Engagement Fund ;)

Friday, 24 March 2017

Geng Bujang Bilik Prep Berkelah

Sebelum bulan Mac melabuhkan tirai, molek sekiranya cerita bulan Februari ini dicatat. Ini kejadian pada 12 Februari lepas. Kononnya nak buat pertemuan semula lepas masing-masing bawa haluan sendiri bila habis bercuti. Kebetulan Radin ada di Semenanjung pada waktu tu, gigih buat rancangan nak berkumpul. Selepas berbincang, kami sepakat untuk bertemu di Banting. Asyik orang Banting je naik KL, kali ni orang KL turun Banting pula.

Asalnya nak pergi dua tempat iaitu Bukit Jugra dan pantai, tapi bila orang KL sampai Banting matahari dah naik tinggi, tak jadi nak daki Bukit Jugra. Maka, teruslah lajak ke Bagan Lalang untuk berkelah. Nak pergi Morib, macam tak masyuk pula pantainya untuk berkelah. Lepas letak kereta dekat rumah aku, kami gerak satu kereta ke Bagan Lalang. Sepanjang jalan macam-macam la cerita keluar.

Sampai dekat Bagan Lalang dalam pukul sepuluh lebih. Pantai pun masih agak lengang walaupun dah nampak khemah-khemah dipacakkan. Sampai je dekat jalan sepanjang pantai, berhenti beli tikar dengan layang-layang. Gigih sangat ni sampai beli tikar. Hahaha... Terima kasih buat penaja tikar dan layang-layang pada hari tersebut. Lepas ni kalau buat aktiviti yang memerlukan tikar, sila ingatkan hamba untuk bawa tikar tersebut.

Dah beli tikar, barulah cari tempat yang sesuai untuk dibentangkan tikar tersebut. Akhirnya jumpa tempat yang agak strategik. Waktu ni matahari dah mula memancar terik. Kami hampar tikar bawah pokok berdekatan laluan pejalan kaki. Dah bentang tikar, barulah boleh susun bekalan makanan yang dibawa. Disebabkan aku dengan Aten tuan rumah, maka kami berbesar hati sediakan makanan. Gigih bangun awal sebab nak siapkan bekalan. Tapi ada juga yang aku tempah siap-siap.

Ini dia menu pada hari tersebut. Aku bawa brownies, gyeran mari, popia otak-otak, salad buah dan kopi o. Aten bawa nasi lemak, nugget, sandwich telur, sandwich keju dan juga kuih-muih Mak Long. Banyak kan untuk 4 orang makan?

Siap susun makanan, mari bergambar sekeping

Satu lagi gambar makanan

Okey, mari mula makan. Sarapan yang terlajak lewat.

Tuan Tanah dan Mada

Mula makan kuih-muih dan salad buah dulu. Sambil makan, sambil cerita lagi. Banyak nau cerita tak habis-habis kan? Lepas tu ambil giliran main layang-layang. Ohhoi, seronok sungguhlah dapat main layang-layang oi! Lama gila tak main layang-layang macam ni. Bila main dekat pantai, tak payah nak lari bersungguh sangat untuk naikkan dia sebab angin memang kuat dan senang je layang-layang nak terbang. Gigih main layang-layang tengah panas ni sebabkan perasaan gembira yang tidak terbendung. Lagipun main layang-layang tu pakai cermin mata hitam, memang tak terasa panas dan silaunya. Hahaha..
Layang-layang dah terbang tinggi

Ini waktu baru nak naikkan beliau

Dah berlari dari hujung ke hujung, berhenti untuk makan. Walaupun dari pagi makan sikit je, tapi tak rasa lapar pun bila dah hadap makanan. Tapi sebab ada banyak makanan, makan la juga. Tengah hari ni makan nasi lemak Mak Long Aten. Baru rasa seronok nak makan nasi lemak bungkus kertas, tiba-tiba Mak Long Aten cakap; "Nak bagi kawan-kawannya makan, bungkus la elok sikit." Teruslah dapat nasi lemak dalam bungkusan kotak plastik. Pun boleh.
Dah tengah hari, matahari dah tegak atas kepala dan terik. Sambil makan sambil berpayung. Kau mampu?>_<

Dah siap makan, dah siap kemas.

Sebelum beredar, sekeping lagi.

Habis makan, bertenang kejap sambil memikirkan rancangan seterusnya. Sambil tu kemas-kemas bekalan yang dibawa. Makanan ada banyak lebih jadi bungkus semula masuk beg. Bincang punya bincang, kami putuskan nak ke satu tempat yang menyeronokkan. Macam mana entah boleh terpergi tempat tu, lupa dah. Nak tahu kami ke mana? Tunggu sambungannya. Hehehehe...

No comments: