Engagement Fund ;)

Tuesday, 7 February 2017

Makan, Tetap Makan

Apa pun yang terjadi, makan tetap kena buat. Sejak waktu kerja berubah ni, waktu makan pun tak tentu. Keraplah juga makan lewat atau makan malam sebab sejak kerja sepenuh masa dekat pusat tuisyen ni, ada elaun makan. Syok la kan? Hehehe.. Kadang-kadang bos siap tapaukan makanan lagi. Alhamdulillah, rezeki. Nah layan gambar makanan yang ada. Kalau nak tengok lagi banyak gambar makanan, boleh tengok dekat IG aku. Itu pun kalau aku terimalah jadi Follower. Hehehe..

Mee goreng mamak kedai depan. Boleh tahan sedap juga mee dia. Tak kering sangat, tak basah sangat lepas tu ada rasa pedas. Kalau dah masuk kerja, kedai ni jelah paling dekat nak pergi. Makan sorang-sorang pun belasah jelah.

Kombo Makan dari Chilli Dawg. Waktu teringin nak makan spaghetti tapi malas nak masak. Maka tapau jelah senang.

Nasi lemak sotong goreng saiz kecil yang berharga 6 hengget. Lama gila tak makan nasi lemak waktu ni. Kebetulan petang tu lalu depan lori dan kejar masa, ini jelah yang paling cepat dan mudah nak beli.

Ini minggu lepas, tak sempat makan nasi dekat rumah lepas tu ada banyak masa lagi sebelum kelas, singgahlah makan nasi dengan sup daging dekat kedai makan biasa. Sup tu penuh nak melimpah dengan isi dan sayur. Kenyang sungguhlah lepas habis makan tu. Lain kali kena minta nasi separuh je macam kalau makan nasi campur.

No comments: