Engagement Fund ;)

Wednesday, 22 March 2017

Kenangan Air Kotak

Sejak kerja sepenuh masa dekat pusat tuisyen, kena juga buat kerja-kerja rencam. Salah satunya, susun air kotak dalam peti sejuk. Kalau bos yang susun, dia masukkan sebungkus terus dalam peti asalkan air tu sejuk. Tapi kalau aku susun, aku suka koyakkan plastik dan sususn ikut perisa supaya senang budak-budak nak beli dan tak adalah berkampung depan peti sejuk sebab nak tunggu giliran keluarkan air kotak dari plastik.

Bila susun air kotak ni, teringat zaman jadi pengawas koperasi dekat Maahad dulu. Memang pengawas koperasi tegar aku ni, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5. Tak cukup koperasi sekolah, sekali dengan koperasi asrama aku sapu. Hehehe.. Memang minat pun benda-benda macam ni disamping boleh tambah sijil aktiviti bukan akademik.

Air kotak yang siap disusun. Walaupun ini sebahagian sumber pendapatan pusat tuisyen, tiap kali budak-budak bayar, aku mesti cakap; "Kan lagi elok awak bawa air kosong sendiri dari rumah?" Sebabnya air kotak kan tinggi kandungan gula? Tak elok minum selalu. Tapi ko ingat diorang hairan ke? Nan hado!

Ada kelebihan juga jadi pengawas koperasi ni sebab waktu bulan puasa, kalau Allah Bagi Cuti, bolehlah buat 'projek' dekat koperasi. Cikgu-cikgu pun dah faham dah. Tak tanya lebih-lebih kalau minta kunci koperasi waktu rehat di bulan puasa. Hahaha.. Cikgu koperasi waktu tu ada tiga orang tak silap, Arwah Cikgu Aisyah Begum, Cikgu Mahmudah dan Teacher Shazleena. Paling tak garang adalah Teacher Shazleena dan selalu kalau ambil stok untuk koperasi asrama, Teacher Shazleena yang hantar.

Kalau dekat asrama, tugas jaga koperasi bermula lepas prep tak silap, sampailah waktu makan pukul 6. Koperasi tu akan jadi sesak kalau ada stok aiskrim dengan roti. Memang berebut beli! Kadang tu rasa kelam kabut juga uruskan koperasi asrama sebab kena bahagi masa untuk belajar, uruskan diri dan uruskan tugas koperasi. Tapi berjaya juga harungi semuanya dan kini, ia jadi satu kenangan dan juga sebahagian pengalaman dalam hidup.

No comments: