Engagement Fund ;)

Friday, 10 February 2017

Pertama Kali Makan Dekat Sushi King

Ini kisah minggu lepas, waktu cuti raya Cina. Aten la, mesej cakap nak pulangkan duit sebab barang yang nak dibeli dah tak ada stok. Lepas tu dia cakap teringin nak makan sushi lepas tu aku pun terjebak. Hahaha.. Nasib baiklah hari Isnin tu kelas aku sampai pukul 7.30 je. Tapi waktu keluar dari pusat tuisyen pun dah pukul 8 lebih, dekat 8 setengah sebab layan budak-budak yang nak bayar yuran dan ada juga ibu bapa yang daftarkan anak.

Nasib baik Sushi King tu dekat deret bangunan belakang je, takdelah makan masa nak sampai. Waktu sampai, nampak penuh dekat dalam lepas tu ada orang berdiri dekat luar. Ingatkan tunggu giliran juga, tapi tak pun. Aku ni pertama kali nak makan dekat Sushi King ni, memang tak tahu apa-apa. Nak masuk pun tolak Aten jalan dulu. Hahaha.. Kalau nak pergi dekat tempat yang pertama kali, memang dengan dua orang je; Aten dan Kak Chik. Konsepnya, kalau malu sama-sama malu. Hahaha..

Walaupun petang tu dah makan nasi, tapi sebab teringin juga nak makan sushi, boleh tahan berpinggan jugalah. Heeee.. Terima kasih Ten belanja makan malam tu. Moga murah rezeki. Konsepnya, kena tahu harga setiap pinggan yang berbeza warna tu kalau nak bajet. Selain sushi yang lalu depan mata, bolehlah juga pesan menu lain yang ada dalam buku menu. Tapi malam tu Aten jelah yang pesan semuanya sebab dia pernah dah makan dekat cawangan lain.

Pusingan awal. Ambil yang tak berapa nak mahal.

Kek keju yang sedap! Barulah puas hati dapat makan kek keju dengan tekstur kek keju selepas beberapa bulan cari tak jumpa. Malas cari sebenarnya sebab kalau nak tekstur macam ni, memang kena pergi SR yang mahal nak mamps.

Takoyaki. Boleh tahan juga, rangup dan saiznya tak terlalu besar. Tapi aku macam rasa tako Saie tetap lagi sedap. EH?

Telur rebus salut tepung berinti. Nama sendiri bagi. Nama dalam IC tak tahu tapi sedap!

Cara nak kenal pasti harga pinggan.

Scallop goreng. Kot.

Yang ni memang sedap! Orang tekak DBKL memang semuanya boleh telan, semuanya sedap. Tetiba lupa nama dia. Ini mahal sikitlah sebab pinggan merah.

Selepas. Susunlah bertingkat dan nanti pelayan akan kira jumlah pinggan untuk setiap warna dan sila bawa bil yang bertanda ke kaunter untuk bayar. Terima kasih lagi sekali, chingu.

Ni bila dah tahu ni, kejap lagi kang ada yang tiba-tiba masuk Sushi King layan sushi sorang-sorang sementara tunggu kelas habis. Hahaha.. Itu pun kalau ada duit lebihlah, zaman berjimat-cermat ni kena bijak belanjakan duit.

No comments: