu rumah untuk tengok upacara perkahwinan tradisional. Kalau baca dalam pamplet, upacara tu sekadar lakonan tapi pada hari tersebut, upacara tersebut adalah perkahwinan sebenar sebabnya sebelum masuk ada meja untuk serah sampul berisi duit sebagai hadiah kepada pengantin dan dekat dalam, ada ruang khas untuk tetamu bagi kedua-dua belah pihak. Kitorang pun dah bolehlah nak salam kaut sebab baju pun dah ikut tema iaitu baju kurung. Hehehe..

Pengantin lelaki mulakan acara.

Pengantin perempuan keluar mengadap pengantin lelaki

Upacara sembah hormat pada mak ayah serta mertua

Tempat makan dekat dalam Korean Folk Village. Di sini, makanan luar tidak dibenarkan.

Malt drink. Radin beli sebab nak rasa dan nampak macam sedap. Rasa dia macam air yang Shaklee tu. Bolehlah telan.

Pondok kayu dalam kebun sayur.

Bengkel membuat kasut jerami. Kalau dalam drama, rakyat marhaen je yang pakai ni. Sebenarnya kalau nak beli pun boleh sebab dia boleh buatkan ikut saiz kita. Waktu ni diorang tengah rehat jadi kedai tutup.

Salah satu pavilion cantik yang ada. Besar-besar ikan dalam kolam tu.


Tempat proses benang sutera. Live demo, siap boleh pegang lagi.

Dapur kayu di salah sebuah rumah.

Lepas 'kondangan', teruslah kami berjalan ke pintu masuk tadi sebab dah kelaparan. Kena pergi buka bekalan. Oh ye, waktu ni Hani dah tak ikut kitorang meronda sebabnya dia dah puas jalan dan tak ada apa yang dicari. Maka, Hani duduklah menunggu kami selesai mengukur KFV ni. Terima kasih Hani! Entri diakhiri dengan gambar makanan tengah hari.

Smoothies sedap perisa strawberi dan mangga kalau tak silap. Sebotol 4000 Won. Aku syak botol dia tu yang mahal. Nasib baik sedap.

Nasi segera, serunding, sambal bilis, kurma daging Brahim's dan rendang ayam Brahim's. Layannnn..

No comments: