Engagement Fund ;)

Monday, 23 May 2016

Cantik Sangat Ni!

Assalamualaikum.. Selamat hari Isnin semua. Semoga semua orang melalui minggu ini dengan gembira dan tanpa pancaroba. Jadi, bila nak cerita pasal cuti-cuti Malaysia Pulau Pinang? Hahahaha... Esok esoklah.

Hari ni nak cerita pasal satu IG yang jual kain batik cantik-cantik. Serius cantik corak-corak dia! Tak ingat macam mana boleh terikut IG dia tapi hari-hari tahan perasaan je tengok dia letak kain batik dengan corak yang sangat cantik sambil 'berzikir' "Koya..koya..koya.." Hahaha...

Warna kegemaran..

Hipster kan corak yang ni?

Ini kalau buat blouse pun cun ni

Hat ni mahal sikit sebab 3 meter tak silap dan warnanya pakai warna untuk sutera..

Kalau korang berminat nak beli, bolehlah pergi tengok dekat IG dia. Memang corak dia lain dari yang lain dan pelbagai jenis; dari corak retro sampailah corak hipster. Kalau beli pun tak rugi sebab boleh suai padan dengan blouse kosong. Harga dia berbeza-beza ikut corak. Sampai bila agak-agak boleh bertahan ni?

Kalau ada yang nak bagi hadiah hari jadi tahun ni atau qada' yang tahun lepas punya, bagi kain batik ni pun boleh. *kenyit mata* Sekian, ulasan tak berbayar dari seorang penggemar kain batik.

Wednesday, 18 May 2016

Perjumpaan dan Makan Malam

Ini cerita hari Sabtu lepas, yang aku pergi Shah Alam sampai dua kali sebab asalnya dah janji nak jumpa Kak Chik dan lepas tu Abah cakap nak pergi perjumpaan bekas pelajar. Okeylah, boleh je adjust masa walaupun kelam kabut sikit. Kalau nak batalkan salah satu, memang sampai ke sudah tak jadi apa.

Balik dari jumpa Kak Chik dah pukul 4.00 makanya sampai rumah golek-golek kejap dan terus bersiap. Dalam pukul enam lebih gerak dari rumah untuk ke majlis malam. Abah kata perjumpaan pelajar STAR je sebab jemput pun pakai telefon je, jadi maklumat tak lengkap. Belasah, janji sampai.

Majlis ni rupanya anjuran persatuan Bekas Pelajar Melayu Klang iaitu satu persatuan yang menggabungkan sekolah-sekolah yang ada di daerah Klang dan STAR salah satunya.

Waktu sampai majlis dah nak mula dan tetamu kehormat pun dah sampai. Meja kami betul-betul belakang deretan meja VIP dan dekat dengan pentas. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi dan diikuti dengan ucapan penaung iaitu mantan MB Selangor, Tan Sri Dato' Seri Utama Hj. Abu Hassan Bin Abu Omar yang sekaligus merasmikan majlis. Kemudian, satu tayangan slide mengenai sejarah persatuan dan juga ahli-ahlinya dipersembahkan.
Ucapan dari Penaung BPMK

Meja kami, meja 6...lauk-lauk dia semua sedap!

Lepas tu barulah acara makan malam dimulakan. Sambil makan, ada cabutan bertuah tapi tak bertuah pun. Takpe, datang teman Abah je pun, jangan poyo sangat ye. Hehehe... Makanan sedap tapi segan nak tambah nasi sebab nasi jauh. Heee... Ratah lauk jelah sebab lauk boleh pusing-pusing. Sambil makan, dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh juara Bintang Klasik kot, ke Bintang RTM, lupa sudah. Ada juga persembahan dari tetamu-tetamu yang hadir. Sebab aku kan jiwa klasik, layan jugak dengar lagu Broery Marantika.
Acara memotong kek lobak merah yang sungguh sedap! Untung duduk meja depan sebab lepas pelayan potong kek mereka agihkan ke meja-meja berdekatan

Dah siap makan, ada acara potong kek pulak untuk bekas-bekas guru. Aku tukang ambik gambar jelah. Lama juga acara tu siap ada deklamasi sajak dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Lepas tu barulah acara bebas iaitu bergambar dari meja ke meja sebelum cabutan nombor meja bertuah. Waktu ni tak ada mengharap pun tapi ada sorang ahli meja dengan yakinnya ikut MC cakap dan tang nombor tu dia bubuh nombor meja kami, sekalinya memang meja kami yang naik. Woohoo! Maka dapatlah juga hadiah bertuah sebab semua ahli meja dapat sorang satu hadiah.
Sesi bergambar bersama bekas pelajar dan guru..Cikgu Hushim pun ada..

Ini dekat meja orang lain pulak

Taraaa, hadiah meja bertuah...

Goodies bag; hebat sangat ni bagi First Aid Kit..Abah punya lagi meriah isi beg siap ada sarung kusyen..

Dan itulah dia penutupnya. Kot-kot anak murid Ustaz Mispul tersesat masuk sampai sini, tinggalkanlah komen di kotak komen ye, inshaAllah pesanan akan disampaikan sebab sebelum ni pernah ada satu entri yang ada komen dari bekas anak murid Abah.

Monday, 16 May 2016

Makan Sedap di Foodsbury Shah Alam

Salam Isnin semua. Selamat hari guru buat guru-guru yang terbaca entri ini tidak kiralah anda bekerja sebagai guru atau guru bukan pada jawatan. Sebenarnya, kita semua adalah guru bilamana kita mengajar seseorang dalam perkara tertentu.

Kali ni nak kongsikan pengalaman makan di salah satu kafe yang agak popular di Shah Alam. Memang dah janji nak jumpa Kak Chik hari Sabtu lepas tapi macam biasa, janji nak jumpa tapi tak ada hala tuju. Dah separuh jalan tinggalkan rumah Kak Chik pun masih tak pilih tempat nak pergi mana. Hahaha...

Akhirnya aku ajak Kak Chik makan dekat sini sebab hari-hari tengok makanan dia dekat IG, manalah tak terliur kan? Waktu sampai tu memang betul-betul dia baru nak bukak; waktu membelok masuk ke lorong nak sampai kedai tu, nampak pekerja dia tengah buka roller shutter. Dapat parking pun betul-betul depan pintu masuk.

Susunan kafe sangatlah santai dan tidak terlalu padat. Maksudnya masih bolehlah nak bergerak dengan selesa. Hiasan kafe pun boleh tahan unik dan kalau nak lepak lepas stress pun seronok sebab ada satu kabinet dengan pelbagai jenis buku.

Dari segi pilihan makanan, aku rasa lebih kepada Western dan harganya pulak standard harga kafe kategori hipster begini; tak murah tak mahal. Memandangkan kami pelanggan kedua yang masuk situ, maka memang boleh pilih tempat duduk yang disukai.

Kak Chik - masih solo dan kosong...

Cara nak pesan adalah kena ke kaunter dan terus bayar; nanti dia akan bagi blok kayu bernombor untuk memudahkan makanan dihantar. Tapi yang seronok adalah setiap meja diletakkan menu dan kertas pesanan sekali supaya tidaklah termangu-mangu depan kaunter untuk memilih makanan.

Buat yang pertama kali sampai macam Tuan Tanah ni, lama jugalah ulangkaji menu tu sebab nampak semua sedap. Akhirnya aku pesan pesto basil spaghetti with chicken pedas dengan latte hazelnut; Kak Chik makan roasted chicken dengan mocha hazelnut lepas tu tambah chili cheese fries. Aku minta spaghetti tu pedas sebab pernah baca dekat IG boleh minta pedas kalau nak.

Sementara tunggu makanan sampai, borak-borak dengan Kak Chik sebab dah lama tak jumpa. Tak lama pun tunggu tiba-tiba air dah sampai. Lepas tu terus makanan pulak sampai. Sebab ingatkan tak pedas, aku kaut botol serbuk cili dengan lada hitam dekat meja yang menempatkan benda-benda tu.

Flat lay yang tak berapa nak flat sangat...

Bila suap dalam mulut, terus jatuh cinta dengan rasa dia. Sedap hoi! Secukup rasa termasuklah rasa pedas. Spaghetti aku sedap dan ayam panggang Kak Chik pun sedap dia kata terutama kuah untuk ayam cuma Kak Chik cakap apsal kuah dia sikit sangat? Hehehe...
Spicy pesto basil spaghetti..harga spaghetti saja 9 hengget dan kita boleh pilih nak tambah ayam atau udang dengan tambahan harga berbeza..

Roasted chicken berharga 18 hengget 40 sen, sesuai untuk yang sedang diet sebab sayur dia bukan main banyak lagi..

Chili cheese fries berharga 9 hengget...topping dia banyak dan kentang dia tak soggy..

Ini suasana dalam kedai waktu kitorang dah habis makan; dah mula nak penuh...

Pinggan mak incik yang licin...sedap dan bertambah sedap sebab dia warna hijau..hehehe...

Keseluruhannya, Acik bagi 4 daripada 5 bintang untuk makanan yang sedap, harga yang berpatutan dan papan tanda pemberitahuan yang jelas. Contoh papan tanda tu macam dekat meja yang ada botol sos segala la, dia tulis kalau nak tisu tambahan ke, tak cukup masin, silalah ambil sendiri apa yang diperlukan dekat sini. Gituuu...

Sunday, 15 May 2016

Drama Korea: Oh My Venus

Acik bagi dua ulasan berturut drama Korea hari ni. Ini drama terbaru So Ji Sub dengan Shin Min Ah. Cerita ni mengisahkan tentang heroin, Kang Joo Eun yang memang terkenal cantik waktu sekolah sampai satu daerah tu tergila-gilakan dia. Nak kata punyalah orang suka dekat dia, sampai siap tuju lagu dalam bas untuk dia.

Waktu sekolah dia dah bercinta dengan atlet renang sampailah dah berkerjaya tapi malangnya bila dia mula kerja, penampilan dia berubah mendadak sebab tak jaga makan dan tak risau tak ada orang nak sebab dah ada pakwe. Kiranya masing-masing harap cinta pertama yang berputik tu kekal sampai ke jinjang pelamin. Gituu... Tapi biasalah kan, bila heroin mula berubah, pakwe dia pun berubah hati sama. Masalahnya dia suka dekat kawan rapat heroin yang dulu gemuk tapi dah berubah cun bila mula bekerja.

Disebabkan orang mula pandang rendah dekat dia sebab penampilan dia dan dia rasa pakwe dia berubah sebab dia dah gemuk, maka dia mula nak berubah lebih-lebih lagi bila dia secara tak sengaja terjumpa dengan Kim Young Ho dalam penerbangan balik ke Korea dari New York. Asalnya dia tak tahu pun Kim Young Ho tu adalah jurulatih peribadi yang terkenal dekat Hollywood dengan gelaran John Kim tapi lama-lama terbongkar juga dan akhirnya dia pun ikutlah pelan senaman yang John Kim sediakan untuk kembali sihat dan kurus.
Bahagian ni lawak..waktu mula-mula nak amalkan pemakanan sihat, dia siap boleh bagi tahu orang yang datang jumpa dia tu baru lepas makan apa daripada bau yang melekat pada baju...hahahaha...dan bila dia nak makan bekal salad dia, mulalah dia terbayang balik makanan-makanan tu dan tiba-tiba muncul bayangan Young Ho dan buang segala imaginasi dia...imaginasi dihapuskan oleh imaginasi yang lain

Kiranya hidup dia berubah terus dari segi gaya hidup dan pemakanan. Makan pun memang kena catu dan kawal gila-gila dan dia makan sama macam apa yang John Kim makan. John Kim ni pulak dia memang amalkan gaya hidup sihat sejak dia kecil sebabnya dia pernah menghidap kanser yang dikatakan tak boleh diubati. Tapi sebab dia berazam, akhirnya doktor sahkan dia bebas dari kanser tu.

Cerita ni tipikal drama Korea yang mana hero adalah keturunan chaebol tapi tak nak terlibat secara langsung dengan empayar perniagaan dan hidup secara sembunyi untuk buat apa yang dia suka. Samalah macam John Kim ni, nenek dia kaya nak mamps tapi dia buat benda yang dia suka secara sembunyi-sembunyi untuk kepuasan diri.

Bila tengok drama ni, sungguh termotivasi nak ikut pelan senaman yang dia susun untuk Joo Eun. Setiap kali senaman, kena mulakan dengan latihan kardio dan kemudian barulah buat beberapa set plank, squat, crunches, push up, atau lunges. Tapi sambil tengok cerita ni sambil baring, motivasi ke tu? Hahahaha... Melalui cerita inilah juga aku tahu rupanya ada trend terbaru iaitu mempersembahkan hati dengan jari. Mula-mula aku ingat pebendalah dia dok tunjuk gaya tangan tu rupanya dia nak cakap bahawa saya sayang awak. Gituuu...

Image result for oh my venus
Ini adegan waktu Hari Joo Eun dimana diorang semua kena buat apa yang Joo Eun suruh sempena meraikan penyusutan berat badan yang mendadak..Kim Ji Woong yang paling kiri..

Dalam ni ada juga watak jahat tapi tak adalah sampai tahap sakit jiwa jahatnya. Cerita ni pun ada elemen lawak, serius, sedih, kekeluargaan, politik pejabat, kisah masyarakat, persahabatan dan juga imbas kembali. Selain watak hero dan heroin, ada dua watak lain yang mencuit hati dan menghidupkan cerita iaitu sidekick John Kim, Jang Jun Soong dan Kim Ji Woong. Paling comel adalah Kim Ji Woong yang tak putus asa bagi galakan dekan Joo Eun untuk tabah dengan pelan ekstrim John Kim tu.

Ini waktu Joo Eun dah kurus..mula-mula jumpa Young Ho tak percaya Joo Eun ni asalnya kurus cun siap ada lesung pipit, bila dah kurus, barulah nampak balik lesung pipit Joo Eun dan dia mulalah terjatuh cinta...

Selepas apa yang diulas, panjang lagi ceritanya. Makanya, korang pergilah tengok ye. Hehehehe... OST dia pun boleh tahan best terutamanya Kim Tae Woo punya lagu, rasa macam nak goyang-goyang bahu dan gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan bila dengar. Jadi, silalah tonton sendiri untuk mengetahui kesudahannya. Sekian.

Drama Korea: Descendants of the Sun

Selepas sekian lama, aku rasa drama ni paling berhantu dia punya aura. Bukan kat Malaysia je malah satu dunia kot. Satunya mungkin sebab promosi secara bersungguh-sungguh dan keduanya, pilihan hero dan heroin selain jalan cerita yang agak lain dari tipikal drama cinta Korea.

Drama ni menampilkan Song Joong Ki sebagai hero dan Song Hye Kyo sebagai heroinnya. Nampak dah matanglah muka Joong Ki dalam ni tapi Hye Kyo punya muka tak berubah dari zaman Full House. Bagi aku, Joong Ki tak adalah hensem sangat pun, hensem lagi Jang Dong Gun tapi tak tahulah sebab apa bila tengok drama ni macam rasa sesuai sangatlah dia pegang watak Yoo Si Jin tu; hensem je nampaknya dalam sut tentera tu. Song Hye Kyo pulak memang cun macam tulah dan dalam ni dia promosi produk Laneige juga. Jangan lepas ni naik harga sudah!

Watak-watak utama; Yoo Si Jin, Kang Mo Yeon, Seo Dae Yong, Yoon Myung Ju

Disebabkan auranya yang terlalu kuat, dah masuk pusingan ketiga aku ulang tengok. Hehehe... OST dia pun berhantu juga; sedap-sedap lagu dia semua. Buat yang belum tahu, drama ni adalah drama yang ditayangkan selepas penggambaran siap dijalankan, tidak seperti drama-drama Korea yang lain. Kiranya diorang tak boleh nak jangka penerimaan penonton.

Salah satu adegan yang diberi perhatian khusus

Suka bahagian ni juga..

Bagi aku, drama ni best sebab dia gabungkan banyak elemen dan tidak terikat dengan satu elemen. Lawak, serius, perubatan, persahabatan, ketenteraan, cinta, dan politik pejabat. Walaupun ada bahagian yang tak berapa nak masuk akal, layankan ajelah. Drama katanya kan?

Siapa yang belum tengok, bolehlah cuba tengok. Ada masa korang akan gelak terbahak-bahak sebab perangai Yoo Si Jin dengan Seo Dae Yong atau tersenyum simpul tengok lurus bendul anggota Alpha Team. Acik bagi 10 bintang untuk drama ni. Dah habis tengok drama ni, pergi tengok parody dia pulak, sahih korang tak buat muka serius waktu tengok jip tu tergantung dekat curam. Parody dia memang lawak tak boleh blah! Kahkahkah...

Thursday, 12 May 2016

Nasi Daging Berkurun Lamanya dan Salad Lobak Merah Ala Morocco

Azam nak buat nasi daging ni sejak pergi kenduri kahwin Nab Nadz dulu. Lama gila kan? Anak dia pun dah umur setahun lebih, barulah muncul nasi ni dekat dapur. Hahahaha... Sampai sekarang teringat-ingat kesedapan nasi daging Nab Nadz tu. Sedap gila hoi!

Waktu buat ni rasanya Nenek dekat rumah Bibik sebab Nenek tak makan daging, jadi kalau masak waktu Nenek ada, kena juga masak lauk lain. Resepi nasi daging ni rasanya aku ikut dari blog Kak Jaja sebab tengok cara dia buat air asam tu macam sedap aje. Korang boleh ke sana ye kalau nak resepi nasi daging tu.
Air asam pedas

Ayam masak merah

Salad lobak merah ala Morocco

Nasi daging berkurun lamanya

Nasi daging ni aku lawankan dengan ayam masak merah dan salad lobak merah ala Morocco. Gigih buat salad lobak merah tu pun sebab teringat-ingat lauk waktu makan malam dekat salah satu restoran makanan antarabangsa dekat Korea dulu. Tak ingat restoran berasaskan makanan negara mana tapi macam negara belah Timur sana.

Macam terasa-rasa lagi keenakannya sebab salad tu ringkas je pun tapi macam tak sangka pulak boleh rasa sesedap itu. Gila kentang tak ingatan tu? Hahaha... Tapi memang sedap sebab Za yang tak makan sayur sangat tu pun kaut salad tu masuk pinggan.

Resepi salad ni aku rujuk dekat sini tapi bahannya ikut apa yang ada dekat dapur dan kuantitinya pun agak-agak je.

Salad Lobak Merah Ala Morocco.


1 batang lobak merah (saiz besar)
2 sudu minyak zaitun
2 ke 3 sudu jus perahan lemon
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 camca jintan putih (ditumbuk kasar)*
Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
1/2 biji cili hijau (didadu halus)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Sagat lobak merah dan ketepikan.
2. Dalam satu mangkuk besar, gaulkan semua bahan sampai sebati.
3. Masukkan lobak merah yang telah disagat dan gaul sekata.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam supaya rasa jus meresap.
5. Hidangkan dengan nasi.

*Jintan putih tu aku bakar kejap dalam oven toaster supaya bau dia lagi wangi. Kalau takde ovan toaster, sangan atas dapur, ok?

Bagi aku, serasi sangat salad lobak merah ni makan dengan nasi daging dan rasa dia ada iras-iras rasa salad asal yang aku makan dekat Korea tu. Kalau nak cuba buat, silakan. Tapi resepi aku bagi ni resepi agak-agak tau, kalau tak yakin, boleh tengok resepi asal. Sekian.

No. 31 Maple Inn

Okey, kali ni nak kongsi pengalaman menginap di hotel bajet waktu pergi mesyuarat di Pulau Pinang bulan lepas. Walaupun kelayakan sehari boleh sampai seratus lebih, tapi aku cari hotel yang murah-murah saja asalkan dekat dan selesa.

Ada lagi hotel yang lebih dekat dengan tempat kejadian tapi sebab beza harga keseluruhan sampai seratus lebih juga, maka aku duduk je dekat sini. Lagipun bulan lepas bajet memang untuk jalan-jalan dengan Geng Bilik Prep, itu yang garu kepala jugalah nak korek duit dekat mana. Heee...

Macam biasa, aku tempah guna booking.com sebab dah biasa guna dan lebih mudah. Oh ye, disebabkan aku selalu sangat setia menggunakan booking.com ni, aku dapat status genius dari booking.com dimana ada beberapa kelebihan berbanding pengguna biasa. Salah satunya adalah lebih 10% diskaun untuk hotel-hotel terpilih. Macam mana nak dapat status genius? Korang kena guna booking.com lima kali atau lebih dalam tempoh setahun. Selamat bercuti. Eh!
Bangunan hotel dari jalan utama

Dekat kawasan lobi

Kaunter pendaftaran

Ruang antara tangga untuk sampai ke tingkat dua

Okey, sambung cerita. Hotel ni aku rasa macam selamat sebab pintu dia sentiasa berkunci. Cuma tempat letak kereta je yang tak berapa nak selamat sebab parking tepi-tepi jalan je dan agak terhad tempat parking dia. Dari segi lokasi, aku rasa senang nak cari sebab memang betul-betul tepi jalan utama dan dekat gila dengan restoran Nasi Kandar Ahmad dan tak jauh dari jambatan kedua.

Waktu tempah, bilik yang tinggal adalah dua katil bujang tapi bila sampai sana, dia tanya kot-kot nak tukar bilik katil besar. Orang nak bagi, kita ambik je. Lagi best la katil besar sebab boleh golek-golek jauh sikit. Hahaha... Meh tengok gambar bilik.
Tempat sangkut baju dengan dua hanger

Ruang tv, ruang mekap dan ruang nak makan nasi kandar bungkus..hehehe

Katil queen

Tandas yang besar dan bersih

Bilik dekat tingkat dua jadi silalah mendaki tangga. Hotel ni dua tingkat je dan tak ada lif. Setiap tingkat ada wi-fi dan boleh tahan laju wi-fi dia sebab siap boleh tengok filem dekat You Tube. Keseluruhannya puas hati dengan hotel ni dan berbaloi dengan harga. Luasnya pun boleh tahan, tak adalah punggung terkena dinding waktu ruku'. Lagipun setakat nak tidur je kan, bolehlah. Staf pun ramah-ramah semua. Cumanya, pintu masuk utama je berkunci elektronik tapi pintu bilik tak ada selak. Kena hati-hatilah kalau ada orang ketuk pintu bilik tu kan.

Monday, 9 May 2016

Ingat Nama

Siapa yang tak suka kalau orang ingat nama kan? Makanya dah tanam azam nak cuba ingat nama anak-anak murid. Macam waktu dekat U, aku biasa-biasa je, tak adalah popular pun dalam kelas. Tapi bila ada lecturer yang ingat nama, kembang kempis dalam hati sebab lecturer kenal. Hehehe...

Mula-mula mengajar dulu memang cepat je hafal satu kelas punya nama tapi lama-lama ni kebolehan mengingat nama dah berkurang sebab dah makin banyak nama nak kena ingat. Tunggu dah tengah semester barulah boleh ingat betul-betul nama diorang ni. Siap boleh ingat mana satu yang suka mengantuk dalam kelas, mana satu yang selalu tak bawa nota, mana satu yang suka bergosip dan banyaklah lagi kerenahnya. Tapi kalau tak ingat juga, jangan kecil hati sebab muka memang akan ingat cuma kadang-kadang nama tu bertukar.

Hari Ahad lepas bila hidupkan telefon, bertalu-talu mesej masuk dan salah satunya adalah berita kematian salah seorang pelajar semester dua. Terkesan. Sedih. Sebab dah masuk dua semester mengajar budak-budak ni, memang dah boleh ingat sangat mana satu budaknya.

Sama-samalah sedekahkan Al-fatihah untuk Mohd Aizul Bin Anas semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang diampunkan dosa-dosanya.

Thursday, 5 May 2016

Kapasiti Perut

Entri pertama untuk bulan baru. Pejam celik dah pun masuk bulan Mei. Nanti tiba-tiba je dah habis sem. Lepas tu markah budak-budak ni satu apa pun tak selesai lagi. Hahahahampeh! Tugasan dah cukup, cuma tinggal nak bagi ujian dengan kuiz je sebab markah ujian yang haritu tak berapa cantik. Benda dah ada, cuma nak habiskan menanda dan masukkan dalam sistem je pun.

Macam biasa, cerita banyak tapi belum rajin nak edit gambar. Makanya, hadaplah gambar makanan ni dengan secebis kisah. Bila makin bertambah umur, kapasiti perut pun makin mengecil untuk makanan selain nasi. Tapi kalau nasi, takde hal nak tambah 3 kali pun. Heee...

Nasi ambeng sedap! Makan ni waktu balik tuisyen hari Ahad sebab pagi tu bangun lambat jadi tak sempat nak teguk air pun. Pesan sepinggan nasi ambeng lepas tu duduk makan sampai 45 minit sebab nasi dia banyak.

Ini pulak buah ciku beli dekat RnR Tapah waktu ke Penang dua minggu lepas. Sebab sorang-sorang, maka tapau je makanan untuk malam. Teringin nak rasa ayam KFC yang baru tu maka beli a la carte tapi masin gila hoih! Ke sebab dah sejuk? Dipping sauce dia sedap tapinya.

Mamee kari separuh bungkus makan dengan kkakdugi. Mee segera memang tak mampu nak makan sebungkus sebab cepat muak. Jalan selamat, patah dua mee tu dan masak ikut kapasiti perut.

Ini minggu lepas, buang tebiat balik tuisyen singgah makan nasi. Stress punya pasal dengan budak-budak sekolah rendah, terus makan nasi pukul 10.30 malam. Biasanya kalau kelas yang sampai pukul 10.00, lapar pun balik je terus sebab dah lewat kan, perempuan pulak, sorang-sorang lagi. Kali ni tawakal je singgah kedai makan terus. Hehehe.. Dah biasa mengajar budak-budak besar dan budak-budak kecil yang mengikut arahan, bila dapat yang banyak kerenah, stress terus. Betullah Shiro cakap dulu, cukup sorang je yang mula melompat, ko tak sempat tegur yang lain dah melompat sama. Yang dah darjah 6 pun sama, kata nak solat tapi sebelum solat tu boleh bersilat dulu. Urut dada.

Tu je nak cerita. Cerita jalan-jalan pergi Pulau Pinang nanti esok esok esok. Babai...