Engagement Fund ;)

Friday, 20 January 2017

Penang 2016: Moga Berjumpa Lagi, Pulau Mutiara!

Lama betul nak jumpa penghujung jalan cerita bercuti ke Pulau Pinang, hampir setahun yang lalu. Patutnya nak habiskan menaip sebelum habis 2016, tapi tak tertaip. Sempena masuk tahun baru ni, marilah sudahkan catatan perjalanan di Pulau Mutiara ni.

Sebenarnya kami pilih tarikh untuk ke sana sebab sekali jalan dengan kenduri kahwin salah seorang rakan sepejabat Aten di Taiping. Kiranya, balik dari Penang, terus singgah Taiping. Pagi Ahad masing-masing bangun tidur dan seret kaki nak ke bilik air sebab habis sakit satu badan dan kaki lenguh sebab semalamnya berjalan tak ingat dunia. Sempat jugalah menikmati keindahan alam lepas solat subuh tu. Memang tenang dan cantik sangat suasana dari balkoni bilik kami.

Pemandangan sebaik saja selesai solat subuh

Ini waktu dah cerah sikit


Selain tu, pagi tu juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu sebab ada breakfast buffet. Yeay! Cik Fara dan makan, memang berpisah tiada lagi-lagi breakfast buffet hotel. Hahaha.. Makanan boleh tahan banyak variasi tapi sebab orang terlalu ramai, tak dapatlah nak makan santai-santai sangat. Tapi banyak pusingan juga. Hehehe..

Salah satu pusingan.

Habis makan, ingat nak nak turun jalan-jalan pergi pantai tapi sebab diorang semua tak nak, tak jadilah turun. Terus naik bilik untuk kemas-kemas sebelum check out. Rancangan asal nak gerak awal sikit tapi sebab masing-masing macam tak puas golek-golek dekat bilik cantik dan best tu, dah tengah hari juga baru kami keluar.

Waktu nak check out, ramai juga orang nak check out sampai terpaksa tunggu lama untuk concierge datang tolong angkat barang. Barang kitorang memang banyak gila sebab waktu borong jeruk, masing-masing tak ingat dunia. Hahaha.. Itu pun tak cukup lagi tu sebab dari hotel, terus pergi dekat salah satu cawangan Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Sungai Nibong kalau tak silap.

Sementara tunggu concierge staff, mari bergambar dulu depan cermin. Bilik ni serius best sebab ada banyak cermin besar. Tak payah berebut waktu nak pakai tudung; boleh ambil tempat sorang satu.


Staff concierge yang ramah dan baik. Tak bagi langsung kitorang angkat barang yang ada tapi kitorang angkat je sebab takat nak pindahkan dari troli masuk bonet kereta je pun. Memang terbaik pakcik ni!

Tempat dia dekat kawasan perumahan dan memang terletak satu deret dengan rumah-rumah. Nak cari tempat ni pun tak susah rasanya sebab tepi jalan besar je. Guna Waze pun boleh sampai tapi dengan syarat bukan aku la yang kena tengok peta Waze tu sebab sahih pergi tempat lain kang. Hehehe.. Kalau kena pandu ikut arahan, inshaAllah tak ada hal tapi kalau bab kena tengok Waze, memang tak boleh harap sebab aku selalu guna Google Map je.

Okey, bakul sorang satu

Kaunter bayaran. Yang balang tu adalah bekas letak jeruk. Boleh beli juga kalau nak. Yang dalam bakul tu pula adalah kuah rojak dalam paket kecil. Sedap!

Kawasan pembungkusan. Kalau dekat rak tak cukup, boleh pergi dekat situ tanya jeruk yang mana dia tengah bungkus.

Pemandangan dari pintu masuk

Antara rak yang ada. Bukan jeruk je ada dekat sini, tapi segala macam produk keluaran pengusaha di Pulau Pinang dan Keda ada dijual di sini seperti ikan pekasam dan juga kuah rojak Mak Bee.

Wefie dulu sebelum balik.

Habis memborong, teruslah kami menuju ke jambatan kedua untuk pulang. Alhamdulillah cuaca cantik dan perjalanan pun lancar je sampailah kami tiba di Taiping. Dekat Taiping ada juga sesat beberapa kali sebelum sampai ke rumah pengantin. Waktu sampai pun dah lewat dan orang dah lipat meja pun. Hehehe.. Alhamdulillah Aten sempat jumpa pengantin.


Jambatan Kedua Pulau Pinang

Dari rumah pengantin, terus gerak ke AEON yang sayup-sayup kelihatan sebab nak beli apa, pun aku dah lupa. Hahahaha.. Ke sebab nak pergi tandas ek? Lupa dah. Tapi yang pasti, dekat situlah kali pertama beli dan rasa kopi Starbuck. Seumur hidup ni, itulah kali pertama minum kopi mahal yang ada nama. Komen? Tak kena dengan selera sebab mungkin salah pilih kot. Yelah, kemain panjang berjela cara nak pesan tu, pertama kali pulak tu, teruslah pilih entah apa-apa. Ke sebab aku dah biasa minum kopi o kosong? Bila minum yang manis, rasa muak. Tapi habis jugalah sebab dah beli kan?

Tuan Tanah dan kopi mahal tak ingat perasa.

Selesai urusan di AEON, teruslah keluar semula ke lebuhraya untuk pulang ke rumah. Sebelum tu ada berhenti dekat satu hentian untuk solat kalau tak silap dan tukar pemandu. Dari hentian tu sampai ke hentian Tapah, Aten yang memandu. Dalam perjalanan ke hentian Tapah, ada berlaku kesesakan yang agak panjang juga. Merangkak-rangkak sampailah dekat hentian Tapah.

Kalau ikutkan, hentian Tapah adalah hentian kesukaan sebab ada banyak makanan sedap. Tapi waktu tu, orang terlalu ramai sampai tak ada mood nak tengok makanan. Kami solat jamak maghrib isya dan makan malam. Sebelum pulang, sempatlah juga beli buah-buahan untuk kunyah-kunyah dalam kereta. Rancangannya, beli buah lepas tu cicah dengan kuah pencicah yang beli dekat Jeruk Madu Pak Ali tadi. Layaaann. Sepanjang jalan ke rumah Mada, trafik lancar je.

Bila trafik lancar, perut kenyang dan senang hati, mulalah nak berkaraoke ikut lagu di radio sambil mengimbau kisah-kisah lalu. Keseronokan mengembara dengan Geng Bilik Prep, inilah dia. Waktu nak jadi 'senget', memang senget habis. Kahkahkah... Lepas hantar Mada, terus pecut balik Banting dengan mata yang tahan mengantuk. Waktu ni aku yang ambil alih memandu semula. Alhamdulillah tiba di rumah dengan selamat. Itulah dia pengakhiran kisah percutian domestik tahunan Geng Bilik Prep. Jadi, tahun ni nak pergi mana?

No comments: