Engagement Fund ;)

Monday, 5 December 2016

SAN 2016 - Episod 9: Perjalanan ke Korean Folk Village

Selesai hari kedua, ini kisah hari ketiga pula. Entri dekat KFV ni asalnya ada dua episod, tapi bila dah siap karang dan letak gambar, panjang ke lantai hah! Terus bahagikan jadi tiga episod untuk KFV sahaja. Sebenarnya agak terkilan dengan diri sendiri sebab tak gigih nak catat masa pergerakan kami sewaktu di sana dan juga nama-nama perhentian bas beserta nombor bas. Ada je bawa jurnal hijau tu tapi bila sampai rumah, dah malas nak menulis. Mana-mana yang sempat aku catat dalam Arba, bolehlah pindahkan ke sini. Selebihnya, gone with the wind sebab Arba dengan Yong, dua-dua buat hal waktu kat sana jadi tak dapat nak catat banyak. Sobs..

Waktu rancang jadual perjalanan, kami letak Nami pada hari ketiga sebab kononnya hari Isnin kan hari bekerja? Entah macam mana, aku ter'Google' cuti umum di Korea dan hari Isnin tu adalah cuti umum. Dah ada pengalaman ke Nami pada hari cuti dulu, memang padat gila dengan manusia. Waktu bagi tahu Aten, dia cakap, "Cuti apa pulak orang Korea ni? Sambut Maal Hijrah juga ke?" Kahkahkah..

Sudahnya, kami tawakal dengan meletakkan Korean Folk Village sebagai destinasi pada hari ketiga dengan hipotesis, semakin luas sesuatu kawasan, semakin lapang keadaan di kawasan itu walaupun orang ramai. Gitu. Pagi tu keluar rumah pukul 8 selepas bersarapan dengan roti dan tuna. Macam biasa, melilau cari bas nak ke Gangnam di perhentian bas terdekat. Aku kira, lokasi Bong House ni sangat terbaik sebab ada banyak bas ke pelbagai destinasi di perhentian bas terdekat. I love Hyehwa! *tetiba*

Tengah cari bas yang sesuai

Ini bas yang kami naik, bas 301. Tulisan destinasi semua hangul jadi memang sangat molek kalau anda belajar asas karakter hangul sebelum ke Korea sebab bila dah boleh baca hangul, sekurang-kurangnya boleh baca nama tempat.

Aku ingat kitorang naik bas tapi tak pasti turun di mana dan kenapa lepas tu ada naik subway juga sekejap. Heeee.. Berdasarkan maklumat dari internet, nak ke Korean Folk Village ada dua cara. Satu, naik subway dari Seoul sampai stesen Suwon dan kemudian boleh ambil shuttle bus percuma dari stesen Suwon ke KFV. Dua, naik bas ekspres dari Gangnam dan akan turun betul-betul dekat depan KFV. Waktu naik bas, bagi tahulah dekat pemandu bas nak turun dekat KFV kalau tak boleh baca hangul sebab bas tak akan berhenti di setiap stesen; kena tekan loceng untuk turun. Maka, kami naik bas 5001-1 di Gangnam kira-kira jam 9.30 pagi. Nama khusus perhentian bas tu lupa pula nak tengok.

Cita-cita nak beli air dari mesin minuman tercapai! Hahahaha.. Pengaruh drama Korea sangat!

Info destinasi bas yang lalu di sini. Kalau nak ke Everland pun kena tunggu di sini.

Tuan Tanah berlatarbelakangkan jalan utama di Gangnam. Pagi-pagi bolehlah sarung jaket, sampai KFV, jaket gumpal dalam loker. Hahaha.. Panas woi!

Wefie. Banyak kali ketik sambil berdiri depan mamat pakai uniform tu dengan harapan dia pandang kamera sekali sebab muka dia boleh tahan hensem. Hahaha..

Okey, bas dah sampai. Ayuhlah kita.

Dalam bas. Bas lapang je pun.

Suasana di Gangnam dan di Hyehwa 200% berbeza sebabnya Gangnam ni kawasan elite manakala Hyehwa kawasan universiti. Cara pemakaian memang berbeza habis. Jumpalah mamat-mamat Korea yang hensem dan berkarisma di sini. Kalau yang perempuan, bergaya habis cara pemakaiannya. Sementara tunggu bas sampai, sempatlah memerhati keadaan sekeliling. Hehehe... Terpaksa bahagikan entri ke KFV kepada banyak bahagian sebab ada banyak cerita dan banyak gambar. Harapnya aku istiqomah menulis sampai habis. Entri cuti-cuti ke Pulau Pinang pun ada satu episod lagi tak habis tu. Bila nak taip ni?

No comments: