Engagement Fund ;)

Saturday, 4 March 2017

Ada Yang Rindu Rupanya

Sejak dua menjak ni, macam tak gigih je nak menulis. Gigih senaraikan tajuk cerita je lepas tu tenung skrin. Tapi disebabkan aku tak ada niat nak pencen berblog lagi, maka gagahkan diri juga mencatat apa jua peristiwa yang berlaku dalam hidup ini. Berguna sebenarnya catatan ni sebab akan ada satu masa, aku nak tengok balik perincian tentang sesuatu peristiwa tu. Dulu waktu mula-mula kerja, rajin sangat aku catat tentang apa-apa kursus dan seminar yang pergi tapi lama-lama tak buat dah sebab mim alif lam sin. Hehehe..

Jadi, korang yang keluar masuk Atas Nama Cinta ni, sihat ke? Lama tak borak-borak macam ni walaupun aku tahu yang pasti keluar masuk blog ni sorang je. Hahahaha.. Hai crime partner! Tiga hari lepas, dapat mesej WhatsApp dari akak jiran ni cakap dah lama tak nampak kereta hijau lalu pagi-pagi. Dah tak kerja ke? Wah, ada yang memerhati dan merindui rupanya! Sekarang ni waktu kerja dah bertukar, orang dah balik kerja, aku baru nak masuk kerja. Memang tak lalu dah la depan rumah akak pagi-pagi.

Beban kerja sekarang pun tak adalah berat sangat. Sekadar mengajar ikut jadual yang ditetapkan, buat kerja-kerja kerani dan pemandu serta makcik jaga dan tidak ketinggalan, tukang buang sampah. Tahun ni bos mula tawarkan pengangkutan untuk yang tinggal di sekitar Banting dan akulah yang ambil tugas tu. Setiap malam lepas habis kelas, kena kunci pintu juga melainkan adik bos ada, bolehlah aku lenggang kangkung turun ke kereta sebab dia yang kunci pintu biasanya. Hehehe.. Dah turun pun, tak boleh terus balik; kena tunggu semua murid balik baru aku boleh gerak. Yelah, waktu malam, lepas tu kawasan tu macam tersorok sikit. Mujur juga dah ada kedai mamak dekat bangunan depan tu, ada la juga orang lalu lalang.

Bila dah lama mengajar tuisyen, macam-macam benda juga aku belajar. Dulu aku ingat, cuma orang-orang yang mampu dan berada je yang pergi tuisyen. Tapi rupanya ada juga golongan yang kena kerja keras usaha cari duit untuk bayar yuran tuisyen. Pernah ada murid yang kerja separuh masa waktu cuti untuk cari duit bayar yuran dan tak kurang juga anak-anak yatim yang penjaganya tak mampu nak bayar yuran, gigih guna duit tabung untuk bayar yuran. Betullah orang cakap, nak belajar ni bukan kena pandai, tapi kena ada kemahuan; tak kisahlah peringkat apa pun.

Kadang tu bukan setakat mengajar je, siap pakej membebel + tazkirah + motivasi percuma lagi bila tengok ada segelintir yang datang tuisyen tapi sibuk nak main atau borak dengan kawan sebelah. Geram je tengokkan. Aku tak ada macam cikgu-cikgu lain yang berlemah-lembut dengan murid, mana yang salah dan perlu ditegur, aku tegur je terus. Tapi sekarang dah tak segarang awal-awal dulu la, dulu lagi garang sampai ada yang berhenti ambil subjek aku ajar. Hahaha.. Nak belajar, kena ikut cara cikgu dan hormat cikgu ye, bukan cikgu kena ikut cara awak. Cikgu tuisyen aku dulu lagi garang ok! Bukan satu, tapi semua. Rilek je?

Biskut viral pemberian Mada, pengubat waktu stress di tuisyen. Terima kasih Mada! Hilang kempunan nak rasa biskut ni. Sedap juga tapi manis. Waktu makan ramai-ramai dalam kereta lepas berkelah tempoh hari, dapat biskut sekeping pakej nilai kalori sekeping biskut. Tak jadi nak makan banyak-banyak.

Tiga buah fail untuk tiga tahap berbeza. Masaklah nak isi dan lengkapkan fail ni.

Selain mengajar dekat tuisyen, sekarang tengah sibuk nak siapkan projek dan portfolio untuk SKM dan DKM yang aku ambil. Berpeluh la juga nak menyiapkan portfolio sekali harung tiga tahap ni. Patut dulu kawan-kawan sekerja membebel pasal budak-budak sebab portfolio tak siap, rupanya memang kau kena pulun habis-habisan kalau kau kumpul nak buat sekali harung. Nasib baik juga benda alah label untuk fail tu pihak kolej dah bagi siap-siap, kalau tak lagi haru jawabnya.

Borang-borang untuk penilaian dah hantar, jadinya sekarang kena fokus untuk siapkan laporan projek akhir dan bersedia untuk pembentangan. Seram ok! Dah lama tak hadapi benda macam ni. Harap-harap dipermudahkan perjalanan untuk dapatkan SKM dan DKM ni. Mana tahu nanti terbuka hati nak sambung belajar pulak kan?

No comments: