Engagement Fund ;)

Thursday, 30 March 2017

Bila Teringin Tahap Power Rangers..

Mentang-mentang Power Rangers tengah tayang dekat panggung, terus tajuk pun menyelit sekali. Hehehe.. Ini kisah buang tebiat awal bulan haritu. Teringin gila nak makan tteokbokki sampai sanggup gentel tteok tengah malam. Dah pukul 11 lebih, kira dah tengah malam kan untuk rajin masak? Kebetulan bahan semua ada termasuk gochujang, memang gigih sangatlah aku buat tteokbokki dari A.

Asalnya nak cuba resepi tteok perkongsian seorang blogger Korea, tapi cara yang dia kongsi rumit sikit dan makan masa. Sudahnya aku cengkelat guna resepi dari FB yang tular tu; masak tteok guna cara Malaysia. Pun boleh! Cumanya, tahap kekenyalan dia kurang berbanding tteok biasa. Tteok ni yang kuih beras warna putih. Menyesal pula tak beli tteok dekat kedai kecil di Hyehwa tempoh hari. Waktu singgah tanya samada tteok yang dihasilkan tu selamat atau tidak, ada beberapa hari nak balik dan sebab tteok tu buat tanpa pengawet, dia tak tahan lama. Cadangnya nak singgah beli sebelum gerak ke Incheon, tapi waktu tu dah kelam kabut nak check-out lepas tu seret barang kiri kanan depan belakang, memang tak ingat dah dekat tteok. Maka, kenalah tunggu duit tabung penuh untuk ke Hyehwa lagi sekali. Sobs..

Berbalik pada kisah tteokbokki #daridapurcikfarae, kuahnya menjadi kurang lebih macam rasa tteokbokki dekat Hyehwa. Kalau ikut resepi, air rebusan tu kena guna dried kelp tapi sebab tak ada dried kelp, belasah guna miyeok sebab bila tanya Pakcik Google, lebih kurang je fungsi dia. Dah dapat air rebusan, baru mula masak kuah. Main campak-campak je pun, tak ada sukatan. Resepi kuah kalau tak silap aku rujuk pada blog Korean Bapsang.
Waktu menggelegak dalam periuk

Okey, dah siap untuk dimakan. Sambil makan, sambil hadap Running Man. Layannn..

Bahan sampingan dia ada kobis, leek, daun bawang, kek ikan (fish cake), dan sosej. Semua bahan memang ada dalam peti, maka campak je semua dalam periuk. Hehehe.. Nak tunggu kuah dia pekat, makan masa juga. Tapi kalau guna tteok asli, memang cantik la masa yang diambil tu untuk lembutkan tteok. Kalau guna tteok gaya Malaysia, memang jadi lembik tteok tu. Mengikut pengalaman, nak buat tteok gaya Malaysia untuk tteokbokki ni tak ada masalah asalkan dihidang sekaligus. Kalau ada lebihan dan simpan dalam peti sejuk, waktu dipanaskan semula tu, memang tteok tu cair jadi bubur terus. Hahahaharu.. Lepas ni tunggu angin gigih bertiup semula baru cuba buat tteokbokki guna tteok cara Korea.

No comments: