Engagement Fund ;)

Sunday, 19 February 2017

Ngopi Lepas Kenduri Aqiqah Nuaim

Berderet cerita pasal makan ha. Ini cerita tahun lepas, kejadian lepas dari kenduri aqiqah Nuaim. Kisahnya, nak ambil gambar-gambar waktu dekat Korea haritu dari Mada. Maka, kenalah cari tempat yang ada sumber elektrik untuk hidupkan laptop.

Sebab tak tahu nak ke mana, akhirnya pergi ke Tesco yang tepi lebuhraya tu dan lepask dekat Pak Hailam Kopitiam. Pak Hailam Kopitiam ni salah satu kedai kopi kegemaran juga sebab menu macam lagi best dan pelbagai berbanding kopitiam lain.

Walaupun macam kenyang lagi sebab bersungguh makan nasi kenduri tadi, bila dah nampak gambar makanan dalam buku menu, tamak juga masing-masing. Hahaha.. Punya lama menelaah buku menu sebelum membuat keputusan. Akhirnya kami pesan makanan dalam kategori hidangan sampingan je.

Wantan Goreng dengan Sotong Kangkung. Sotong Kangkung dia boleh tahan sedap! Dah dekat nak sama rasa dengan sotong kangkung Padang Kota.

Pau Gandum Penuh, salah satu menu wajib beli kalau datang sini. Ada beberapa jenis inti, yang ini inti kastad dengan apa entah satu lagi, lupa sudah.

Pesan juga roti bakar. Apalah maknanya datang ke kopitiam kalau tak makan roti bakar kan?

Kami.

Kami lagi. Kalau lepak ngopi, memang muka-muka ni jelah sebab ini je yang #gengbujang. Orang lain dah ada laki, dah kelek anak. Payah sikit nak lepak macam ni.

Lama juga lepak sini sebab sambil makan sambil borak, sambil tengok gambar, sambil pindahkan gambar dalam pendrive. Proses dia makan masa sebab saiz setiap gambar boleh tahan besar-besar. Tapi tak rasa bersalah sangatlah lepak lama pun sebab kedai tak penuh.

No comments: