Engagement Fund ;)

Wednesday, 29 June 2016

Nah Tengok Gambar Makanan

Awal-awal ramadhan dulu, masih rajin nak menaip. Lepas entri yang terakhir tu, terus tak pandai nak karang ayat. Ada la menghadap Photoscape nak edit gambar beberapa kali dengan harapan nak karang entri bergambar. Pun tinggal harapan je. Keluar masuk blogger pun mood tak mari juga.

Hari ni gagahkan diri sikit untuk karang entri cerita ramadhan. Macam biasa, bila masuk bulan ramadhan, automatik jadi tak berapa nak rajin masuk dapur. Memang lagi banyak beli makanan dekat param daripada masak sendiri. Biasanya kalau masak tu hari cutilah sebab malas nak bersiap pergi param.

Dekat sini ada pilihan nak pergi bazar yang mana satu tapi dua je bazar yang best dan ada banyak makanan sedap. Bila nak beli makanan ni, aku memang akan cari orang yang memang berniaga dan tahu masakan dia sedap. Senang cerita. Beli pun cukup-cukup untuk makan buka; kalau lebih pun habis la sampai sahur. Kalau dah tahu tak habis, memang masuk peti siap-siap dan makan esoknya.
Antara gambar kuih yang sempat diambil; belah kiri roti daging salut telur. Guna lebihan sos bolognese dua hari sebelumnya. Belah kanan tu tapau dekat param.

Yang ni hari lain, buang tebiat buat kuih sagu. Memula nak buat puding sagu, lepas tu fikir-fikir leceh pula nak sediakan kuah dia. Makanya tukar jadi kuih sagu je. 

Ikan goreng lauk tambahan. Tapau kat param pun ye juga. Hehehe..

Pecal. Sambal pecal beli waktu pergi borong kerepek. Sedap tapi pedas

Minggu pertama puasa dulu sempatlah keluar berbuka dengan Abah dan Abang-abang. Lokasinya dah tentulah ke Bangi. Tapi disebabkan sampai agak lewat maka tak ada tempat. Tak ada rezeki nak berbuka di tempat biasa. Makanya teruslah ke satu lagi restoran yang biasa juga kami kunjungi, SOHO. Macam-macam dipesannya sampai banyak berlebih. Tapi takpe, bungkus semua yang berlebih, boleh buat lauk sahur esoknya.

Antara menu yang ada di SOHO

Ini baru sebahagian menu, ada lagi sebahagian tak sampai. Tamak sangat pesan banyak-banyak.

Sesi ngeteh pula di RASA. Lengang gila wei, tak ada orang. Wuuhhhuuu!

Takkan minum aje? Beli la waffle ni satu kongsi ramai-ramai.

Lepas maghrib, singgah Alamanda untuk sesi ngeteh. Tak ada beli apape pun dekat sana, memang ngeteh aje dekat RASA. Tahun ni tak boleh beria beli-belah untuk raya; kena simpan duit untuk berjalan nanti. Bersabar ajelah aku melihat shawl yang cantik-cantik tu; tak boleh beli shawl sebab dah terbeli seat MH hari tu. Pasraaahh.

Monjong pun dah siap, lega. Tahun ni tempah aje semua, siap hantar sampai depan pintu rumah lagi. Saya suka saya suka. Sebab dah tahu nasi ambeng kedai tu sedap, maka tempah saja melalui WhatsApp; senang kerja.
Waktu pembungkusan

Sedia untuk diagihkan

Tu jelah setakat ni. Kalau rajin nanti aku sambung lagi cerita pasal makanan juga. Hehehe... Selamat meneruskan ibadah puasa semua. Kepada tuan rumah dan penghuni rumah, selamatlah mengemas rumah juga.

Wednesday, 8 June 2016

Tudung Tak Sekolah

Bila cakap pasal tudung, dah banyak sangat jenama dan fesyen tudung dekat pasaran. Kalau nak ikut perkembangan semasa, memang tak terkejar. Bermula dengan jenama sampailah kepada gaya, bahan dan harga.

Aku tak adalah mengikut sangat arus perubahan tudung ni tapi kadang tu ada juga terpengaruh sampai terbeli juga. Konsepnya, kau ada, aku pun nak kena ada walaupun satu. Gituu..

Tapi tudung kegemaran sejak azali tentulah tudung Turki sebab boleh campak je dalam mesin basuh. Hahahaha... Lepas tu tudung Turki ni kan senang nak jumpa yang bidang 60 dan dulu-dulu tak banyak tudung bidang 60 yang macam-macam jenis, maka memang beli tudung ni jelah.

Dari segi jenama pula ada banyak tapi yang paling terkenal adalah Akel dan Rozello. Setiap jenama ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kain Akel ni lembut tapi tak licin dan senang dibentuk tapi coraknya tak pelbagai. Kalau Rozello pulak, kainnya lembut dan licin tapi coraknya cantik-cantik dan pelbagai.

Dua-dua ni aku ada tapi selalunya kalau pakai Rozello, memang kena pasrah sebab fenomena 'tudung tak sekolah' akan berlaku. Istilah tudung tak sekolah ni Kak Chik la yang ajar iaitu merujuk kepada keadaan pemakaian tudung yang selekeh seperti lipatan di bahagian muka yang tidak kemas atau bila dikelepet muka akan nampak begitu bulat sebab muncung tudung tak jadi.

Ini dilema orang perempuan, orang lelaki kalau tak faham, duduk diam-diam. Bila tudung tak sekolah, aku malas nak fikir. Lantakkan situ asalkan aku pakai tudung. Yakin tu kena tunjuk walaupun kelepet belah kiri dan kanan senget dan ada gelembung udara. Hahaha...

Tudung Kak Chik - paling kanan tu Akel, sebelahnya tu aku tak ingat jenama apa, lepas tu Rozello dan paling hujung yang hitam-maroon tu tak ada jenama tapi kain dia sedap

Cerita pasal tudung dan Kak Chik, baru ni tolong Kak Chik beli tudung Turki dekat kedai yang aku selalu pergi. Awal-awal aku pesan Kak Chik supaya bersedia dengan telefon sebab nak buat siaran langsung dari kedai. Gigihlah hampar tudung dan ambil gambar dan hantar melalui WhatsApp sebab nak tunjuk corak dan warna. Gigih aku fikir nak samakan dengan warna apa untuk bagi gambaran yang hampir tepat; tu yang sampai keluar coklat Nescafe, coklat kek batik bagai. Hahahaha...

Sejak kempen memaksa diri berjimat bermula, aku dah tak layan kedai tudung online sangat sebab harganya lebih mahal berbanding harga di kedai tudung yang mudah untuk dikunjungi. Beza sampai sepuluh hengget untuk sesetengah jenis! Makanya lepas ni beli jelah dekat kedai; lebih jimat dan puas hati sebab dapat belek barangnya sebelum beli.

Nak Masak atau Pegi Param?

Hari pertama puasa ramadhan untuk aku tahun ni adalah semalam, anak bulan muncul lambat sikit. Hehehe... Walaupun aku tak puasa satu ramadhan tu, rasa macam puasa juga sebab takkan nak minum air atau kunyah biskut depan orang puasa kan?
Air kotak percuma beserta bahulu orang kahwin

Pagi-pagi dah dapat rezeki dua kotak air kotak dari bos besar. Lepas tu ada yang bagi bahulu dan paling win, popia nestum yang ditempah untuk raya dah sampai depan mata. Satu balang dah tinggal separuh, aku rasa memang tak sempat sampai raya.

Popia nestum sedap sebab tak manis sangat

Tahun ni dapat balik pukul 4.30 sebab waktu rehat potong jadi 30 minit je makanya tak perlulah aku terpacak depan punch card pukul 5 tepat setiap hari Isnin sebab nak berkejar ke tempat tuisyen pulak. Bulan puasa tuisyen mula pukul 5 jadi kalau balik pukul 5 memang aku tak sempat mengajar penuh.

Kelmarin semangat je punch card awal dan terus halakan Taejang ke tempat tuisyen. Sampai sana, tak nampak pulak kereta bos; rasa pelik juga. Dah turun kereta, siap dah nak angkut beg segala ni, tiba-tiba baru teringat yang hari Isnin tu cuti sempena 1 ramadhan. Hahahahampeh... Nasib baik belum daki tangga lagi, kalau tak memang loser kuasa dua.

Tak ada tuisyen, teruslah pergi melawat param Kanchong sebab teringat-ingat nasi kerabu. Waktu pergi tu awal lagi jadi masih belum ramai, seronoklah nak jalan. Lepas tu balik rumah tapi Abang Paiz ajak pergi param lain pulak. Sudahnya, dari Banting pusing ke Kelanang sampai ke Sg. Lang ukur jalan.

Semalam aku tak singgah param, balik rumah buat jompot je lepas tu buat sambal ikan bilis hitam + kentang. Makan dengan nasi panas, renjis kicap. Sedap hoi! Hari ni ingat nak masak pasta tapi tengok dulu kot sebab macam banyak pulak urusannya ni. Korang pergi param ke masak je?

Monday, 6 June 2016

Selamat Berpuasa Semua


6 Jun 2016 merupakan 1 Ramadhan 1437; makanya, diucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Niat puasa jangan lupa dan jangan niat nak kurus. Kalau kurus tu bonus.

Rasanya dah ramai kot yang kongsi tips sahur Kevin Zahri, tapi aku nak letak juga dekat sini. Sahur ni biasanya tak bersungguh sangat pun kan? Paling senang minum air kosong dengan makan tamar aje. Tapi ada masa bertambah-tambah nasi pulaknya. Hehehe...

Kalau aku, wajib minum kopi waktu sahur tu sebab kalau tak, seharian melepek sebab sakit kepala. Dah jadi kemestian untuk minum kopi setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Bila nampak muka aku macam nak makan orang tu, maksudnya tak terbangun sahur la tu atau tak sempat buat kopi. Nak minum kopi pun ambil masa juga sebab kopi aku kan tak ada gula, jadi memang lambat sikitlah nak perhabis tu. Sekian, semoga ibadah puasa kita diterima dan bermanfaat.

Friday, 3 June 2016

Penang 2016: Hotel Chariton Butterworth

Sebelum terlupa banyak benda, marilah mengarang satu entri Cuti-cuti Malaysia Pulau Pinang. Penceritaan dimulakan dengan tempat tinggal untuk malam pertama. Asalnya dah cari hotel dalam pulau sebab memang nak ronda dalam pulau je; kemudiannya pada saat akhir Mada cakap terpaksa batal cuti sebab bos besar datang Malaysia.

Maka rancangan pun berubah. Aku dengan Aten teruskan perjalanan seperti yang dirancang manakala Mada akan bertolak dari KL selepas habis kerja. Memandangkan Mada akan tiba di Pulau Pinang dengan ETS, maka kenalah cari hotel yang berdekatan dengan stesen kereta api. Sebab pertama, ETS akan sampai pada lewat malam dan kami berdua perlu keluar untuk menjemput; agak bahaya untuk dua orang perempuan bersendirian di tempat asing. Keduanya, kami tak biasa dengan jalan di sana jadi wajiblah cari tempat yang paling hampir dengan stesen.
Bangunan hotel

Alhamdulillah, memilih hotel ini adalah satu pilihan yang sangat tepat kerana lokasinya yang strategik dan juga harganya yang sangat berbaloi dengan apa yang kami dapat. Lokasi hotel ni terletak bertentangan dengan JPAM Pulau Pinang dan berdekatan dengan dermaga. Macam biasa, aku tempah guna booking.com dan dapatlah harga RM130 termasuk cukai untuk satu malam.

Kami daftar masuk agak lambat juga sebab pergi Bukit Bendera dulu baru patah balik ke seberang. Waktu mendaftar, cuma bagi nombor tempahan dan buat bayaran serta deposit. Aku rasa hotel ni agak selamat dan terjaga sebab dia minta sekali nombor kenderaan waktu mendaftar tu. Selesai semua, terus masuk bilik, menjakun sekejap ambil gambar bilik, menggodek tv untuk cucuk pendrive, dan buka bungkusan nasi. Lapar wei! Dari pagi Cuma makan roti.

Tempat tv, meja solek, dan almari

Sofa sudut yang jadi tempat letak beg

Sambil makan nasi kandar, sambil layan Yoo Si Jin...aauuww

Untuk hotel ni, aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Biliknya agak luas dan selesa. Nak solat pun tak adalah bontot terlanggar dinding waktu rukuk. TV LCD siap boleh cucuk USB makanya bolehlah kami buat aktiviti tetap dan berpencen bila bercuti bersama iaitu layan drama Korea berjemaah. Ada kelengkapan untuk buat teh dan juga air mineral percuma.
Cawan untuk kopi dan teh beserta cerek elektrik

Ayaq mineral percuma

Bilik air yang agak luas

Sabun dan syampu yang wanngggiii

Tandasnya pun luas dan ada hos dan yang paling win adalah sabun dan syampu hotel ni wangiiii, tak macam hotel-hotel lain. Satu lagi yang best adalah sorang dapat dua biji bantal. Setakat ni tak pernah lagi jumpa hotel kategori bajet yang bagi dua biji bantal yang gebu dan lembut kecuali Chariton ni; cuma tilam dia keras sikitlah.
Satu katil bujang dan satu katil kelamin..tilam dia tak berapa nak empuk tapi bolehlah..


Waktu tempah, aku pilih bilik dengan pemandangan laut. Ingatkan memang tepi laut betul, rupanya tak adalah dekat sangat pun. Belakang hotel ada rumah dan lepas tu ada lebuhraya. Tapi boleh Nampak laut dan pemandangan waktu malam sangat cantik sebab lampu-lampu dari dermaga tu meriah.
Pemandangan waktu matahari nak terbenam; pemandangan malam tak jumpa pulak gambarnya..ada ambik kan Ten?

Pagi esoknya bangun pagi seret kaki turun dari katil sebab tak cukup tidur. Hahaha... Lepas solat tidur balik tapi tak lama tu tiba-tiba tak ada elektrik pulak. Cuak dah ni sebab takut kerana seterika, suis utama tendang. Waktu blackout kejap tu memang Aten tengah gosok baju pakai seterika antik aku. Telefon kaunter dan minta orang datang tengok. 

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Akhirnya kitorang berani takut-takut berani tengok suis utama dan tolak mana-mana yang patut. Alhamdulillah, menyala balik semua. Cepat-cepat gosok baju dan teruslah bersiap. Dalam pukul 9 lebih kitorang daftar keluar dan cari makan. Yang tu nanti entri lain. Tata...
Babai Chariton Hotel

Wednesday, 1 June 2016

Drama Korea: Scholar Who Walks The Night

Annyeong! Bertemu lagi dalam siri ulasan drama Korea bersama Cik Fara. Selepas sekian lama cari drama saguk yang pelakonnya sedap mata memandang dan tak begitu panjang, akhirnya aku pilih drama ni untuk lepas gian drama saguk.

Drama ni tak panjang sangat, cuma 20 episod. Bila kata drama yang berlatarmasa Joseon, wajiblah jalan cerita mengenai perebutan takhta dan kuasa diantara keluarga diraja mahupun pembesar istana. Drama ni pun lebih kurang macam tu cuma ada temberang sikitlah. Drama katanya kan?

Kebanyakan pelakon drama ni adalah pelakon yang biasa berlakon drama saguk dengan taukenya, Lee Jun Ki yang semedang je muka dia kalau drama saguk. Joseon Gunman dia jadi hero, Arang and the Magistrate dia jadi hero, Iljimae pun dia jugak. Lee Yoo Bi pulak sebelum ni dia berlakon jadi Chung Jo dalam Gu Family Book. Dalam drama ni, Changmin pun ada. Kenal Changmin ni waktu tengok Running Man episod 27.

Genre cerita ni adalah misteri, fantasi, cinta dan air mata. Gituu.. Semua ada haa. Dalam drama ni ada pontianak, tapi pontianak versi belah sanalah, bukan versi Melayu. Senang cerita, panggil vampire jelah ek. Vampire mesti hensem kan? Hero dalam drama ini adalah seorang (?) vampire yang dilakonkan oleh Lee Jun Ki dan heroin adalah Lee Yoo Bi

Heroin, Lee Yoo Bi


Cerita ni mengisahkan tentang kuasa besar disebalik Maharaja yang memerintah iaitu vampire jahat nama Gwi. Setiap maharaja perlu tunduk dengan kehendak Gwi supaya kedudukan mereka terjamin. Kalau membantah, kena bunuh. Drama ni terbahagi kepada dua bahagian; bahagian 120 tahun lampau dan bahagian selepas 120. Senang cerita, sebelum Lee Jun Ki jadi vampire dan selepas Lee Jun Ki hidup sebagai vampire.

Kim Sung Yeol(Lee Jun Ki) ni adalah kawan baik kepada Putera Mahkota Junghyun dan juga salah seorang professor dekat satu universiti. Putera Junghyun ni adalah satu-satunya bakal maharaja yang tak nak tunduk pada Gwi dan dia cuba cari jalan nak hapuskan Gwi. Malangnya, sebaik saja dia selesai tulis cara-cara nak hapuskan Gwi dalam buku catatan peribadi dia, Gwi dapat tahu dan terus kena bunuh.

Gwi

Dalam masa yang sama, Kim Sung Yeol ni pulak kena gigit dengan guardian vampire dan bertukarlah dia jadi vampire tapi vampire baik. Dia ni baik sebab tak akan membunuh orang sewenang-wenangnya untuk hisap darah; selalunya dia akan hisap darah haiwan jelah. Satu kelebihan guardian vampire ni adalah dia kebal pada matahari; maknanya dia boleh bergerak pada waktu siang, tak macam vampire biasa.

Kim Sung Yeol selepas jadi vampire

Lepas bertukar jadi guardian vampire, tujuan hidup dia adalah nak hapuskan Gwi dengan cara mencari buku catatan peribadi Putera Junghyun yang hilang. 120 tahun lepas tu barulah cerita sebenar bermula. Waktu ni dia jumpa heroin, Jo Yang Sun yang hidup sebagai lelaki dan menjadi penjual buku. Kim Sung Yeol ni dapatkan bantuan Yang Sun untuk cari buku yang dimaksudkan. Maka, bermulalah ceritanya...

Changmin yang memegang watak sebagai Putera Lee Yoon

Pakcik ni pernah berlakon dalam Arang jugak sebagai Grim Reaper; dalam drama ni dia jadi pemburu vampire yang berjaya

Drama ni walaupun macam lembap, tapi ada unsur-unsur suspend yang membuatkan kau nak tengok sambungan dia walaupun macam nak terus tengok episod akhir. Hahahaha... Kalau nak tahu kenapa heroin hidup sebagai lelaki dan adalah hero berjaya menjumpai buku catatan tu dan apa kaitan Changmin dengan heroin, kenalah tengok drama ni. Tapi satu je nak cakap, pengakhiran dia hampeh macam drama Faith jugak. Pebendalah tetiba je dah habis? Tunjuk la kesudahan yang menggembirakan sikit. Ini macam, eh, dah habis? Macam tu je?

Sama jugalah macam ulasan drama ni, tetiba je tak ada isi kan? Hehehehe... Alangkan baru cerita tak sampai suku drama pun dah panjang macam ni, kalau aku cerita sikit-sikit isi drama dia mestilah jadi novel karang entri ni. Korang pergi tengok sendiri jelah ye.

Tiba-tiba Je

Hari pertama untuk bulan Jun, terasa memanggil-manggil nak menaip. Makanya, hari ni nak catatkan satu lagi keputusan besar yang dibuat secara tiba-tiba. Memang tiba-tiba sangat. Mula-mula main bajet-bajet je, lepas tu main-main buat tempahan penginapan. Dan tiba-tiba dah terbeli tiket kapal terbang? Eh? Nak gelak ke nak nangis? Biar betul ni? Huhuhahaha...

Perancangan ni masih lagi peringkat rahsia, cuma mereka yang terlibat je tahu; orang-orang sekeliling pun tak tahu lagi jadi yang dah terbaca entri ni dan berada di sekeliling saya, diam-diam jelah ye.

Asalnya rancang nak berjalan jauh ni tahun depan sebab macam tak mampu je nak kumpul duit sebab baru je selesaikan masalah dengan PTPTPTEPISANA! awal tahun ni. Tapiiii, hasutan Geng Bilik Prep ni lain macam dia punya aura. Masing-masing melayan perasaan, terus buat keputusan nak pergi juga tahun ni dan terus tengok apape yang patut. Satu lagi sebabnya adalah kitorang dah mulakan kutu Geng Bilik Prep dari awal tahun ni tanpa tujuan, jadi inilah dia tujuan hakikinya.

Maka pada 19 Mei lepas selamatlah beli tiket. Tong tong la pakai kad kredit yang ada kad. Aku tolong beli untuk Radin. Memang gila ah decide nak beli on the spot! Sejuk tangan hoi sepanjang membeli tu. Siap pakej menggigil sebab sebelum ni urusan beli tiket orang lain yang buat. Alhamdulillah selesai bab tiket.

Penginapan pulak awal-awal dah tempah. Orang beli tiket dulu baru tempah penginapan, ni pergi tempah penginapan dulu. Pe cer? Hahaha... Aku guna genius status dan tempah melalui booking.com. Dapatlah diskaun 10% daripada harga asal. Setakat ini, itulah dia yang dah selesai.

Ya Allah, permudahkanlah urusan percutian dan perancangan Cik Farah dan Geng Bilik Prep.