Engagement Fund ;)

Thursday, 28 January 2016

Tengok Drama Melayu Tak?

Sejak dah tak ada geng nak tengok drama Melayu ni, memang dah jarang sangat melekat dengan mana-mana drama. Dulu Arwah Mak pun minat juga drama Melayu, jadi ada kawan nak borak. Sekarang ni tengok juga cuma bila betul-betul dah tak ada cerita menarik.

Baru-baru ni aku tersangkut dengan satu drama bersiri dekat TV3 bertajuk Anakku Diva. Drama ni disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam. Drama ni pasal keluarga, tak ada cintan cintun sangat, tu yang boleh layan. Menarik jalan cerita dia dan ada pelbagai adegan tapi paling banyak adegan gaduh la sebab adik-beradik tiri yang baru jumpa dan tak sebulu. Banyak juga adegan lawak dan menyentuh hati.

Korang kena tengok cerita ni sebab ada banyak pengajaran boleh ambil. Lagi satu sebab aku suka cerita ni mungkin barisan pelakonnya kot; pelakon lama dan boleh tahan hebat belaka. Lakonan pun nampak semulajadi dan tak keras.

Lepas tu dua minggu lepas tertengok satu filem lakonan Beto Kusyairy dengan Diana Danielle gara-gara tak ada cerita menarik sementara nak tunggu sampai waktu mengajar tuisyen. Tajuk dia adalah Lara Perindu.

Cerita ni lagi tak boleh blah, mula-mula okey je gembira-gembira lepas jadi sedih tahap menangis sampai tersedu-sedan. Aku perhatikan, cerita-cerita lakonan Beto Kusyairy semuanya seronok dan terkesan di hari penonton termasuklah yang ini.

Cerita ni jadi sedih lepas isteri dia meninggal sebab lemas dekat sungai. Waktu kejadian tu adalah hari ulangtahun perkahwinan diorang dan isteri ajak naik sampan; bila sampai dekat tengah baru perasan sampan bocor. Bila dah gelabah-gelabah, terus sampan terbalik dan isteri dia meninggal.


Beto ni punya tak boleh terima hakikat isteri dia meninggal sampai jadi hilang akal. Anak dia pulak bapa mertua dia ambik kata nak jaga untuk sementara waktu sebab keadaan dia yang tak waras tu. Bila dia sedar dia ada anak dan nak ambil balik anak dia, bapa mertua dia tak bagi.

Teruslah dia tak waras sampai anak dia dah besar. Anaknya pulak, bila atuk dia cakap mak ayah dah meninggal dan dipasakkan dalam otak, teruslah percaya sampailah pada hari lahir dia yang ke 21 tahun kot. Terus dia cari balik ayah dia. Kalau nak tengok, korang cuba cari online ye.

Kenduri Ainsifi

Balik dari Melaka, esoknya gerak ke Ipoh pulak. Perancangan awal nak pergi hari Jumaat sebab boleh datang waktu nikah tapi apakan daya, kena pergi kerja luar pulak; cuma boleh datang waktu majlisnya aje.

Gigih sangat memandu jauh dengan Taejang tiga hari berturut. Tapi lepas tu seminggu kaki kebas sebab Taejang kan manual, walaupun waktu memandu tu dua-dua kaki gerak tapi kaki kanan kerja lebih sikit sebab kena tekan minyak bagi seimbang bila dah lepaskan clutch. Faham ke? Tak faham pergi cuba bawa kereta manual. Hahaha...

Okey, sambung cerita. Dari rumah ke Shah Alam dulu ambik Kak Chik dan isi perut siap-siap sebab hari cuti ni mesti R&R sesak punya. Gerak dari Shah Alam pun dah siang juga, lupa dah pukul berapa. Hehehe... Terus memandu tanpa henti dan dengan kelajuan yang maksimum dan konsisten.

Sampai je, tulis kad dulu...ni tugas Kak Chik sebab tulisan dia lagi cantik...

Alhamdulillah tak sesat kali ni cuma terlajak-terlajak sikit. Heee... Sampai sana dekat pukul dua tapi masih meriah lagi majlisnya. Mula-mula jumpa mak Ain dulu dan serah hadiah, kemudian kami dipersilakan untuk makan. Moh la makan sebab pengantin pun tengah makan. Banyak menunya dan semuanya sedap! Siap ada keropok lekor, cucur udang, dan kuey teow goreng lagi.

Terima kasih Kak Chik sebab temankan...

Sirih junjung dari pihak lelaki; ringkas tapi cantik dan comel di mata aku.. 

Lepas makan masuk dalam rumah untuk bergambar. Masih ramai lagi saudara-mara dan kaum keluarga yang menunggu giliran untuk bergambar jadi agak lama juga duduk menunggu. Tengah tunggu tu, jumpa lagi sorang geng rapat waktu buat tahun asas dulu. Omo, lama gila tak jumpa si Mimi ni; terus jejak kasih dekat situ.


Kalau jemputan kenduri kawan-kawan sekelas dekat U, aku jarang pergi sebab tak ada geng nak pergi kecuali yang betul-betul rapat. Macam Ain dengan Hasifi ni memang rapat juga sebab kitorang sekelas waktu tahun asas dan kadang-kadang satu kumpulan untuk tugasan. Bila naik degree, masih sekelas dan sekumpulan untuk buat segala mak nenek tugasan dan pembentangan sama-sama. Ain nilah salah seorang kawan yang banyak bantu dalam hal-hal pelajaran waktu degree selain Mynn. Sebak pulak mengenang zaman muda-mudi dulu.

Buat Ain dan Hasifi, tahniah diucapkan dan selamat menempuh hidup baru. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Friday, 22 January 2016

Makan di Mana di Melaka?

Sambung cerita bahagian akhir sewaktu di Melaka kerana urusan kerja tempoh hari. Jangan muntah ye. Walaupun makanan disediakan sepanjang program berjalan dan sebenarnya cukup untuk tampung kenyang sampai malam, tetaplah juga nak jalan-jalan cari makan dekat Melaka tu. Sebabnya diketahui umum bahawa ada banyak tempat makan sedap dekat laluan aku pergi balik hotel.

Bila dekat Melaka, aku paling suka pergi Mydin Ayer Keroh dengan JJ Ayer Keroh sebab ada makanan sedap dekat situ. Hehehe... Hari pertama sampai aku terjah Mydin dulu sebab tak tahu nak kemana. Lagipun lepas je jumpa lokasi program, terus hujan selebatnya sampai tak nampak jalan. Pergi Mydin, tapau nasi kari dekat kedai mamak situ.

Hari kedua, terjah JJ sebab nak makan sushi. Kalau dekat rumah, jauh sangat nak sampai ke AEON Bukit Tinggi tu; dekat sana memang satu jalan. Wuuuhhhuuuu! Dahlah sushi dia ada banyak jenis, susunannya pun menarik. Lagilah tamak! Hahaha...


Dah tapau sushi, cari lagi kedai makan yang ada jual asam pedas Melaka. Kengkonon dah sampai Melaka, kenalah makan makanan popular Melaka. Pusing punya pusing, sesat jalan. Hahahaharu... Pastu terus pusing balik hotel; malas nak jalan jauh-jauh dah.

Sampai dekat kawasan hotel, belok ke kiri dan terus pandu sampai hujung jalan. Nampak ada satu kafe ala-ala hipster. Bila tengok menu, eh, ada asam pedas! Teruslah order. Menu dia boleh tahan banyak dan menarik.

Waktu order, aku cakap la nak asam pedas daging tetel dengan set nasi. Pastu budak tu buat muka terkejut sambil cakap, "Haa?" Eh, mestilah nak makan dengan nasi kan. Tapi dia tulis je apa yang aku nak. Bila sampai, rupanya asam pedas tu memang dah ada nasi sekali. Cis, patut la budak tu terkejut. Hahaha... Menu dia agak mengelirukan; aku ingat yang masak asam pedas tu tak ada nasi sebab dia tak tulis situ.

Komen? Asam pedas dia rasa macam kari sikit. Ke rasa asam pedas Melaka memang macam tu? Satu lagi minyak dia banyak sangat sampai aku sudukan keluar. Tapi okey jelah aku rasa; telan je. Set nasi tu ada ikan kering yang nipis macam keropok tu tapi aku tak makan pun sebab liat. Sayang jugak tapi tak boleh nak gigit. Gayanya, dia goreng sebelum minyak tu panas sebab tu ikan kering tu tak kembang dan rangup. Dari segi harga, pada aku berbaloi sebab dia punya asam pedas tu banyak jugak.

Rupa dalam kedai

Pandangan dari luar

Hari ketiga, aku terjah satu lagi kedai makan yang popular dan sudah pun diceritakan oleh ramai blogger. Beria aku Google, rupanya sekangkang kera je dari tempat program. Ceh! Jadi habis je kerja hari Khamis tu, teruslah terjah kedai tu. Namanya adalah Qasreena Cafe tapi dekat depan kedai tak ada papan tanda. Cuma memang dia je satu kedai makan dekat deretan bangunan kedai tu jadi tak susah cari. Lokasinya adalah berdekatan KV dan ILP Bukit Katil.

Bila baca ulasan orang lain, majoriti menyarankan untuk makan Mee Racun dan Nasi Goreng Colosseum kot nama dia. Disebabkan aku agak kenyang, maka aku makan Mee Racun je; nak rasa, betul ke pedas sampai tahap bengkak bibir?


Sampai je Mee Racun tu, menarik nampaknya. Kuah dia macam mee sup tapi pekat dan kehitaman. Ada telur sebiji dan fishcake serta isi ayam sebagai perencah. Sebagai seorang yang kuat pedas, aku nak cakap yang mee racun ni tak pedas langsung. Tak mencapai tahap pedas yang aku bayangkan sebab aku pernah makan yang tahap pedas sampai kulit kepala berpeluh. Itu memang pedas. Tapi okeylah, ada juga rasa pedas tu cuma tak seperti yang dijangkakan. Untuk minuman pulak, aku cuba Mango Madness. Yang ini memang terbaik; perasa mangga tu memang pekat.

Mango Madness



Antara menu yang ada

Rupa dalam kedai

Hari terakhir, aku singgah JJ lagi tapau sushi. Sementara ada depan mata kan, kenalah beli. Sambil memandu pulang sambil makan sushi kekdahnya. Hehehe... Tu jelah cerita makan-makan sepanjang berada di sana untuk empat hari. Orang cakap Coconut Shake Batu Berendam dekat je dengan hotel aku tu tapi tak terdorong nak cari. Lepas ni ada satu lagi cerita jalan-jalan dekat Melaka. Tungguuuu....

Sushi pusingan terakhir sebelum kembali ke Selangor

Thursday, 21 January 2016

Cameron Highland: Sam Jade Guesthouse

Entri kali ni adalah tentang tempat penginapan kami selama dua malam di sana. Urusan penginapan diambil alih oleh Aten maka aku tak ingat dah berapa ringgit kami kena bayar untuk penginapan. Kalau tak salah, satu malam dalam RM 160 - RM 180 untuk bilik yang boleh memuatkan 4 orang dewasa.
Pintu masuk

Bilik kami di tingkat dua dan betul-betul depan water cooler. Memang sesuka hati jelah sarung tudung senget pun sebab sekangkang kera je water cooler tu. Hehehe.. Dekat sini tak ada lif ye, cuma ada tangga je. Jadi tak payahlah bawa beg yang gabak-gabak sangat; semput nak mengangkat. Marilah lihat keadaan dalam bilik pulak.
Satu katil queen, dua katil single..malam-malam semua lepak dekat katil queen sebab nak tengok Lee Teuk...hehehe

Tv, sofa di hadapan pintu masuk dan rak kecil

Tempat selfie bersolek yang betul-betul depan bilik air...

Bilik air yang serius luas dan sangat bersih

Keseluruhannya, selesa duduk dekat sini sebab biliknya besar; masih ada ruang yang selesa untuk solat dan ada balkoni. Pagi-pagi boleh keluar ke balkoni dan hirup udara segar. Gitu. Lokasinya pun cantik sebab terletak di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang. Bolehlah korang pertimbangkan untuk menginap di sini kalau ke Cameron Highland. Cuma dia tak sediakan mug untuk minum air panas. Jadi pandai-pandailah korang minum kopi 3 dalam 1 tu pakai gelas yang ada atau korang bungkus mug siap-siap.


Pemandangan dari balkoni pada hari terakhir

Setia Hujung Nyawa

Tajuk tak ada kaitan dengan mana-mana novel. Tapi nak bagi tahu yang sebenarnya pen Pilot Supergrip ni ada dakwat isian semula. Sebatang pen ni haritu aku tengok RM 3.90 tanpa GST. Dakwat isian semula pulak RM 2.00 tanpa GST. Jimat RM 1.90 kan? Satu lagi boleh jimatkan sumber. Sayangi bumi, guna semula apa yang boleh diguna semula.

Macam pen bawah ni, tak silap aku dari zaman SPM dulu aku pakai; nostalgia betul pen ni. Kalau orang nak pinjam pen, memang tak bagi pakai pen yang ni sebab selalunya pen pinjam tu terus jadi harta dia. Sayang oi! Waktu dekat U, aku ada beli lagi sebatang yang sama sebab sedap menulis pakai pen ni tapi dah hilang sebab orang pinjam tak pulang. Sobsobsob...


Aku memang suka cari barang yang boleh dijimatkan. Pen marker pun macam tu, beli je pennya lepas tu cuma beli dakwat je. Mula-mula mengajar dulu aku pakai yang beli satu set zaman dekat U. Tak lama lepas tu Artline naik taraf dan pen tu dah tak sesuai dengan dakwat isian semula yang baru; maka terpaksalah beli pen baru. Makna kata, selagi boleh pakai, pakailah. Jangan tenatkan lagi bumi yang dah sedia tenat dengan sampah sarap yang tidak boleh luput sendiri. Kalau berus gigi tu ada dijual yang boleh ditukar bahagian berusnya, memang aku beli.

Dah Mula Kelas

Tahun baru, semester baru, muka-muka baru. Kelas untuk semester ini telah pun bermula secara rasminya minggu lepas. Alhamdulillah, semuanya lancar walaupun senget jugaklah fikirkan aktiviti menarik untuk kelas pertama. Mula-mula kena bagi seronok-seronok dulu barulah minda diorang disetkan bahawa kelas dengan Cik Farah ni menyeronokkan. Gitu.



Semester ni budak-budak sem 1 tak sampai dua puluh orang pun jadi kalau nak main kejar-kejar dalam kelas tu pun boleh sebab kelasnya kelas paling besar. Jadual kelas pulak tak 'ong' sem ni sebab untuk hari Rabu ada kelas berderet dari pagi sampai tengah hari. Biasanya pecah dua je tapi kali ni pecah tiga. Sampai dekat kelas ketiga, suara pun dah tak berapa nak ada dan bibir pun kering sebab banyak sangat cakap. Jadi, lepas maghrib hari Rabu je selamatlah tersadai atas katil.

Sadis tak sadis, tolak kotak-kotak kertas ni pakai kerusi sebab troli semua lesap

Awal-awal ni macam biasa kenalah ambil barang dari stor untuk kegunaan sepanjang semester. Ekonomi merudum, terasalah juga dekat pejabat ni bila nak ambil barang pun kena catu. Macam aku, memanglah kena ambil banyak kertas ni sebab fotostat nota untuk satu bab je dah habis satu rim, belum masuk tugasan lagi. Harap-haraplah ada lagi stok kertas lepas ni. Dengan budak-budak, memang dah siap cakap, kalau nampak nota bersepah, korang masuk periksa bawa tangkal jelah.

Kertas-kertas ujian semester lepas yang nak dilupuskan...jenuhlah dah bertapa depan shredder tu...

Sem ni jugak aku tekad buat senarai kedatangan sendiri gara-gara budi bahasa pengajar masing-masing yang macam hape. Taklah semua tapi majoriti. Kalau dulu semua pakai sistem jadi tak ada masalah sebab log in dan dah boleh tengok peratus kedatangan diorang untuk masukkan dalam sistem pemarkahan akhir. Sebelum sakit hati dengar ulasan yang macam hape tu, pandai-pandailah berdikari.
Senarai kedatangan asal boleh

Wednesday, 20 January 2016

Menginap di 906 Premier Hotel Melaka

Kali ni sambung cerita tentang tempat menginap waktu ke Melaka untuk buat soalan tu. Kalau ikutkan lokasi kejadian, hotel paling hampir adalah King's Hotel; tapi hotel dah penuh. Seri Malaysia dengan Puteri memang tak masuk dalam senarai sebab keadaan kedua-dua hotel tu menyeramkan. Nak duduk sorang, memang sekian terima kasihlah.

Jumpalah 906 Premier Hotel ni akhirnya dan selepas baca ulasan dan tengok gambar, nampak macam okey. Terus book melalui booking.com. Aku memang guna booking.com je kalau nak tempah hotel sebab dia punya tagline yang 'book now, pay later' tu. Mudah kan?

Aku book bilik standard double untuk 3 malam. Hotel ni sangat selesa dan biliknya agak luas. Selesa untuk solat dan nak guling-guling dekat lantai kalau nak la. Hotel ni adalah rangkaian hotel 906 yang ada banyak cawangan dekat Melaka nun tapi aku rasa ini hotel yang paling baru.

Biasanya hotel dia dekat bangunan kedai tapi yang ni dia ada bangunan sendiri. Siap ada kolam renang, gimnasium dan tempat letak kereta yang selesa dan banyak. Memandangkan aku pergi tu hari kerja, maka parking dia akan sentiasa ada parking kosong; tak tahulah kalau menginap waktu hujung minggu.

Ambik katil queen supaya tak seram malam-malam tengok katil sebelah kosong

Meja dan tv dari pandangan katil

Kawasan pintu masuk dan tempat gantung baju

Menu kalau malas nak cari makanan

Pandangan hotel dari pintu keluar bangunan yang menempatkan lobi

Siap ada sabun buku dengan syampu kot; aku guna sendiri punya sabun...lepas tu ada berus gigi jugak dan razor dalam paket tu..

Bilik air dia agak luas juga dan dipisahkan ruang tandas dan tempat pancuran

Keseluruhannya, sangat puas hati la dengan hotel ni sebab aku rasa harga dia murah untuk keadaan bilik yang cantik dan kemudahan yang banyak. Cuma satu je tak puas hati. Satu je. Waktu check out tu dia mati-mati tak nak bagi resit sebab dia kata aku book online. What the????! Kalau Agoda aku fahamlah sebab Agoda dah siap-siap potong duit kita tapi ni guna booking.com kot! Macamlah pulak aku baru guna booking.com ni pertama kali kan? Sebelum ni semua hotel yang aku book dengan booking.com bagi resit rasmi bila dah bayar.

Lama juga aku dekat kaunter tu sebab nak mintak resit tapi dia tak nak bagi jugak. Kalau takde nak claim, takdelah aku poyo sangat mintak resit tapi sebab nak kena claim, resit tu wajib. Disebabkan makin lama makin ramai orang dekat kaunter, aku malas nak bertekak. Ko tak nak bagi sudah! Kesudahannya aku ambik gambar je resit deposit tu buat bukti untuk claim.

Boleh je nak mengadu domba waktu buat ulasan dekat booking.com tapi disebabkan berderet-deret ulasan kena buat, aku malas nak tulis. Biarlah dia bahagia dengan resitnya.

Monday, 18 January 2016

Terlibat Akhirnya...

Bulan lepas, aku sekali lagi terpilih untuk terlibat dalam penggubalan soalan. Kali ni bukan soalan peperiksaan akhir tapi soalan ujian khas yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar semester satu di institut seluruh Malaysia. Ingatkan dah terlepas tak payah buat soalan sebab nama tak naik untuk gubal soalan peperiksaan akhir sem lepas, rupanya tidak.

Walaupun nampak macam menambah kerja, tapi benda-benda macam ni bagus sebenarnya sebab memberi lebih peluang untuk berbincang dan berkongsi idea. Cuak-cuak aku tanya memo dekat bos dan Google tempat; maklumlah, pertama kali nak ke sana dan sendirian pulak tu.

Masalah bila ada kumpulan WhatsApp adalah arahan tidak berdasar sampai lagi cepat dari arahan berdasarkan bukti iaitu memo. Naik menyampah kot bos aku sebab asyik tanya pasal memo ni je. Hahaha... Yelah, waktu kejadian tu adalah pada masa cuti sekolah, mestilah gelabah nak cari hotel yang terdekat kan? Kalau penginapan disediakan lain cerita.

Mesyuarat berlangsung dari 2 hingga 4 Disember tapi aku gerak ke Melaka Isnin petang sebab mula pukul 8.00 2 haribulan tu, kelam kabut karang. Sampai sana terus check in hotel dan solat. Lepas tu keluar balik nak tengok jalan ke tempat kejadian dan juga cari makan.

Esoknya, akulah orang terawal sampai selain urusetia. Hehehe... Jadi, kena buat apa dekat sana? Tujuannya adalah nak gubal soalan tapi rupanya kena buat kerja lain sekali. Jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan fokus untuk sediakan soalan dan satu kumpulan lagi sediakan buku panduan dan aktiviti mengajar disebabkan kami akan menggunapakai silibus baru sepenuhnya tahun ni.
Sesi brainstorming untuk soalan yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap

Minum petang yang pelbagai jenis kuihnya...makanan dekat sini semua sedap dan pedas! Saya suka saya suka..

Alhamdulillah, banyak perkongsian bermanfaat dan maklumat berguna yang diperoleh dari mesyuarat ni. Yelah, bila aku sorang je yang mengajar subjek ni, kadang tu ada juga kemusykilan mengenai arahan yang sampai atau cara yang patut digunakan waktu menjalankan penilaian. Nak tanya siapa, habis-habis pun tanya dekat kumpulan WhatsApp jelah. Tapi kadang segan sebab ada orang-orang pangkat besar dalam tu. Heee...

Slot terakhir dimana soalan yang dibuat dibincangkan semula untuk proses semakan dan kesesuaian topik serta tahap pelajar-pelajar...


Bila dekat sini, perbincangan dijalankan secara bersemuka dan terbuka. Ada apa-apa masalah, boleh dibangkitkan dan kalau ada apa-apa keraguan, bolehlah tanya terus. Selain tu, sedikit sebanyak naiklah semangat nak mengajar bila diberikan dorongan. Kesimpulannya, terima kasihlah sebab pilih saya sebagai salah seorang panel pembuat soalan walaupun status aku kontrak sahaja.

Till we again, thanks for having me here...

Friday, 15 January 2016

Drama Korea Yang Sedang Ditonton

Tajuk skema pulak entri ni. Lepas layan Can You Hear My Heart, teruslah bantai layan My Beautiful Bride pulak. Cerita ni ambik dari Mada waktu bagi gambar-gambar dekat Cameron haritu. Mada kata best tapi mula-mula aku tengok hero dia macam sendu je, simpan jelah dalam laptop. Hahaha... Ye, pelakon-pelakon adalah salah satu faktor penonton nak menonton.

Hero yang semedang kena belasah dan belah kiri tu adalah Detektif yang uruskan kes lama berkaitan heroin dan juga mengendalikan siasatan kehilangan heroin sebab dua kes tu berkait..

Disebabkan 'demam' Korea tak kebah lagi, layan jelah cerita ni. Bila dah mula kerja, macam biasa malam hari bekerja tak buka laptop pun kecuali malam tadi la sebab dah lapang sikit. Sambung tengok dua episod terus sebab macam best pulak jalan cerita dia lama-lama.

Cerita dia mula-mula macam lembap sikit tapi lama-lama seronok sebab misteri dan mendebarkan. Banyak aksi la cerita ni dan hero yang dipilih memang sesuai sangatlah nak pegang watak Kim Do Hyung tu dan lama-lama tengok, macho pulak. Hehehe...

Cerita dia pasal kes kehilangan teman wanita si hero pada hari dia setuju nak kahwin dengan hero. Bermula dari situlah satu persatu rahsia dan misteri terungkai. Setakat yang aku tengok, ada banyak adegan imbas kembali dan ternyata imbasan tu menjawab persoalan yang berlegar di fikiran.

Isu lain dalam cerita ni adalah bagaimana ceti haram menjalankan operasi. Rupanya diorang ni ikan bilis je; atas diorang ada ikan jerung dan atas ikan jerung ada ikan paus pulak. Ngeri okeh!

Barisan pelakon utama...

Kesimpulannya, best cerita ni dan tak sabar nak tahu apa kesudahan dia. Sekarang ni aku syak ada polis corrupt dalam kumpulan siasatan kes kehilangan Yoon Joo Young(makwe hero) sebab ikan jerung ni tahu apa yang hero buat. Malam ni sambung pulak episod seterusnya.

Wednesday, 13 January 2016

Women's Day Out

Ini cerita pasal keluar jalan-jalan dengan Geng Makan sempena meraikan salah seorang ahli yang berpindah ke tempat baru. Makanya, semua orang wajib ambik cuti pada 8 Disember tu semata-mata nak menghabiskan masa bersama. Eceh..

Pagi tu aku gerak dari Banting dengan Kak Rin dan Kak Nurul ke tempat berkumpul iaitu rumah Kak Eza. Nak masuk kawasan perumahan Kak Eza ada pengawal dan dia tanya nombor rumah, aku ingatkan Kak Nurul ni memang ingat nombornya sekali rupanya dia bantai je. Muka yakin sungguh yang tak menahan tu! Hahahaha...

Sampai rumah Kak Eza, Kak Dayah dah ada dan seperti yang dijanjikan, sarapan di situ. Alhamdulillah kenyang makan kuey teow goreng haiwan bersepah walaupun diorang kata kuey teow tu ada rasa yang sesuatu termasuklah tukang masaknya. Bagi aku yang tak kisah ni, aku makan je dan aku rasa memang macam gitulah pun rasa kuey teow goreng.
Kuey teow goreng haiwan bersepah, keropok keping, cili potong

Dah cukup ahli, barulah gerak ke tempat berjimba iaitu di Setia City Mall. Tentatifnya adalah boling, wayang, karok. Seronoknya berjimba waktu kerja ni adalah orang tak ramai. Yeay! Boling pun tak ramai orang, wayang pun bersepah kerusi kosong. Bila main boling, macam biasa akulah paling corot sebab mesti aku main tak bersungguh-sungguh; baling ikut suka hati dan tak ikut teknik yang dah dipelajari.
Menang gaya jelah aku...hahahaha


Habis boling, terus masuk wayang sebab tiket dah beli pagi tu sebelum boling. Sebelum masuk, borong popcorn dengan kudapan yang ada dekat kaunter tu. Waktu pergi tu macam banyak cerita menarik dan akhirnya kami pilih In the Heart of the Sea.
Tamak tak tamak, penuh ah tangan aku dengan makanan...

Nampak macam tak seronok je poster dia tapi bila dah habis tengok, sangat banyak pengajaran yang diperoleh antaranya;
1. Walaupun kita ketua tapi kita tak ada pengalaman, seeloknya dengarlah cakap orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tu.
2. Anak buah yang baik adalah anak buah yang hormati keputusan ketua.
3. Ketua yang terbaik adalah ketua yang mendahulukan anak-anak buahnya dan membuat keputusan demi kepentingan semua.
4. Jangan simpan dendam sebab dendam tu akhirnya akan memakan diri sendiri.
5. Maafkanlah walaupun kita disakiti.
6. Jujurlah demi kebenaran, bukan mereka-reka cerita demi kepentingan pihak atasan.
7. Walaupun susah, tepatilah janji yang kita dah buat.

Sedih wei cerita ni bila dah dekat nak habis sampai termengalir jugalah air mata ni. Daripada satu kapal besar yang ada ramai anak kapal, akhirnya mereka pulang dengan hanya dua sampan dan beberapa orang sahaja. Waktu diorang hanyut dekat lautan tulah yang paling sedih sebab diorang sampai terpaksa makan kawan diorang sendiri untuk teruskan hidup. Sobsobsob... Tak dapat bayangkan kalau keadaan sebenar jadi dekat aku.

Habis wayang, solat dulu baru makan. Disebabkan majoriti kata nak makan dekat food court, aku ikut jelah walaupun aku jarang sangat-sangat makan dekat food court mana-mana pusat membeli-belah. Diorang cakap ada gerai makanan Korea, terujalah jugak nak cuba tapi ternyata hampeh!
Waktu makan..

Kecewa gila dengan makanan dia sebab tak rasa Korea langsung. Kecewa sampai tak nak ambik gambar makanan. Hahahaha... Korang kalau ke Setia City Mall, tak payahlah letak pengharapan tinggi dekat gerai tu sebab bahan yang dia gunakan bukan bahan dari Korea; nasi dia pakai beras biasa je. Habis licin jugak pun walau tak sedap sebab itulah rezeki aku kan.

Agenda terakhir adalah karok. Tak puas pun karok sebab dapat sejam je. Bila keluar jimba ramai-ramai ni, lagi best sebenarnya kalau dapat ngopi sebelum balik tapi sebab orang lain ada komitmen lain, tak dapeklah. Itulah dia penutup kegembiraan Geng Makan untuk tahun 2015. Selamat maju jaya buat Kak Eza di tempat baru dan terima kasih kepada semua orang yang menaja perbelanjaan pada hari tersebut. Didoakan bertambah rezeki yang diberikan.
Kami berenam sewaktu majlis perpisahan mereka yang berpindah...yang lain tu semua mak orang ye, yours truly je yang anak mak lagi...hehehe