Engagement Fund ;)

Sunday, 18 December 2016

SAN 2016 - Episod 13: Persembahan Air Pancut Berima di Jambatan Banpo

Baiklah, ini entri terakhir untuk hari ketiga di Korea. Bila berjalan ni, memang kita dah buat jadual perjalanan siap-siap tapi biasanya mesti ada pertukaran berdasarkan keadaan semasa. Sama juga dengan perjalanan kami. Patutnya pergi Banpo ni hari kedua, lepas melawat KBS. Tapi sebab hujan berterusan, maka tunda ke hari ini.

Dalam buku skrap, hanya ada cara nak ke Banpo dari KBS. Jadinya bila rancangan berubah, kenalah cari laluan baru. Pakcik Google telah menjadi penyelamat. Dari Yang Good, kami berjalan ke perhentian bas di jalan utama untuk mencari bas ke Banpo. Mujurlah perhentian bas tu ada banyak bas lalu. Gigih baca satu-satu nama tempat untuk setiap bas sampailah jumpa bas nak ke Banpo.

Waktu tu juga, ada seorang Ahjussi yang sedang tunggu bas tegur kitorang. Nampak sangatlah kitorang ni pelancong bila beria tengok laluan bas tu kan? Tengok pakaian pun dah tahu. Gigih sangat berbaju kurung sehari suntuk ni. Hehehe.. Ramah pula ahjussi tu borak-borak dengan kitorang, siap bagi tahu tempat-tempat membeli-belah yang jarang-jarang pelancong tahu. Pergghhh, menarik sangat ni pakcik! Hahaha.. Rupanya ahjussi ada kawan sekerja dari Malaysia, tu yang seronok agaknya nak bertegur sapa dengan pelancong. Tambahan pula bahasa Inggeris ahjussi ni agak bagus, jadi senanglah nak berkomunikasi.

Kami borak tak habis pun sebab tiba-tiba bas dah datang. Terpaksalah minta diri. Jarak perjalanan dari Yeoksam ke Banpo, dalam 30 minit (kebetulan ada catat dalam Arba). Kami sampai di Banpo kira-kira pukul 7.25 malam. Kalau ikut jadual, persembahan akan bermula pada jam 8.00 malam. Waktu sampai tu, dataran dah penuh dengan manusia. Pandai-pandailah cari tempat duduk. Aku dengan Hani duduk dekat tepi sungai. Kiranya kalau kau berani nak julurkan kaki tu, boleh rasa dah air Sungai Han tu. Tapi kan, boleh tak, aku teringat cerita Master's Sun? Hantu paling bahaya dan menakutkan adalah hantu air. Nanti kalau dia tarik masuk dalam air cemana? Terus duduk diam-diam tak jadi nak julur kaki mahupun celup tangan. Hahahaha.. Pengaruh drama lagi.

Rupa jambatan Banpo sebelum persembahan bermula

Pemandangan kota di seberang sungai. Keadaan sebenar dah tentunya lebih cantik lagi,


Syok juga duduk tepi sungai ni. Angin sejuk bertiup menambah keasyikan menikmati suasana malam. Tak lama kami duduk, persembahan pun bermula. Eh? Baru pukul 7.40, dah mula? Tak dapat dipastikan kenapa persembahan mula awal. Mujurlah sampai awal. Dah mula tu, layankan ajelah. Mengikut maklumat dari internet, persembahan akan berlangsung selama 20 minit. Apa yang istimewanya persembahan ni? Kalau tengok gambar dalam internet, memang wow! Tapi tengok gambar dari kamera sendiri, hhhmmm. Hahahaha.. Tapi tetap juga berbaloi datang sini tengok sendiri air pancut berima ni. Sepanjang persembahan, akan ada lagu-lagu didendangkan mengiringi persembahan. Syok juga.

Selain tengok air pancut, kita juga dapatlah rasa suasana malam di Seoul. Meriah betul suasana dekat sini. Ada yang datang dengan pasangan, ada yang datang satu keluarga, dan paling ramai yang datang dengan kawan-kawan. Lagi satu yang seronok adalah perkhidmatan hantar makanan ada dimana-mana. Cool! Waktu tengah duduk-duduk ni, ada orang edar flyers menu makanan untuk penghantaran. Nasib baik semua benda tu tak boleh makan, kalau tak mahu juga aku pesan. Hahaha.. Nah layan gambar yang hhhmmm tu. Yelah, ambil guna telefon je pun dan kalau pakai kamera canggih Mada pun, tak buat tetapan yang betul-betul untuk gambar pada waktu malam. Buat caption sendiri ok?





Persembahan air pancut ni ada setiap hari kecuali pada bulan November hingga Mac. Kiranya, waktu musim sejuk je persembahan ni dihentikan. Setiap hari ada tiga kali persembahan bermula jam 8.00 malam. Korang yang nak ke sini, bolehlah rancang perjalanan ye. Habis persembahan pusingan pertama, kami pun beredar mencari bas untuk pulang. Waktu nak balik ni, rumit sikit perjalanannya sebab tak ada bas yang terus sampai ke Hyehwa kalau tak silap. Jadinya, kalau tak silap, kami naik bas separuh jalan dan separuh jalan lagi naik subway untuk sampai ke Hyehwa. Maka, tamatlah cerita pada hari ketiga dan entri ini diakhiri dengan  dua keping gambar sementara menanti bas tiba.

Muka lesu sebab seharian keluar. Mada masih lagi tekun melihat laluan bas di belakang sana.

Ini tak pasti bangunan apa tapi meriah sungguh lampu-lampu dekat bangunan ni.


No comments: