Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 December 2016

Set Nasi Black Canyon Coffee

Ini cerita bulan Oktober sudah. Ada urusan dekat Klang waktu tu jadi ambil cuti sehari dan selesaikan semua urusan. Urusan selesai, jiwa kacau pulak. Terus cari tempat makan yang nyaman. Makanya, ke Aeon Bukit Tinggi untuk makan di Black Canyon Coffee. Setakat ni, ini tempat paling nyaman nak makan kalau berseorangan. Nah layan gambar.

Jus limau dan tomyam sup 'kaw'. Tomyam Black Canyon memang sedap hoi! Cukup pedas masam masin segala. Kalau tersedak pun kaw jugak. Hahaha...

Ambil set nasi RM 12.90 ni, dapat nasi sepinggan macam dekat atas ni dan tomyam tu. Air harga lain.

Jenuh nak perhabis sepinggan nasi ni. Nama menu tak ingat tapi macam Chicken Green Curry.

No comments: