Engagement Fund ;)

Thursday, 23 February 2017

Berderet Drama Saguk

Annyeong! Dah lama tak borak-borak pasal drama Korea kan? Hari tu lama juga berhenti marathon drama sebab macam dah tepu sangat. Ada beberapa drama yang orang kata wajib tengok, aku bo layan je sebab memang tak ada mood nak tengok. Baru-baru ni mula balik marathon. Mula-mula haritu ulang tengok Medical Top Team sebab rindu dekat Kwon Sang Woo. Eh?😍😍😍

Tapinya, tengok separuh jalan je sebab tak sanggup nak tengok politik hospital yang mengalahkan politik pejabat. Lepas tu tengok Goblin sebab sana sini orang cerita pasal Goblin sampai Abang aku pun suruh letak dalam pendrive yang memang tercucuk dekat tv nun. Hahahaha.. Terpengaruh jugalah tu. Okeylah cerita Goblin tapi tak ada withdrawal syndrome yang dahsyat pun macam beberapa drama sebelum ni, biasa-biasa je. OST dia pun macam tak ada yang tersangkut sebab tak cari langsung pun.

Habis Goblin, layan Hwarang pula. Episod satu dengan dua boleh tahan best la, jalan cerita dia cepat berkembang. Tapi bila dah makin banyak episod, jalan cerita dah mula lembab dan akhirnya aku berhenti dekat pertengahan episod 9. Tak boleh pergi dah. Lepas tu cuba muat turun drama lain. Sambil-sambil tengok sementara tunggu Weighlifting Fairy Kim Bok Joo. Kak Chik pun boleh tahan dah sekarang dia punya marathon drama Korea. Ni sebab Kak Chik dengan Aten la ni cakap Kim Bok Joo tu best, terus aku marathon. Memang best pun. Jalan cerita dia ringan dan cepat berkembang, tak meleweh macam Hwarang. Dan hero dengan heroin comel! Bercinta tapi tak gedik. Tiba-tiba nak terminat dengan Nam Joo Hyuk.

Hwarang. Sebenarnya tak gemar sangat dengan hero dan heroin dia, tu mungkin jadi faktor aku berhenti sekerat jalan. Nasib baik ada Choi Min Ho, gigih jugalah tengok sampai sekerat.

Lee Sung Kyung dengan Nam Joo Hyuk memang sepadan sangat dalam drama ni. What?! Swag.. Hahaha.. Dua perkataan yang berjaya dikutip. Sebab tengok drama ni jugalah, teringin nak makan ayam goreng macam dekat Bok Chicken. Esok nak pergi cari ayam singgitlah! Murah banyak berbanding KFC.

Sekarang tengah layan drama yang sedang ditayangkan di Korea secara runcit. Ada tiga drama yang sangkut: Introverted Boss, Voice, dengan Saimdang. Introverted Boss sebab hero dia kelakar, Yeon Woo Jin. Setakat ni okeylah, boleh terima. Jalan cerita santai tapi geram dengan kawan baik hero. Voice tu marathon sampai episod 5 dah. Cerita dia ala-ala Criminal Minds; boleh tahan ngeri jugalah jenayah-jenayah yang dipaparkan hingga membuatkan jantung berdegup kencang. Hero dia Jang Hyuk pulak, memang layan la.
Tak sabar nak tunggu episod akhir sebab nak tahu siapa pesalah yang disembunyikan pihak atasan tu. Drama dekat Malaysia tak boleh ke buat macam drama-drama Korea yang gini? Asyik drama gedik-gedik je, sesekali cubalah buat drama aksi yang berisi macam ni.

Seterusnya, Saimdang. Dapat tahu drama ni dari IG pelakon drama W, dia letak video sidang akhbar. Terus laju-laju tunggu episod satu keluar dan muat turun. Tapi tak terus tengok pun sebab memang nak kumpul banyak episod dulu baru mula tengok. Setakat ni berhenti dekat episod 2 dan jalan cerita tak lembab dan tak menggeramkan. Setakat ni. Tapi bila tengok preview episod 3, macam dah mula nak muncul konflik yang dahsyat. Takpe takpe, kita tunggu dah sampai episod belas-belas nanti baru sambung tengok. Teruja nak tengok sebab heroin dia adalah Lee Young Ae. Siapa layan Jewel in the Palace, mesti minat dekat dia. Lama juga dia tak berlakon drama dan kali ni dia berganding dengan Song Seung Hoon.

Lee Young Ae yang tetap cantik, sama macam waktu Jewel in the Palace.

Sementara nak tunggu drama-drama yang sedang ditayangkan ni habis, layan dulu Joseon Gunman. Drama ni dapat dari Mada tahun lepas tapi tak jadi tengok sebab ada episod yang tak ada sari kata. Waktu tu tak pandai lagi nak cari dekat mana, maka simpan je dulu dalam harddisk. Nasib baik juga aku tak padam terus sebab bila dah bijak hal ehwal memuat turun drama dan sari kata, jumpa sari kata lengkap. Maka, sekarang layan dulu Lee Joon Ki dengan Nam Sang Mi. Kalau rajin nanti aku buat ulasan drama-drama yang dah ditonton. Kalau tak rajin, wassalam.

Lee Joon Ki yang hensem kalau berlakon drama saguk je. Kalau berlakon drama moden tak minat dekat dia sebab macam jambu sangat penampilan dia.

Bila tengok senarai drama baru untuk tahun 2017 ni, dah kenapa sampai tiga drama saguk sekali tayang ni? Tahun lepas punyalah kena tunggu giliran nak tengok drama saguk. Tapinya, kalau nak ikut arus drama Korea ni, memang membuang masa sebab lepas satu, satu, tak habis-habis. Pandai-pandai bahagikan masa okey?

No comments: