Engagement Fund ;)

Thursday, 23 February 2017

SAN 2016 - Episod 26: Tempat Ngopi Menarik di Myeongdong

Baiklah, kali ni sambung cerita hari keenam lagi. Terima kasih crime partner sebab ingat nama tempat makan tu, Eommoni Jib. Memandangkan tujuan ke Myeongdong untuk kali kedua ini untuk membeli belah, maka memang tak ada gambar sewaktu kejadian membeli belah sebab masing-masing lupa dunia bila dah masuk kedai. Diorang la, aku keluar masuk kedai tengok-tengok je sebab memang tak cadang nak memborong pun. Kalau ikut jadual asal yang mana misi membeli-belah di Myeongdong dan Namdaemun dilakukan pada hari sama, aku rasa tak dapat nak membeli dengan tenang sebab kejar masa.

Dekat sini diorang gigih memborong topeng muka sampai beratus keping lepas tu borong gel aloe vera lagi, tak cukup dengan dua benda, borong semburan lembapan muka. Paling lama diorang bertapa, dekat Nature Republic sampai aku yang keluar masuk kedai berkali-kali yang katanya tak nak beli apa-apa, terbeli seketul lip tint sebab bosan tunggu. Maka tengok-tengok dan cuba-cuba jugalah produk yang dipamerkan.

Kalau membeli belah dekat Myeongdong, boleh tunjukkan pasport untuk tax refund. Hampir kesemua kedai gunapakai cara ni. Kalau tak, kemudian nanti korang kena kumpul resit dan isi borang dekat lapangan terbang untuk tax refund. Tapi rasanya ada nilai minimum untuk kaedah tunjuk pasport. Aku pun tak pasti sebab beli sikit-sikit je, tak guna pun.

Lepas penat memborong dan melangkah, ada yang nak ke tandas la pula. Maka kenalah cari tandas. Tengah-tengah mencari, ternampak satu kedai kopi swag berdekatan dengan satu hotel tapi tak ingat nama hotel tu. Nampak pula ada jual pat bingsu, terus semua sepakat nak pergi makan pat bingsu dekat sini. Nama kedai kopi ni Beans Bins. Memang best gila hoi suasana dalam ni! Balik kampung tahun depan nak lepak lama-lama dalam ni sambil baca buku atau tengok lautan manusia dekat bawah. Oh ye, kedai ni dekat tingkat satu. Kalau dekat sana, memang banyak je kedai makan dekat tingkat atas.

Hasil borongan 3 orang da belian seorang. Aku punya yang beg plastik merah jambu tu je, selendang.

Tak cukup jinjit dekat tangan, sangkut dekat bahu ye. Hehehe..

Dahlah suasana best, besar yang amat pulak tu! Boleh pilih nak duduk dekat kerusi jenis apa, dekat bahagian mana. Tak ramai orang pun waktu kitorang dekat situ. Dekat sini kitorang makan satu mangkuk bingsu guna duit Sampul Ajaib sebab bingsu termasuk dalam senarai makanan wajib makan waktu di Korea. Disebabkan waktu tu dah musim luruh nak ke musim sejuk, ada kedai yang ada menu bingsu tapi tak jual bingsu sebab tak ramai kot orang makan ais waktu cuaca sejuk.

Selain bingsu, ada juga waffle dan sebenarnya dalam kalangan pelancong, menu waffle dekat sini lebih terkenal. Bila tengok gambar, memang tergoda juga tapi sebab perut macam penuh lagi dengan nasi dan makanan laut tadi, kitorang cuma beli bingsu dan ngopi. Tak semua beli air, cuma aku dengan Radin je kot yang beli minuman. Aku macam biasalah, Americano. Tapi kali ni tambah perasa Hazelnut dan macam biasa, tak nak gula. Radin punya minuman aku tak ingat apa dia. Beli dan kongsi.
Radin kena paksa berlakon. Hahaha..

Gambar menu dia memang menggoda!

Dah buat pesanan, macam biasa dapat benda alah ni.

Lagi gambar menu.

Mix Fruit Bingsu. Dap!

Hasil borongan Hani kalau tak silap.

Bingsu lagi.

Hazelnut Americano dan Mix Fruit Bingsu. Sedap woo kopi dia! Rasa kopi. Hahaha.. Okey, tak lawak. Pencinta kopi fahamlah kot maksud aku tu. Bingu tu cuma satu, tapi sebab dia watak utama, kita letak gambar dia tiga kali.

Walaupun membeli dekat sini cuma beberapa menu, tetap terpaling lama jadi tempat lepak sebab waktu ni dah tak bergerak secara berkumpulan. Ada yang nak jalan sendiri dan ada yang bertukar-tukar geng. Kiranya Beans Bins ni adalah tempat persinggahan untuk rehat pada hari tersebut sebab tak larat nak angkut hasil borongan dekat Nature Republic tadi. Memang lama gila duduk dalam ni. Sebabnya, lepas dia ni pergi membeli, dia dan dia pulak ambil giliran. Lepas dia tu kembali dan cerita tentang promosi atau harga murah produk, dia, dia ni dan dia tu pulak turun beli. Hahaha.. Pengaruh rakan sebaya.

Satu benda yang semua orang terpengaruh adalah Magic Cushion Missha hasil saranan Hani yang mula-mula beli. Rasanya kitorang masuk tiga kedai Missha berbeza untuk beli sebab ada kedai yang dah habis stok. Paling banyak borong dekat Myeongdong ni adalah Mada; dari produk penjagaan kulit sampai ke beg sampai ke baju. Kitorang layankan ajelah. Dah dapat semua benda, moh le balik. Hari pun dah gelap. Kalau tak cukup, boleh sambung beli dekat Hyehwa. Dengan berakhirnya cerita di Myeongdong, maka berakhirlah kisah pada hari keenam. Cerita hari ketujuh sambung esok esok pulak. Daaaa~

Taiyaki dengan pelbagai inti. Taiyaki ni beza daripada bunggeopang sebab kalau bunggeopang tu dia macam kaya ball sikit, macam bahulu sikit adunannya. Tapi taiyaki ni dia guna puff pastry. Bolehlah.

No comments: