Engagement Fund ;)

Wednesday, 22 February 2017

Jadi Lagi Sibuk?

Aten cakap, aku bertambah sibuk dan susah dihubungi sejak jadi cikgu tuisyen sepenuh masa ni. Bukan dari dulu ke aku susah dihubungi? Hehehe.. Bila lagi banyak duduk rumah, memang tak hairan dengan telefon pun. Kadang-kadang bos telefon pun tak perasan sebab tak perasan letak telefon dalam silent mode. Arba lagi la, cepat nau bateri dia mati. Bila tengok telefon, 17 missed cal?!. Laju-laju telefon balik kot-kot ada kecemasan ke apa. Biasanya hari yang sahih tak ada kelas, memang lagi tak kisah pun dengan telefon.

Satu lagi yang buat 'lagi sibuk' adalah jadual tidur yang tak menentu. Lagi banyak tidur siang dari tidur malam sebab tak boleh tidur ikut waktu biasa dah. Biasanya kalau dah lewat sangat, lajak sampai subuh dulu. Tu yang susah nak dihubungi kan sebab orang berjaga, aku pula tidur. Bila ada keperluan untuk berjaga waktu siang, barulah sedaya upaya jadi normal balik walaupun tak normal sangat.

Kadang sampai rumah dari tuisyen pun dah lewat sebabnya berpusing hantar budak-budak tuisyen balik. Itu tak campur masa menunggu sampai semua budak-budak selamat dijemput oleh ibu bapa atau penjaga dari tempat tuisyen. Kadang dah pukul 10.30 pun ada yang tak berjemput lagi, kena juga tunggu sebab waktu malam dan kawasan situ macam tak berapa nak selamat. Sejak ada restoran mamak ni, meriah la sikit.

Sekarang ni tengah sibuk nak siapkan fail untuk SKM dengan DKM. Bila dah dekat nak kena hantar, banyak rupanya benda nak kena lengkapkan dan selesaikan. Tak susah, tapi leceh lagi-lagi bahagian isi borang. Ingatkan boleh hantar dah borang hari ni tapi bila semak-semak balik, tak boleh nak lengkapkan lagi sebab nak kena jumpa penyelia lagi untuk semak beberapa benda. Selesai dengan fail ni, kena fokus dekat projek akhir pula. Harap dipermudahkanlah semuanya.

Untuk tuisyen pula, dah boleh sesuaikan diri dengan suasana dan kerenah budak-budak tahun 2017. Alhamdulillah, untuk sekolah menengah okey je budak-budaknya walaupun budak-budak tingkatan 3 kali ni boleh tahan banyak cakap. Cikgu subjek lain pun cakap macam tu tapi masuk kelas aku, korang nak bercakap, mari kita tukar peranan. Cikgu duduk awak bagi penerangan. Itu salah satu cara la nak kurangkan keinginan mereka bercakap selain kata-kata perli nasihat yang diberikan sepanjang kelas. Waktu awal-awal kelas dulu, terlebih pasif pulak sampai macam cakap dengan meja dan kerusi sebab bila tanya soalan, tak ada reaksi langsung.
Buku untuk WOTD tahun ni. Kali ni beli jenis ni walaupun mahal sikit dari jenis buku biasa tu sebab ni lagi tebal dan lebih senang nak selak.

Air kotak. Dekat rumah tak layan pun sangat air kotak tapi dekat tuisyen, rasa air kotak ni jadi lagi sedap bila tengok budak-budak minum. Mudah terpengaruh betul! Tapi tak adalah selalu sebab tinggi kandungan gula walaupun air ni tak rasa manis macam air kotak perisa lain.

Bulan ni dah mula kelas untuk tingkatan 2, makanya memang tak ada masa lapang langsung untuk kelas malam sebab kena ajar 2 jam berturut. Budak tingkatan 2 ni pula, terlebih rajin tanya soalan sampai aku kena siap sedia lebih untuk jawab soalan-soalan yang diajukan. Bagus bagus. Tu jelah nak cerita untuk bacaan di masa senggang di kemudian hari nanti.

No comments: