Engagement Fund ;)

Friday, 20 January 2017

Kunjungan ke Me'nate Bangi

Sebelum ni, ada satu isu besar yang membuatkan nama restoran ni terkenal. Sesiapa yang tak tahu, sila dapatkan bantuan Pakcik Google okey? Kisahnya, balik dari Halfest tu nak cari tempat makan yang ada nasi sebab perut orang tua tak sama dengan orang muda; Abah mesti nak kena makan nasi juga.

Fikir punya fikir, Abang Paiz cakap jomlah ke Me'nate. Ada menu nasi katanya. Katanya. Tapi bila sampai, nan hado. Hahahahayok! Pilihan menu semua tekak Barat, nasi tak ada. Waktu ramadhan je dia ada menu nasi. Selepas sedikit sesi penerangan, Abah okey je makan pasta maka di situlah makan tengah hari kami.

Aku dengan Abang Paiz makan stik tapi yang pilih daging semua orang yang belanja uruskan. Aku manalah pandai nak pilih bila tiba-tiba je kata nak makan stik. Benda tak biasa buat kan? Daging untuk stik kena pilih sendiri. Tapi jangan risau terlebih bajet sebab dekat bungkusan daging tu dah ada harga siap-siap. Kalau tak berapa nak mahir tentang bahagian daging mana paling sedap untuk stik pun jangan risau sebab staf Me'nate ni sedia membantu.
Tengah pilih daging. Staf yang depan Abang Paiz tu sangat membantu.

Pemandangan kaunter dari tempat duduk kami.

Hari tu, orang yang belanja tu pilihkan Wagyu untuk aku dan untuk dia, Angus. Macam tak tertelan je nak makan stik sampai seratus lebih sekeping tapi sebab orang bagi, ambil jelah kan? Rezeki. Hehehe.. Terima kasih daun keladi, semoga bertambah-tambah rezeki. Selain daging lembu, ada juga pilihan daging biri-biri.

Konsep makan stik dekat sini adalah, bayar harga daging je. Hidangan sampingan adalah percuma dan air pula boleh minum sampai kembung, boleh pilih nak air apa atau nak minum semua sekali. Tapi lepas tu potong kaki la sebab air manis semua. Hehehe.. Hidangan sampingan tu ada kentang lenyek dengan sayur-sayuran yang gu dengan stik macam asparagus, brokoli dan juga lobak merah. Kentang lenyek dia sedap!

Aglio olio Abah punya.

Wagyu

Wagyu lagi.

Wagyu lagi, dari jarak dekat. Gambar dia banyak sebab dia mahal lepas tu sedap.

Lepas kena 'belah'. Memang lembut berjus daging dia. Walaupun potongan dagingnya tak berapa nak besar dan tak ada nasi, tapi habis makan je perut penuh macam makan nasi kukus ayam suku. Hahaha.. Perut Jawa kan, perbandingan pun mesti kena dengan nasi berlauk.

Pilihan kuah pencicah stik ada tiga; cendawan, lada hitam dan bawang putih (rasanya). Kuah pencicah? Macam nak makan keropok lekor pulak. Orang Jawa panggil gravy. Cara masakan pula boleh pilih dari rare sampai well done. Lagi sekali, kalau tak berapa nak tahu, boleh tanya je dekat staf yang layan korang. InshaAllah mereka sedia membantu.

Angus.

Angus dari jarak dekat. Rupa lepas kena belah tak ada sebab ini pinggan orang lain. Pun sedap juga!

Selepas. Licin pinggan masing-masing. Tak baik membazir.

Dah habis makan, silalah ke kaunter untuk buat bayaran. Dekat kaunter tu juga ada borang maklum balas kalau korang rajin nak isi untuk mereka tambah baik servis atau mengucapkan terima kasih atas servis yang diberikan. Para pelayan semua terbaik, muka senyum dan peramah masing-masing. Cuma yang jaga kaunter tu kena baiki lagi gred perkhidmatan sebab tak pandang muka pelanggan sebaik saja selesai bagi baki duit. Keseluruhannya, servis terbaik dan rasanya dah tentulah sedap. Bertambah sedap sebab orang belanja. Hahaha.. InshaAllah ada rezeki lebih, boleh ke sini lagi. Kalau ada nasi dalam menu pun cantik juga sebab tak adalah rasa bersalah nak bawa Abah datang makan tempat mahal.

Jumlah keseluruhan untuk yang baru pertama kali nak pergi buat rujukan dari segi bajet. Inilah pertama kali aku makan stik daging yang betul-betul punya stik dan mahal. Nasib orang belanja je ni, kalau sendiri bayar, fikir banyak kali juga. Tapi kalau sesekali nak rasa, okey kot.

No comments: