Engagement Fund ;)

Saturday, 25 March 2017

Makan-makan di Manhattan Fish Market Setia City Mall

Ini cerita lepas balik kondangan tempat Kak Idah. Lama jugalah duduk dekat dewan majlis tu borak-borak dengan kaum keluarga lain sebelum balik. Alang-alang dah keluar dan ada dekat Klang, terus lajak ke Setia City Mall jalan-jalan tanpa tujuan. Dah jalan-jalan, perut mula lapar balik. Makanya, ada orang nak belanja makan dekat Pasar Ikan Manhattan. Orang nak belanja, kita ikut jelah kan? Nah layan gambar makanan.

Korea sangat ni lap tangan pakai tisu basah je

Keadaan restoran yang masih lengang

Mussel dengan nenas tak-ingat-nama. Rasa dia sebiji macam pajeri nenas tapi ada tambahan haiwan laut bernama mussel. Ok ok je. 

Yang ni sedap! Bawang goreng dengan pencicah. Pencicah dia tu sedap juga, ada rasa bawang putih. Banyak ni harga dia 12 hengget 90 sen. Mahai nau!

Abah punya nasi. Tak ingat nama juga tapi ikan tu tak silap ikan dori. Beli ni sebab waktu buat pesanan, tanya dekat pelayan yang ambil order samada Flaming Platter tu ada nasi ke tidak, mula-mula dia cakap tak ada jadi beli jelah ni untuk Abah sebab Abah kan kena makan nasi.

Sebelah menyebelah.

Flaming Platter. Flaming tu sebab sebelum dia hidang, dia bakar kejap keju atas udang depan mata kita. Tu jelah. 

Ini rupa dari pandangan atas. Ada je nasi tu ha. Selain nasi, ada udang berkeju tu 4 ekor, scallop, sotong tepung, ikan salmon tepung, mussel, kentang goreng dan sayur yang di blanch. Tak pernah tak sedap menu dekat Pasar Ikan ni, semua sedap!

Lagi satu gambar platter. Satu ni boleh makan 4 orang. Kalau kebulur, dua orang mungkin memadai.

Sejak menu dia tukar baru, aku jarang sangat dah pergi sini sebab saiz hidangan dia macam jadi kecil tapi harga naik. Rasa macam tak berbaloi. Tapi kali ni sebab orang belanja dan dia cakap pesan je apa nak makan, syok la tambah itu ini sampai tak muat meja. Semua habis kecuali Flaming Platter tu ada lebih nasi dengan haiwan-haiwan. Bungkus la bawa balik untuk makan tengah hari aku hari Isnin. Eh! Hehehe...

No comments: