Engagement Fund ;)

Friday, 16 December 2016

SAN 2016 - Episod 12: Kambing Panggang Sedap di Yang Good

Selepas berjaya menemui Heo Yeon Woo dan hampir terlepas perhentian bas pada episod yang lalu, kali ni kita sambung kisah sebaik saja tiba di Gangnam semula dari Korean Folk Village. Masih cerita pada hari ketiga dan nampaknya, tema entri Atas Nama Cinta minggu ini adalah makanan.

Tempat makan utama pada hari ketiga kami di Korea adalah di salah sebuah restoran yang menyajikan daging panggang halal bernama Yang Good. Yang tu maksudnya biri-biri, good tu maksud dia bagus. Jadi pandai-pandailah korang terjemahkan maksud yang tuan kedai nak sampaikan di sebalik nama Yang Good.

Kalau tengok catatan pengembara lain di blog masing-masing, majoriti memang akan ke sini untuk merasai suasana makan daging panggang macam dalam drama tu dan sebenarnya, pelanggan dia adalah pelancong Muslim dari Asia Tenggara; sama ada dari Malaysia, Indonesia ataupun Singapura. Ini berdasarkan pemerhatian saya. Arah tuju nak sampai ke Yang Good, mohon rujuk pada blog lain ye sebab aku pun ikut je belakang pemandu arah berkaliber kami sepanjang di sana iaitu Mada dan Hani. Tau-tau je dah sampai depan restoran. Hehehe..

Ini rupa depan restoran. Waktu sampai ni masih cerah lagi.

Waktu sampai, hari masih terang dan pelanggan pun tak ramai; cuma ada tiga meja yang berpenghuni tak silap. Duduk je dia bagi buku menu dan kami pun menelaah buku menu tu dengan khusyuk sekali. Itu nak, ini nak, semua nak. Hahahaha.. Akhirnya kami pilih dua set daging; skewer dan marinated. Lepas tu pesan nasi sorang semangkuk. Perut Jawa kan masing-masing? Harus makan nasi sehari dua kali paling kurang. Hani pesan doenjang jjigae. Kalau tak nak nasi, ada pelbagai pilihan mee, pilihlah mana berkenan. Dari segi harga, tidaklah begitu mahal.  Kami bayar dalam 50 000 Won lebih sikit je untuk makan di sini.

Menu. Kalau dalam ramai-ramai jemaah tu ada yang tak makan kambing, dia ada juga sediakan satu menu ayam. Ni baru perasan waktu edit gambar ni; dekat sana haritu nampak yang daging kambing je sebab watak utama tu lebih menyerlah.

Dua jenis daging yang kami pesan. Dua set ni ngam soi untuk kami berlima. Mungkin kalau tak makan nasi, tak cukup dua set ni.

Balik dari solat, daging dah mula dipanggang oleh ahli jemaah yang ABC.

Memandangkan kami belum solat lagi, kami tanya pada pelayan kalau-kalau ada tempat yang sesuai untuk kami solat. Alhamdulillah, bukan saja ditunjukkan tempat yang sesuai tapi juga diberikan tikar yang agak lebar juga untuk alas kami bersolat. Sempatlah berjemaah sebab muat tikar tu untuk tiga orang. Dari zuhur, sampai isya' kami solat di sni. Balik terus tidur.

Bila semua dah siap solat, barulah mula makan. Memang menikmati betul dapat makan BBQ macam ni. Cuma kalau ada salad untuk balut daging tu, lagi layanlah! Restoran ni agak besar dan boleh memuatkan ramai pelanggan dalam satu masa. Tuan kedai pun baik, pelayan-pelayan pun ramah. Tandas pun ada, nak solat pun dia boleh sediakan tempat. Terbaik sangat restoran ni!

Doenjang jjigae yang sedap gila! Sebab dia pedas. Mada kata doenjang ni macam taucu. Kalau macam tu, bolehlah cuba buat sendiri. Doenjang jjigae adalah menu tema dalam drama Yong Pal. Saja nak bagi tahu sebab cerita tu best.

Campuran kobis dan lobak merah yang disagat untuk menyeimbangkan menu. Ini kira dia punya banchan la ni.

Kimchi sedap dan belakang tu adalah garam. Kalau rasa daging tu tawar, boleh cuit garam tu sikit sebelum masuk dalam mulut.

Sos pencicah; ada sos cili dengan macam mayonis kot yang putih tu. Lupa dah.

Bila semua dah ada, barulah panggang semua daging yang ada.

Sebelum makan, bergambar dulu satu pusingan.

Cara nak makan bahagian daging yang dipesan pun ada ni ha.

Barisan daging yang diperap sedang dipanggang. 

Masa untuk makan! Nampak botol air hijau tu? Tak tahulah ini botol ke berapa sebab banyak kali tambah air putih ni sebab semua kehausan. Siap pergi penuhkan botol air sendiri lagi lepas tu. Hehehe..

Waktu ni dah habis makan. Tengah duduk-duduk tunggu makanan turun sambil mencari jalan untuk ke Banpo. Tuan Kedai yang baik hati tolong ambilkan gambar ni. Makin malam, makin ramai orang dan yang perempuan semuanya bertudung.

Keadaan selepas. Licin!

Sebelum balik, bergambar depan restoran dulu, pun Tuan Kedai yang tolong ambilkan.

Papan nama Yang Good dan rupa depan restoran pada waktu malam. Takdelah malam sangat pun waktu kitorang beransur tu, dalam pukul 7 lebih macam tu. Tapi sebab dah dekat musim sejuk, jadi waktu malam tu awal. 

Lepas perut dah kenyang, dahaga dah hilang, kembalilah kami mencari jalan untuk ke lokasi seterusnya iaitu Jambatan Banpo. Tapi cerita di Banpo ni entri lainlah ye sebab dah lokasi berbeza. Babai..

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer..

farae al-farafisya said...

Adda syuhada: Kalau ada rezeki ke Korea nanti, boleh la try makan dekat sini.