Engagement Fund ;)

Monday, 20 February 2017

SAN 2016 - Episod 25: Menikmati Makanan Laut di Tengah Kota

Sambungan kisah hari keenam di Kota Seoul. Dari pusat membeli-belah bawah tanah, kami naik ke permukaan. Waktu sampai di Myeongdong, boleh kira masih awal sebab penjaja kecil-kecilan di lorong-lorong sekitar Myeongdong baru nak buka kedai. Seperti yang telah pun diceritakan pada episod-episod yang lalu, Myeongdong adalah syurga untuk makanan jalanan dan ada banyak juga makanan yang memang halal dimakan dan juga makanan yang selamat untuk dimakan. Boleh rujuk entri dengan label Korea 2016 untuk cerita makan-makan di Myeongdong.

Susunan peristiwa di Myeongdong ni dah tak ingat sangat. Waktu mula-mula sampai tu, macam pergi borong topeng muka dulu dekat Nature Republic baru cari makan. Tapi macam pergi makan dulu baru sambung membeli-belah. Belasah la ye, janji ada catatan.

Entri ni kira cerita pasal makan la dulu sebab rasanya pergi makan nasi dulu baru sambung ukur kedai-kedai dan lorong yang ada sebelum ngopi pula. Nama kedai makan ni dah lupa, tapi dapat tahu pasal kedai makan ni dari Have Halal Will Travel tak silap. Nak cari kedai ni agak mencabar juga sebab lokasinya bukan di jalan utama tapi kena masuk celah lorong.

Jenuh juga berpusing tengok nama jalan, tengok nombor kedai, dan cari petanda sebelum akhirnya kami bertanya kepada staff KTO yang memang ada di merata-rata tempat untuk membantu pelancong yang hilang arah. Dia kata jalan terus lorong ni, nampak kedai Apple, masuk lorong sebelah tu. Akhirnya, sampai juga.

Kedai ni ada dua pintu. Kira besarlah dan tipikal kedai makanan laut segar macam yang selalu muncul dalam drama - ada akuarium berisi hidupan laut dekat luar kedai. Tak pasti memang dia ambil haiwan-haiwan laut tu dari situ untuk dimasak atau cuma hiasan untuk tarik pelanggan.

Masuk dalam, macam biasa dia bagi buku menu dan hantar gelas beserta air kosong. Dekat sana memang air kosong diberi percuma sebab ambil dari mesin je pun. Tengok menu, rambang mata dibuatnya. Tapi dekat sini, kami cuba makan apa yang dah disenaraikan awal-awal. Salah satu menu wajib makan adalah nakji bokkeum. Kunjungan pertama dulu pun nakji bokkeum termasuk dalam menu wajib makan. Waktu tu tak ambil tahu sangat sebab pemandu pelancong yang uruskan semua.

Dekat kedai ni, untuk hidangan makanan laut utama ada pilihan saiz - besar, sederhana, kecil. Selepas berbincang, kami pesan haemul jeongol (stew makanan laut) saiz sederhana, satu nakji bokkeum (sotong goreng pedas) saiz kecil, satu haemul pajeon (lempeng kucai dan makanan laut) dan empat mangkuk nasi. Kalau tak silap perkiraan la sebab cari gambar menu, jumpa satu je.

Dah bertenang semua, bergambar sekeping sebelum sambung telaah buku menu

Haemul Jeongol sebelum masak.

Sementara tunggu stew masak.

Haemul pajeon. Orang Korea makan lempeng cicah kicap cair tu. Boleh tahan besar juga pajeon ni.

Stew dah mula menggelegak.

Bila stew dah masak, nanti pelayan kedai datang tolong guntingkan sotong spesies kurita supaya mudah dimakan. Cool!

Flat lay sebahagian makanan yang ada. Banchan dekat sini ada empat jenis; yang hijau tu daun kucai, sebelah dia tauge, depan tauge kimchi, sebelah kimchi adalah hirisan kek ikan. Dua kali tambah jugalah banchan tu sebab sedap! Hehehe.. 

Nakji bokkeum saiz kecil. Walaupun saiz kecil, tapi mencukupi untuk 5 orang makan.

Selepas. Licin. Tak baik membazir.

Jumlah keseluruhan untuk makan hari tersebut adalah 89 000 Won. Kalau nak makan atau membeli di sana, mohon jangan buat perbandingan dengan ringgit Malaysia sebab nanti sakit hati lepas tu tak jadi beli lepas tu menyesal di kemudian hari. Gitu. Disebabkan kami guna konsep Sampul Ajaib, makanya tak adalah rasa rabak sangat dompet tu bila nak bayar sebab memang dah tentukan jumlah untuk makan setiap hari. Terlebih 19 000 tapi bolehlah tambah dengan baki duit belanja dari hari yang lepas-lepas sebab ada waktu yang kitorang tak guna pun keseluruhan bajet 70 000 Won untuk makan.

Tentang pembahagian duit belanja ni pun boleh cari entri bawah label Korea 2016. Memang disarankan untuk buat kaedah ni kalau melancong secara berkumpulan. Lepas habis makan, duduk bertenang dulu sebelum meneruskan misi. Tiba-tiba ada pelayan dia datang bawa 5 botol Yakult; "Servisimida." Percuma katanya. Apa lagi, cucuk straw, sedut sampai habis. Hehehehe.. Ada satu lagi entri untuk cerita hari keenam sebelum mula cerita hari ketujuh.

Yakult percuma.

Kami dan Ahjumma yang disyaki Tuan Kedai sebab gambar kartun dekat menu dan dalam restoran menyerupai beliau. Tugas ahjumma ni duduk depan kedai dan tarik pelanggan.

2 comments:

duKa si LarA said...

Kedai makan eomonni jib. Sbb apa ingat? Sbb teruja sangat ngn kedai ni. Haha

duKa si LarA said...
This comment has been removed by the author.