Engagement Fund ;)

Tuesday, 21 March 2017

Cerita Rawak Tentang Makanan

Bila masuk blog orang, paling seronok kalau ada cerita tentang makanan. Kali ni jom borak-borak pasal makanan. Sejak duduk rumah dan waktu kerja tak normal ni, kenalah masak untuk makan tengah hari sebab malam kerja. Itu pun lagi banyak tak masak dari masak sebab mood tu susah nak datang. Dah biasa masak lepas balik kerja petang kan?

Kalau malas gila nak masak, kenalah seret kaki pergi tapau lauk dekat kedai atau kadang-kadang Abah keluar cari surat khabar, tapau lauk siap-siap sebab dia tahu anak dia ni malas masak. Hahaha... Kena cari lauk yang sempurna sebab nak bagi Nenek makan. Kalau aku sorang atau dengan Abah je, makan lauk lebihan pun jalan. Seterusnya, layan cerita bergambar.

Ni waktu buang tebiat. Walaupun ada je lauk ikan dengan daging, tapi tekak teringin nak makan lauk ringkas dan marhaen. Gigih korek peti ais cari ikan masin dan goreng garing lepas tu rebus telur selama 6 minit sebab tak suka tekstur telur rebus keras. Siap Google cara nak rebus telur tu sebab nak dapatkan tekstur yang dikehendaki. Hehehe.. Lepas tu, goreng juga cili padi potong sebab lauk yang ada semua tak pedas sebab masak untuk Nenek makan sekali. Layannn..

Ini dia hasil carian Google tu. Bolehlah bajet masa waktu rebus telur lepas ni untuk dapatkan tekstur yang disukai.

Ini sebab teringin sangat makan KFC, maka gigih bersiap dan keluar semata-mata nak makan KFC. Asalnya keluar pergi bayar kereta, kebetulan lalu depan KFC, banyak nau parking kosong, terus masuk parking dan pergi KFC. Sejak duduk rumah, jarang sangat makan KFC. Kali terakhir makan bulan Januari hari tu kot, ke tahun lepas entah. Daripada teringin nak makan yang promosi waktu Tahun Baru Cina, sampai dah habis promosi baru jejak kaki ke sini. Menu KFC biasa la, ayam goreng, burger dan wrap. Sebab tak tahu nak pilih mana satu, aku pesan set dari Jimat Box ni. Ada sejarah sebenarnya dengan KFC Wrap ni di mana sejak kejadian tu, sekali dua je kot aku beli wrap KFC sejak tahun 2008. Sebabnya pernah demam teruk sebab tak tahulah keracunan makanan ke apa lepas balik dari program dekat Pulau Pangkor. Demam yang muntah keluar balik makanan terakhir yang dimakan iaitu KFC Wrap ni la sampai terasa-rasa. Aku kan jarang sangat demam, jadi bila sekali demam tu terus teruk tahap nak pitam dekat kafe hostel waktu terpaksa pergi tapau makanan sebab kawan sebilik balik kampung waktu tu. Ingat sampai sekarang tu.

Sekarang dah okey sikit kot nak makan Wrap KFC tu walaupun selagi boleh elak, aku elak. Kesimpulannya, aku ni dah tak muda lagi untuk tak jaga pemakanan dan kesihatan. Walau malas macam mana pun, kena seret kaki rajinkan diri juga sediakan makanan lagi-lagi bila jaga orang tua.

No comments: