Engagement Fund ;)

Thursday, 23 March 2017

SAN 2016 - Episod 29: Moga Kita Bertemu Lagi, Korea

Disebabkan semalam ada orang tu cakap rindu dengan Korea, hari ni aku sambung kisah pengembaraan Geng Bilik Prep. Kalau buang tebiat jadi rajin, mahu sampai 40 episod siri Seoul Autumn Noob kami ni. Cerita rawak sepanjang kami di sana, inshaAllah akan dicatatkan juga sikit-sikit untuk tatapan diri sendiri dan Geng Bilik Prep khususnya.

Catatan episod 29 adalah mengenai hari terakhir di bumi Korea Selatan. Malam terakhir di Incheon, lebih kepada tidur-tidur ayam sebab tempat baru satu, satu lagi adalah sebab kena bersiaga untuk bangun awal dan bersiap ke lapangan terbang. Pagi tu, Hani bangun paling awal sebab penerbangan dia pagi buta. Tak larat nak ucap selamat tinggal betul-betul pun, cuma bangun dari perbaringan dan duduk atas katil sambil lambai-lambai Hani. Dia pun suruh kitorang sambung tidur, apa lagi. Hahahaha..

Patutnya, pemilik rumah ambil Hani pagi buta tu dan hantar ke lapangan terbang. Dah janji dan cakap banyak kali juga dengan dia yang dia kena datang dua kali; sekali ambil Hani pukul 5 lebih camtu dan lagi sekali ambil kitorang pula pukul 7.30 camtu. Rupanya, dia tak datang pun yang pukul 5 tu dan dapat tahu dari Hani bila dia WhatsApp dalam group. Haih, maroh ni, maroh. Dah bincang dan dia dah setuju pun, sekali tak datang. Sudahnya Hani cari bas ke teksi untuk ke terminal. Nasib baik kena kat Hani, kalau kena kat aku, memang aku naik balik bilik dan nangis dulu dengan yang lain dan lepas tu paksa diorang fikir jalan. Hahahaha..

Lepas subuh, terus mandi dan bersiap. Sempat juga buat sarapan sebab nak habiskan saki-baki makanan yang ada dan juga barang basah yang dibeli semalamnya. Maka, terhasillah telur hijau masak dalam microwave. Lauk lain cuma habiskan yang bawa dari Malaysia je. Ada Brahim's sepaket lagi, sambal bilis Aten dan serunding. Tambahan lauk adalah rumpai laut percuma dari sajangnim. Dah kata dekat Korea kan? Kita tiru sekali lauk diorang makan nasi.

Menu terakhir di Korea tak termasuk tisu, kopi dua cawan je, kongsi. Nasi segera, sambal bilis, telur hijau . Lepas tu ada rendang ayam Brahim's dan juga serunding ayam dan ikan. Alhamdulillah kenyang.

Telur hijau sebab bubuh banyak gila leek sebab nak habiskan. Kacau-kacau je telur tu sikit, tabur leek dan perasakan dengan garam dan lada sulah tak silap, masuk dalam microwave. Siap! Sedap gak.

Habis makan dan berkemas, terus turun. Sampai bawah, orang yang nak ambil dah sampai dan dia tanya macam mana Hani pergi lapangan terbang pagi tadi? Kitorang syak dia tak terbangun untuk pusingan pertama tadi tu. Aten cakap nampak muka dia macam serba salah. Whatevs! Hahaha.. Sampai dekat terminal pelepasan, terus cari kaunter untuk daftar masuk beg. Waktu sampai tu, barisan dah panjang juga tapi bila nak dekat sampai giliran, bertambah panjang barisan tu. Nasib baik awal sikit daripada yang lain-lain tu.

Selesai uruskan beg, merayap kejap dekat kawasan sekitar dan singgah tandas buat kali terakhir. Tak sempat pun nak jelajah satu bangunan dan tengok apa yang menarik dekat situ. Lepas bergambar sikit, terus masuk untuk pemeriksaan imigresen. Mungkin disebabkan hari cuti, maka manusia yang beratur tu punyalah ramai. Nasib baik laju la juga diorang buat kerja. Dah lepas pemeriksaan dan sampai dekat kawasan pintu masuk ke kapal terbang, sempat la jalan-jalan tengok kedai. Ingat nak habiskan duit Won tapi belek-belek barang, macam tak syok pula nak membeli. Sudahnya tak beli apa-apa pun.

Aten, Radin, Mada

Yours truly pun nak masuk juga.

Bergambar tengah jalan sambil dipandang oleh Oppa Pengawal Keselamatan. Hahaha.. Boleh tahan kacak-kacak dan cantik-cantik juga kakitangan di lapangan terbang ni.

Ni dah lepas imigresen, nak naik train untuk ke boarding gate. Tiba-tiba terminat EXO lepas tengok beberapa drama Korea yang ada D.O.

Beg yang beranak.

Demikianlah kisah pengembaraan Seoul Autumn Noob kami. Ada rezeki lagi, inshaAllah nanti muncul Seoul Winter Noob pula. Yang kata nak pergi Jepun tu, kita jumpa dekat airport okey? Hahahaha... Sampai berjumpa lagi di episod akan datang. Annyeong!

No comments: