Engagement Fund ;)

Saturday, 11 March 2017

SAN 2016 - Episod 28: Selamat Tinggal Seoul, Hello Incheon!

Dari Hyehwa, naik bas ke lapangan terbang di Incheon. Bas ni terus je sampai ke lapangan terbang dan tambang pun okey. Nak tahu pasal bas ni boleh cari entri SAN 2016 episod awal-awal dulu. Cuaca di Incheon suram je waktu kami sampai dan tak lama tu hujan renyai-renyai. Hari ketujuh ni cuaca dah mula nak sejuk, tak macam hari-hari lain kami di sana yang cuacanya serupa seperti di Malaysia. Alhamdulillah juga cuaca sepanjang kami di sana cantik untuk kami mengukur jalan dan menyukat tanah.
Pemandangan dari dalam bas. Jalan menghala ke Incheon tak sesak pun, maka tak lama perjalanan, dah sampai. Tak sempat nak lelap kejap.

Waktu balik ni, bas berhenti di balai berlepas tapi kami tak terus balik. Malam terakhir ni kami bermalam di rumah tumpangan yang berupa studio apartment. Lokasinya tak jauh pun dari lapangan terbang, dalam 1 km++ dan dengar jelas bunyi kapal terbang. Dari lapangan terbang, kami dijemput oleh pemilik rumah. Sebab kami bermalam di Incheon untuk hari terakhir ni adalah kerana penerbangan Hani pada awal pagi. Kalau nak gerak dari Seoul, agak leceh juga sebab memang kena keluar awal. Mulanya nak bermalam di lapangan terbang saja tapi lepas ditimbang-timbang, marilah sewa tempat tidur yang selesa.

Tempat ni aku tempah di booking.com dengan harga 90 000 Won semalam iaitu bersamaan RM 300++. Waktu tu la, kalau sekarang ni, jadi mahal kalau tukar ke RM sebab duit kita jatuh. Agak luas juga dan bersih tempatnya. Ada 3 katil queen, tv LCD saiz besar dan paling penting, wifi percuma yang serius laju sebab memang modem sendiri. Wow! Bilik air pun best dan besar. Malangnya, tak boleh masak. What?! Dapur cantik dah, kitorang pun dah gembira dah la sebab ada dapur bagai walaupun tak ada perkakas memasak. Tapi takpe sebab aku kan ada beli periuk? Hahaha...
Katil queen yang disusun sebelah menyebelah.

Ini pemandangan unit kami dari depan peti sejuk. Peti sejuk dia besar tak boleh blah wei!

Dapur yang sekangkang kera. Belah sini ada peti sejuk dan kabinet besar serta bilik air. Gambar bilik air tak ada la pulak.

Dapur lagi. Water heater tu tak boleh pakai pun, pebendalah. Nasib baik kitorang ni pernah duduk asrama dan kreatif.

Waktu sampai sini, dah petang dalam pukul 4 lebih dan kitorang belum makan nasi. Boleh bayangkan tak tahap cranky kitorang bila skip waktu makan kalau ada salah sikit? Bila lapar automatik jadi macam tu, tapi bila dah kenyang semua okey balik. Kahkahkah.. Dah lepas campak beg, pergi tandas buang apa yang patut, kitorang turun semula cari tempat makan yang menarik. Dekat bawah bangunan tu memang ada banyak restoran tapi yang macam selamat untuk muslim cuma ada satu tapi bila tengok, macam mahal je? Dah nak balik ni, insaf la sikit bila sampai bab membelanjakan duit untuk makan. Lagipun memang kitorang tak masukkan tempat makan khusus untuk hari terakhir ni, cuma rancang tapau makanan je dari Namdaemun tapi tak sempat pun.

Sudahnya, masuk jelah kedai sebanika yang merupakan salah satu tempat kegemaran sepanjang di sana untuk beli bahan dan masak. Kitorang beli nasi segera dan bahan-bahan untuk masak kimchi jjigae. Yang paling riuh dalam kedai tu waktu tu adalah rombongan Geng Bilik Prep ni la. Hahaha... Gigih beli leek, bawang, telur, tofu dan bahan-bahan yang diyakini selamat untuk dimakan. Sampai atas, buang tudung, terus ketung-ketang mula masak. Malangnya, tak boleh guna dapur. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Siap beli lighter tau sebab nak hidupkan dapur tu tapi tak boleh guna. Cet!

Akhirnya, kitorang masak kimchi jjigae guna microwave je dengan bantuan bekas kimchi aku. Nasib baik jugalah aku beli bekas kimchi tu kalau tak memang makan nasi kosong lauk kimchi paket jelah dengan seaweed. Dengan bantuan Hani, alhamdulillah kimchi jjigae berjaya dimasak. Campak je pun semua bahan dalam tu dan siap! Yang tak tolong masak jjigae, ada yang tolong panaskan nasi, siapkan meja makan dan susun perkakas untuk makan. Semua ada saham. Terima kasih juga dekat Radin sebab sudi rasmikan sudu besi yang dibeli.
Kimchi jjigae, nasi segera, kimchi paket, seaweed percuma tak ingat siapa yang sumbang, dan lebihan serunding ikan dan daging. Seaweed tu semua orang dapat dua paket sorang sebab borong banyak. Hehehe..

Mangkuk Aten. Haih, rindu pulak tengok gambar ni.

Lagi satu gambar makanan kami untuk hari ketujuh di Korea. Mentang-mentang dah hari terakhir, peta Korea tu kau buat alas makan je kan? Hehehe...

Lepas makan, barulah boleh fikir nak kena buat apa. Barulah masing-masing cergas semula. Hahahaha.. Malam tu kitorang kirai barang yang dibeli dan susun serta bungkus semula barang-barang yang akan dibawa pulang sambil tengok tv yang semuanya cakap Korea dan tajuk semua dalam hangul. Layan jelah walaupun tak berapa nak faham. Kadang Mada rajin juga terjemahkan sikit-sikit. Sambil bungkus barang, ada yang nak turun ke kedai cari selotep untuk gam kotak. Alang-alang dah turun, kirim susu pisang yang sedap tu dan juga aiskrim inti kacang merah dengan duit syiling sedekah dari yang tak nak beratkan beg.

Cenderahati untuk kawan-kawan rapat dan keluarga terdekat. Kalau dulu, penuh satu katil bujang dengan cenderahati je sebab mana entah aku dapat duit banyak-banyak tu buat belanja? Siap ada lebih banyak tu; kali ni siap buka buku 555 dengan orang lain. Hahaha.. Lain kali kena bawa kad bank dan duit RM juga untuk tambahan. Memang aku bawa semua KRW dan duit RM sikit je dalam 50 ringgit kot. Tak tergerak pula nak bawa kad.

Rumpai laut, kekacang dan gula tarik.

Ini hasil borongan di Myeongdong, krim tangan, minyak rambut yang wangiii, lip tint, 2 ketul BB Cushion dan 2 helai selendang. Semu ni yours truly punya.

Dah siap kirai dan bungkus barang, meh makan ni pula. Susu pisang sedap dan aiskrim berbentuk ikan berinti kacang.

Rupa ikan dalam bungkusan.

Itulah dia kisahnya perjalanan kembara Geng Bilik Prep pada hari ketujuh di Korea. Habis entri ni, nanti sambung cerita random pula waktu di sana dan juga penerbangan dari Malaysia ke Korea dan dari Korea ke Malaysia. Babai..

No comments: