Engagement Fund ;)

Friday, 10 February 2017

MAHA 2016 Pula..

Macam biasa, cerita terkumpul yang dah cukup tempoh peraman kenalah keluar dulu sebelum tulis cerita terkini. Hajatnya nak sambung cerita dekat Korea tapi momentum nak korek catatan, pilih gambar, edit gambar dan karang cerita belum tiba walaupun dah beberapa kali buka album Percutian Geng Bilik Prep: Seoul Autumn Noob 2016. Jadinya, sambung cerita yang gambarnya dah siap editlah ye.

Lawatan ke MAHA ni dah jadi macam acara wajib pergi sejak mula kerja. Pengalaman ke MAHA pada tahun 2014 pun sudahnya tak tercatat sebab asyik bertangguh nak tulis, terus tak rajin nak tulis. Kali ni kena catat sikit untuk rujukan pada masa akan datang.

Seperti yang dimaklumi pameran pertanian terbesar di Malaysia ini diadakan setiap dua tahun sekali. Abah yang rajin ajak pun sebenarnya. Nak ke sini memang kena bertabah sebab kena jalan jauh dan bersesak dengan orang ramai. Biasanya kalau pergi pun, lebih bertumpu dekat kawasan dewan tertutup dekat kawasan MAEPS sebab boleh tengok pameran dalam dewan sejuk dan boleh membeli-belah juga. Hehehe..

Kali ni sampai dekat tapak pameran hampir jam dua petang juga. Persiapan nak ke sini sama macam persiapan nak keluar berjalan dekat Seoul. Tak layan beg tangan, terus bawa beg galas yang dah macam poket Doraemon; sumbat semua benda termasuk air masak, telekung dan payung. Payung memang wajib bawa sebab cuaca tak menentu. Pada hari kejadian, memang hujan pun dekat sana.

Sampai je terus solat zuhur dulu baru pusing-pusing kejap dekat salah dewan pameran yang ada sebelum ke tempat gerai makan untuk makan tengah hari. Selebihnya, layan jelah cerita bergambar. Ni dah muncul dah tanda-tanda malas nak menaip. Hahaha..

Pemandangan dari pintu masuk

Lepas solat, terserempak dengan bekas anak murid Abah. Berhentilah kejap bertegur sapa dan bergambar.

Nasi Itik. Nasi dia sedap wangi, bukan rasa Planta semata. Tapi itik tu macam garing sangat.

Pameran produk tempatan yang boleh dibeli di dewan sebelah. Ini dekat dewan pameran utama tak silap. Dekat sini dia tunjuk je contoh, kalau nak beli kena cari sendiri booth pengeluar dekat satu dewan lain.

Pameran orkid tercantik. Memang cantik-cantik dan pelbagai jenis.

Waktu dekat salah satu dewan pameran, ada satu kejadian yang membuatkan aku panas hati. Sebabnya? Ada satu pempamer ni yang terdesak nak jual produk sampai tarik tangan orang yang lalu lalang dan terus sapu-sapu krim jualan dia. Ya Ampun, geram je rasanya! Kita ni fahamlah dia cuba nak promosi produk bila hulur flyers, tapi bila kita hulur tangan nak ambil flyers tu dan dia terus tarik secara paksaan masuk dalam booth dia, terus aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

Sepanjang aku pergi mana-mana ekspo dan pameran, tak pernahlah ada pempamer yang terdesak macam ni. Serius, geram! Kalau tak sabar, memang dah kena sembur je setepek dekat situ. Nak je cakap; "Sorry ye, saya tak pakai produk yang saya tak pernah tahu wujud pun. Saya pakai Clinique je yang dah terbukti sesuai dengan kulit saya dan terbukti selamat." Punya geram tu kan? Tapi tak tergamak pulak sebab aku tahu bukan senang nak jual produk ni. Mana boleh dia buat macam tu kan? Kot-kot orang tu ada alahan tak boleh pakai sembarangan produk, tak pasal-pasal memudaratkan pulak. Sepanjang dia bagi penerangan tu, memang aku buat muka sebab dari cara dia tu, tak boleh tidak, kita kena beli juga barang dia sebab dia dah sapu dekat tangan kita. 💢💢💢

Bila dah berjaya keluar dari booth tu, rasa macam kena pukau pun ada juga. Nak-nak bila tengok yang tukang promosi produk, punyalah ramai lepas tu penampilan tak semenggah. Kau nak jual produk kecantikan tapi kau punya pemakaian macam tu? Tak logik. Rasanya siapa yang ke MAHA 2016 haritu, ramai yang kena kot sebab bila masuk pejabat hari Isnin tu, kecoh juga geng pantri cerita pasal booth tu. Malangnya, aku dah lupa apa nama produknya. Selamatlah dia.

Tulah dia pengalaman tak menyenangkan yang berlaku pertama kali. Mesti lepas ni aku dah tak nak layan kalau orang hulur flyers dekat mana-mana ekspo sebab takut jadi macam ni lagi. Tak pasal-pasal buat naya dekat orang lain yang berniat murni nak perkenalkan produk.

Tak sempat pusing semua dewan pun sebab masa dah suntuk. Lepas tu kesian dekat Abah tak ada tempat duduk yang sesuai untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Ada la tembok-tembok dekat luar dewan tu tapinya bersusun pula orang tak berakal yang selamba hisap rokok dekat khalayak. Sudahnya terus turun ke tapak jualan buah-buahan dan pokok-pokok dekat dengan pintu masuk untuk lontaran terakhir sebelum beransur.

Pemandangan dari tapak jualan buah-buahan tu.

Wajib beli sepokok dua bila sampai sini. Abah beli anak pokok pisang dengan pokok apa entah, lupa dah. Hahaha.. Lama sangat simpan cerita sampai hilang ingatan. Tapi anak pokok pisang tu yang memang tak ada yang dekat kebun la sebab sekarang ni yang boleh hidup sihat dekat kebun tu cuma pisang nangka yang juara. Spesis pisang lain dah tak serasi dengan tanah.

Muka senyum la sebab dah dapat makan lagi sekali. Hahaha.. Ni nak balik dah walaupun belakang tu tulis Selamat Datang. Sekianlah catatan ke MAHA 2016.

No comments: