Engagement Fund ;)

Saturday, 21 January 2017

SAN 2016 - Episod 17: Pulau Nami, Aku Datang Lagi!

Akhirnya, cerita Percutian Geng Bilik Prep ni dah masuk separuh masa yang kedua. Dek kerana Korea juga bercuti umum pada hari Isnin, rancangan ke Pulau Nami terus dianjak ke hari yang kelima. Konsep perjalanan kami adalah berselang seli lokasi jauh dan dekat. Pagi tu, pukul 7.30 dah keluar rumah sebab lokasi jauh.

Dari Hyehwa, kami terus naik subway untuk ke Stesen Cheongnyangni sebab tak payah tukar-tukar laluan dah. Nak ke Pulau Nami dari Seoul ada dua cara, satu berlepas dari Cheongnyangni dan satu lagi berlepas dari Yongsan. Nak naik bas pun ada juga tapi tambangnya lebih mahal selepas kami kira-kira sebab asalnya nak naik bas. Bila melancong dengan konsep sederhana bajet ni, selagi boleh jimat kita jimat walaupuuunnn. Hahahaha..

Memandangkan kami sampai di Stesen Cheongnyangni melalui subway, maka memang tak naik ke permukaan pun. Beli tiket semua dari mesin layan diri. Sepanjang pengalaman melancong di Seoul, alhamdulillah kami ditemukan dengan orang-orang yang baik dan ramah tidak kiralah penduduk tempatan mahupun kakitangan di tempat-tempat yang kami pergi. Hari kelima ni ada tragedi juga tapi tidaklah begitu menakutkan, cuma kami mengalami kerugian.

Kalau nak ke Nami, kena turun di Stesen Gapyeong jadi bila tengok dekat sistem, pilih Gapyeong sebagai lokasi. Paling penting, sebelum berlepas ke Gapyeong, pastikan korang sentuhkan kad T-Money pada satu mesin yang diletakkan bersebelahan dengan mesin tiket layan diri sebabnya nak bagi tahu yang kita tak keluar dari stesen sebab transit ke tempat lain, bukannya 'berumah' dekat stesen subway tu.

Sedang membaca arahan yang ada. Terima kasihlah jurugambar tak bertauliah sebab pantas merakam saat-saat getir membeli tiket dari mesin layan diri ni.

Okey, mari pilih tempat duduk. Mada, siap-siap keluarkan duit dari sampul. Oh ye, mesin transit T-Money tu diletakkan betul-betul sebelah mesin tiket layan diri ni.

Kami tertanya-tanya juga waktu lepas beli tiket tu, ada kaitan ke mesin sebelah ni? Sebabnya tak ada arahan yang jelas. Sudahnya memang tak buat apa-apa pun dekat mesin sebelah tu, teruja beli tiket pakai mesin tiket layan diri tu je. Hehehe.. Seronok la main pilih-pilih tempat duduk dan gerabak sebab masih awal jadi masih banyak tempat duduk kosong.

Selesai beli tiket, kami terus berjalan ke platform dan sementara menanti, dapatlah aku beli air dari mesin minuman yang bersepah tu. Ni pengaruh drama kuat sangat ni sampaikan membeli air dari mesin minuman termasuk dalam agenda aku. Hahaha.. Kalau waktu ke KFV aku beli air kopi tin sejuk, kali ni beli air kopi panas. Satu lagi yang buat teruja adalah bila boleh faham apa yang tertulis dekan butang-butang pada mesin minuman tu.

Menu yang tertera. Siapa boleh baca dan faham, seeeppp! Ada kopi o kosong, kopi o, kopi susu dan ada teh juga kalau tak silap. Harga 300 Won dengan 400 Won tu adalah kuantitinya; kalau yang 300 Won tu dapat separuh cawan je. Bolehlah, buat ubat a cup of coffee a day, chase the headache away. Gituuu.. Kopi dia pekat, kaw punya!

Berlakon untuk tujuan pengambaran. Hahaha..

Muka gembira sebab dapat beli kopi dari mesin layan diri. Hahaha.. #mudahterhibur

Sebelum masuk dalam gerabak, Mada cakap; "Sazoh, ni syarikat keretapi Train to Busan ni." Buat seketika, topik perbualan adalah tentang zombie dan filem tu. Bila keretapi sampai, kami masuk dan tercari-cari tempat duduk. Boleh tengok dekat tiket nombor tempat duduk dan nombor gerabak tu. Walaupun tak berapa nak jauh perjalanan ke Gapyeong, gedik juga beli makanan dari troli. Hehehehe... Beli jajan je pun, buat syarat merasa beli makanan dalam keretapi. Dah makan dan minum, nak pergi tandas pula. Canggih juga tandas dalam keretapi ITX ni. Perjalanan mengambil masa kira-kira 50 minit dan sebelum keluar dari stesen, tiket keretapi tadi dikutip semula. Jadi, sila ambil gambar siap-siap untuk kenangan.

Tiket pergi. Gerabak nombor 1, kerusi nombor 3D.

Kereta api gerak je, sawan kamera bermula. Letak sekeping cukup.

Okey, waktu ni dah malas nak layan kamera.

Antara pemandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan ke Gapyeong. Boleh nampak rumah-rumah ala-ala kampung dan kawasan bercucuk tanam juga.

Ada gunung-ganang, tasik pun ada. Kubur pun ada.

Keluar dari Stesen Gapyeong, kami terus melintas untuk ke perhentian bas sebab kononnya nak naik bas je sebab macam jimat. Sementara tunggu bas datang, sempatlah bergambar dengan jaket sebab cuaca masih sejuk lagi. Tunggu punya tunggu, tak nampak bayang bas yang sepatutnya. Akhirnya, kami putuskan untuk naik teksi saja. Sebenarnya, naik teksi lebih jimat kalau memang korang nak ke Nami sahaja dan lebih cepat sebab memang ada banyak teksi dekat luar stesen tu. Disebabkan kami berlima, maka kami ambil dua teksi. Teksi ikut meter tak silap dan tambang dari stesen ke jeti Nami adalah dalam 3600 Won untuk teksi aku dan Aten dan 3700 Won untuk teksi Hani, Radin dan Mada. Kira 4000 Won la untuk satu teksi.

Dah macam artis pula si Radin ni, ada orang ambil gambar dia turun dari kereta. 

Nak pergi ke pulau ada dua cara, satu naik feri dan satu lagi naik zip wire. Kalau nak jimat, naik feri jelah sebab tambangnya cuma 8000 Won untuk pelancong asing. Perjalanan dari daratan ke pulau cuma 10 minit je dan paling seronok bila datang awal ni, orang masih belum ramai. Kami sampai di pulau kira-kira jam 9.55 pagi. Dari pintu masuk, teruskan berjalan ke bahagian tengah pulau sebab dekat situ boleh sewa basikal dan jimatlah masa nak pusing pulau. Sebelum nak sampai tu, ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Nah, layan cerita bergambar.
Orang salji simen ni memang bersepah dekat Pulau Nami. Yang ini terletak di pintu masuk ke pulau, berdekatan tempat turun dari feri.

Ayuh mara ke depan! Nampak lengang lagi kan? Kalau dah tengah hari ni, tak dapek nak lengang macam ni.

Salah satu tarikan untuk bergambar, orang salji simen dengan baju tradisi yang mewakili Malaysia.

Salah satu landskap yang ada.

Kalau tak silap, ini dah sampai dekat bahagian tengah pulau. Belakang kedai cenderahati ni adalah tempat sewa basikal.

Sampai di Nami, wajib bergambar di laluan ni. Waktu masih pagi, sejuk lagi. Merasalah sarung jaket.

Dialog asas dari negara-negara berbeza. Malaysia pun ado!

Kami.

Ala-ala hindustan katanya, bergambar di celah-celah pokok.

Sampai dekat tempat sewa basikal, masih bersusun-susun lagi basikal dan tak ada orang pun. Kalau dua tahun lepas warna basikal di Nami adalah kuning, tahun ini semua basikal di sini telah ditukar baru dan ada pelbagai warna. Basikal pun ada jenis-jenis tapi kami ambil basikal biasa je sebab senang nak kayuh. Sewaan pula mengikut jam dan jenis basikal; kalau basikal biasa ni cajnya adalah 7000 Won untuk sejam. Disebabkan kami bertukar rancangan untuk naik keretapi dari Seoul, maka duit dalam sampul ajaib mampu menampung kos sewa basikal. Alhamdulillah, memang terasa seperti percutian yang ditaja walaupuuunn. Hahaha...
Kami dan basikal, sebelum memulakan kayuhan ke sekeliling pulau.

Dekat pulau ni pun ada tragedi juga. Banyak sangat tragedi kau ni Farah oi, takut orang nak berjalan dengan kau nanti. Hahaha.. Geng Bilik Prep je setakat ni yang kebal dan bersedia menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini. Cerita keliling pulau dan tragedi Pulau Nami sambung entri lain. Daaaa...

No comments: