Engagement Fund ;)

Tuesday, 7 March 2017

SAN 2016 - Episod 27: Misi Membeli-belah di Namdaemun dan Gwangjang (lagi?)

Bila tiba-tiba rindu dekat kampung halaman, marilah sambung cerita balik 'kampung' tahun lepas yang tak habis-habis. Okey, ni dah masuk hari ketujuh iaitu hari terakhir yang sepenuhnya berada di Korea. Misi pada hari ini adalah membeli-belah lagi. Asalnya hari terakhir ni kami rancang nak redah Myeongdong dan Namdaemun tapi bersyukurlah juga sebab rancangan berubah. Kalau gabung Myeongdong dengan Namdaemun sekali, memang tak sempat sebab ada banyak barang nak beli. Celah mana yang tak banyak barang dibeli kitorang ni? Hahaha.. Myeongdong dengan Gwangjang tu, tak cukup sekali, sampai dua kali kami terjah. Kalau jenis datang Korea saja nak jalan santai-santai tengok gelagat orang, memang syok pergi tiga tempat ni banyak kali. Sesi balik kampung tahun depan, jom buat satu hari yang santai Geng?

Pagi tu kami keluar rumah pukul 8.15, siap makan nasi sebab tak ada agenda nak cari makan secara khusus untuk hari ketujuh ni. Lagi pun sebab nak pergi semula ke Gwangjang jadi kena jimatkan masa. Tempat pertama adalah Gwangjang sebab memang dah tahu nak tuju kedai mana dan beli apa. Kelmarinnya, bila dah kirai hasil belian, ada yang tak cukup dan ada pula yang menambah dari kejauhan; makanya, mari melawat kawasan lagi sekali.

Sampai dekat Gwangjang dalam pukul 8.45 dan jalan pun belum sesak lagi sebab masih awal. Lorong yang menempatkan kedai-kedai kain pun belum sesak sebab penjual-penjual baru je susun barang nak berniaga. Yang dah agak ramai orang adalah di tempat makan dan tempat barang basah. Habis beli kain, singgah kedai jual rumpai laut lagi sekali borong untuk pusingan kedua. Aku pun sama naik tambah itu dan ini sebab tumpang seret kad Mada. Asalnya nak belikan kiriman orang je, dengan aku sekali terjebak bila Mada murah hati bagi tumpang dua kaki. Hehehe.. Terima kasih Mada, jasamu dikenang.

Salah satu pintu masuk ke Gwangjang Sijang.

Ini dekat bahagian depan bangunan Gwangjang Sijang. Terima kasih Radin tolong ambilkan gambar walaupun ko main tekan je kan sebab tak nampak skrin? Matahari baru nak naik masa ni, memang silau. Nasib baik muncul apa yang patut muncul dalam gambar.

Ikan segar. Kalau lagi lama duduk sini, tak mustahil ada yang beli ikan lepas tu bawa balik buat ikan bakar dekat rumah.

Kedai jual rumpai laut kegemaran.

Kelmarin dah ada gambar diorang, hari ni Tuan Tanah pulak nak bergambar depan kedai ni. Atuk tu bapa kepada tauke kedai dan dia tengah susun lagi hasil jualan sebab baru buka kedai.

Bas yang lalu di Gwangjang Sijang. Waktu ni tengah cari bas nak ke Namdaemun. Kita naik bas nombor berapa ek korang?

Dekat Gwangjang tak sampai setengah jam pun sebab pukul 9.15 dah sampai dekat Namdaemun. Suasana dekat Namdaemun pun lengang lagi sebab masih pagi. Barang-barang yang dijual dekat Gwangjang, boleh juga ditemui di sini. Senang cerita, hasil jualan kurang lebih aje di dua tempat ni tapi mungkin hanya beza dari segi harga dan ada satu jenis barang yang jadi mercu. Kalau kata Namdaemun, semua orang tahu dah inilah tempatnya untuk borong brooch. Setiap tingkat dalam bangunan tu ada kategori berbeza. Ada yang khusus menjual barang-barang perhiasan rumah, ada yang hanya jual bunga-bunga hiasan plastik dan juga bunga segar, ada yang memang jual pinggan mangkuk semata-mata, dan ada juga yang hanya jual barang dapur. Kiranya setiap tingkat tu dah ditetapkan jual kategori apa.

Ada dua bangunan bertingkat yang menempatkan kedai-kedai kecil kalau tak silap; satu bangunan warna hijau, satu bangunan warna oren. Sebelum redah tingkat demi tingkat mencari lokasi kedai brooch, ahli rombongan yang ada bawa duit RM pergi tukar duit dulu dekat pengurup wang yang ditemui. Alhamdulillah, kadar tukaran pun tak lebih kurang je dengan yang kami dapat di Malaysia. Dah siap tukar duit, barulah misi mencari kedai brooch berdasarkan ingatan kabur aku dan Mada. Bila diorang tanya lokasi tepat, aku tak dapat nak bagi jawapan tepat cuma boleh kata; "Okey, sazoh ingat dulu kita lalu lorong ni. Lepas tu naik tangga ni.Lepas tu jalan depan sikit." Lepas tu tak jumpa. Kahkahkah... Berpusing la juga beberapa kali sebelum sampai dekat betul-betul kedai yang kami pergi dua tahun sudah.

Pengurup wang. Kedainya dekat bawah tanah.

Bangunan hijau.

Aku tak pasti ada ke tidak kawasan lain yang jual brooch macam dekat kawasan yang aku pergi tu. Nombor kedai pun tak ingat dah tapi nombor dua ratus something la. Kedai dia jenis kecil-kecil je dan terletak sederet satu lorong. Kalau segerombolan orang Malaysia datang serentak, memang satu gerombolan yang datang beberapa saat kemudian kena tunggu giliran nak pilih. Harga brooch pun lebih kurang je antara kedai-kedai ni, yang membezakan adalah rekaan brooch yang ditawarkan. Ada kedai yang jual corak biasa-biasa, ada kedai yang jual rekaan baru, dan ada kedai yang fokus pada brooch bentuk binatang. Sediakan duit aje ok? Harga bermula dari 1000 Won. Eh, pasal harga ni mohon tekan pautan entri dua tahun lalu ye.

Aku bertapa lama gila dekat lorong brooch ni sebab beli kiriman kawan-kawan Geng Makan. Terima kasih crime partner sebab tolong pilihkan sekali. Jenuh wei pilih corak yang sesuai dengan gambaran yang diberikan oleh lima orang berbeza dalam kuantiti yang banyak. Sampai kelabu mata, sampai rasa nak muntah. Bila tiba giliran nak pilih aku punya, terus tak ada hati dah. Sudahnya main kaut je sampai terlebih-lebih beli lepas tu tamak tak nak kasi orang lepas tu simpan buat pekasam. Heheheh... Kali ni memang tak sempat nak ambil gambar ke apa dekat kawasan brooch ni sebab tak sempat. Memang tergesa-gesa pilih sebab kejarkan waktu check out.

Habis pilih brooch, terus melintas pergi bangunan sebelah sebab bangunan sebelah fokus jual barangan cenderahati. Kali ni sepupu Radin dah sampai, jadi dia yang tukang tunjuk kedai mana nak tuju iaitu kedai sama yang Azri bawa dulu. Yang menjual pun masih sama dan dah pandai banyak cakap Melayu sebab kedai dia memang jadi tumpuan orang Malaysia. Kali ni tak adalah naik sheikh main kaut semua benda macam dulu sebab memang tak ada bajet pun untuk bagi buah tangan pada kenalan. Cuma beli sikit-sikit untuk kawan-kawan paling rapat dan juga untuk budak-budak tuisyen sebab diorang semua layan Korea jadi cikgu dia ada bahan la sembang kadang-kadang. Hahaha.. Kalau tak cukup duit tunai, boleh seret kad dekat sini, takde hal.

Selesai membeli, terus turun semula untuk cari kimchi Radin. Sebab Wani dah biasa beli kimchi dekat sini, maka dia terus je bawa ke kedai yang dia biasa pergi. Aku tak terbuka hati pula nak beli kimchi waktu tu tapi lepas tu menyesal sebab tak beli. Kalau nak beli kimchi bawa balik Malaysia, jangan risau tentang pembungkusan sebab tukang jual tu memang bungkus rapi kimchi yang dibeli untuk tujuan dibawa pulang ke tanah air. Dekat sini, aku dengan Radin beli beg guni sebab beg sedia ada tak muat nak sumbat barang. Korang kalau ada niat nak beli barang banyak-banyak dekat sini, baik beli beg guni tu siap-siap dekat Malaysia sebab dekat sini mahal woi! 5000 Won satu untuk saiz sederhana besar. Kat Malaysia baru berapa ringgit je. Menyesal.
Radin tengah nak beli kimchi. Boleh pilih nak kimchi kobis sebiji ke, kimchi baru buat ke, kimchi dah cukup tempoh peraman ke atau kimchi selain kimchi kobis. Semua ada.

Siap beli-belah dan salam-salam dengan Wani dan ucap selamat tinggal, terus laju-laju jalan cari perhentian bas yang ada bas ke Hyehwa. Waktu ni dah pukul satu lebih dah dan perut pun dah mula lapar dan penat. Tapi, tak ada masa nak cari makan betul-betul sebab dalam otak cuma fikir nak cepat sampai dekat Hyehwa sebab kena check out dan angkut barang yang serius banyak untuk ke Incheon pula. Kitorang cuma makan gyeranppang dengan bungeoppang je dalam bas. Akhirnya, dapat juga merasa gyeranppang sebelum balik.
Gyeranppang. Rasa roti dia tu manis-manis sikit dan telur tu ada bahagian yang cair. Lepas habis makan gyeranppang ni, memang kau akan berbau hamis telur. Hahaha..

Sampai Hyehwa dalam pukul 1.50 macam tu, terus campak barang-barang yang baru dibeli dalam satu beg besar dan terus angkut keluar dari rumah tumpangan. Selamat tinggal Bong House, terima kasih kerana lokasi awak sangat best dan harga awak pun berpatutan untuk satu rumah yang lengkap dengan peti sejuk, mesin basuh dan juga dapur. Lepas pulangkan kunci, bermulalah episod haru dalam hidup kami iaitu berjalan ke perhentian bas dengan beg yang penuh bahu dan tangan. Sadis sangat bila kenangkan balik. Walaupun jarak rumah ke perhentian bas tak berapa nak jauh, tapi bila barang kau banyak dan berat, mulalah kau rasa nak menyesal memborong banyak-banyak. Hahaha.. Mujurlah nak ke Incheon tu naik bas dan tak payah nak tukar-tukar bas, maka legalah sikit.
Kami dan sebahagian beg yang ada. Orang yang lalu lalang semua pandang pelik je dekat kitorang sebab banyak sangat harta yang kitorang angkut.

Tengok, semua muka toya dan penat.

Beg guni yang dimaksudkan. Sampai KLIA, pakcik Kastam mintak cukai bila tengok beg-beg macam ni. Ingat kitorang baru balik dari Langkawi la tu sebab biasanya orang balik dari Langkawi je bawa beg macam ni. Hahahahaharu..

Dengan berakhirnya kisah mengukur Namdaemun dan Gwangjang kali kedua, maka berakhirlah tempoh masa kami berada di Seoul secara rasminya. Lepas ni sambung kisah dekat Incheon pula dan perjalanan pulang ke tanah air. Haih, rindulah.

No comments: