Engagement Fund ;)

Sunday, 19 February 2017

Family Mart Dah Jadi Kedai Kegemaran

Ini cerita bulan lepas. Waktu tu memang dalam hati macam nak ajak crime partner pergi AEON Bukit Tinggi untuk teman cari buku-buku latihan untuk budak-budak tuisyen. Dalam hati jelah. Tak sempat terjemahkan hasrat dalam hati kepada bentuk mesej, crime partner dah hantar mesej dulu ajak ukur jalan sebab tengah stress. Hehehe.. Jom!

Mula-mula tuju ke Popular AEON Bukit Tinggi dulu cari buku sebab dekat situ ada banyak pilihan dan boleh dapat harga murah sikit sebab ahli. Punyalah ramai manusia dekat bahagian buku-buku sekolah. Yelah, sesi persekolahan 2017 baru bermula, jadi budak-budak sekolah pun nak beli buku baru juga. Lama juga pilih buku untuk tuisyen dan sempatlah beli novel terbaru kisah Laksamana Sunan. Kalau elaun dah masuk, memang lagi banyak buku aku borong sebab dah lama tak beli buku untuk bacaan santai.

Dari AEON, terus tujukan kereta ke KLIA 2 selepas mengambil kira beberapa faktor. Alang-alang dah keluar katanya. Sampai KLIA 2, dah lewat dan belum solat. Tapi mula-mula singgah Family Mart dulu tengok apa yang ada. Kali pertama masuk, kaut roti dengan kek beserta onigiri. Konon nak makan buat alas perut sebelum beli oden dan lepak makan dekat situ. Selesai bayar, terus naik ke surau dekat atas tempat pelepasan.
Onigiri inti salted salmon dengan grilled salmon, sorang satu. Seketul 5 hengget tak silap.

Nak sampai ke surau, kena lalu depan Mamak. Restoran mamak yang bernama Mamak. Bila perut kosong, lapar tahap gaban, aku pandang Aten, Aten pandang aku. Hahahaha... Tak kuat iman bila nampak nasi sebab belum makan nasi seharian. Tengok jam, okeylah sempat lagi nak makan sebelum solat. Masuk makan nasi dulu. Banyak-banyak kedai dekat situ, mamak jugak kau tuju?

Gigih sangat ambil gambar depan Mamak.

Pinggan Aten dan Tuan Tanah. Gambar semua ehsan dari Aten. Kumawo! Komen? Kedai mamak marhaen lagi best la nasi kari dia selain harga murah banyak berbanding Mamak KLIA 2 ni.

Habis makan, solat dulu baru turun balik ke Family Mart untuk pusingan kedua. Walaupun dah makan nasi, nak juga makan oden. Disebabkan tempat duduk terhad dan sentiasa penuh, terpaksa beli bungkus. Waktu nak bayar, dia cakap penutup mangkuk untuk tapau tu dah habis. Kitorang pun cakap, takpe jelah tak ada tutup pun. Terus cashier tu tanya; "Kerja dekat sini ke?" Hahaha.. Nampak tak, lepas kau, kau lagi yang beratur dekat kaunter tu. Kali kedua ni beli oden dengan aiskrim matcha.

Aiskrim matcha sedap! Manis dia manja-manja dan rasa matcha dia tak terlampau. 

Dua set oden; satu kuah asli, satu lagi kuah tomyam. Dua-dua sedap! Kuah perasa asli tu macam kuah eomuk dekat Hyehwa. Ada banyak juga pilihan bebola, korang baca dekat kaunter ek, ada cara-cara nak pesan.

Tuan Tanah punya, kuah asli.

Kami. Kalau keluar ngeteh, memang dengan crime partner ni jelah. Abah pun tak payah tanya dah keluar dengan siapa kalau cakap nak pergi ngeteh. Jauh ngeteh sampai KLIA 2? Hahaha..

Isi perut onigiri.

Lepas makan, singgah Jaya Grocer cari kopi sebelum balik rumah. Perut kenyang tapi perjalanan jauh kan nak sampai rumah? Harapnya sempatlah hadam sebelum masuk tidur. Hehehe.. Ini pusingan pertama ke Family Mart. Pusingan kedua boleh tunggu beberapa hari lagi, muncullah ceritanya nanti.

No comments: